Skip to main content

Pertama dan terakhir

Haziq mencadangkan supaya kami bertiga makan di luar hari ini. Kebetulan pula mamanya tidak berkesempatan untuk masak hari ini justeru terlalu sibuk dengan tugas di sekolah. Mama masak ala kadar sahaja tanpa lauk ayam kegemaran Haziq. Selalunya Haziq lebih rela tidak makan tanpa hidangan lauk ayam. Selepas Maghrib kami meninggalkan rumah memenuhi permintaan Haziq. Duduk dibelakang kereta, Haziq sudah berkira-kira untuk memesan menu kegemarannya- apa lagi kalau bukan nasi paprik berlauk ayam dan sekali gus sekeping roti canai. Amboi, laparnya dia ,kata hati saya. Seperti biasa, sebuah kedai makan di Kampung Jawa menjadi tumpuan utama kami. Saya pula sudah berkira-kira untuk memesan nasi goreng pataya dan mama pula tidak habis dengan mee goreng mamaknya. Malangnya, dari jauh sudah kelihatan gerai yang dimaksudkan tidak dibuka hari ini. Terdengar Haziq mengeluh hampa. Saya ingin mencuba kedai makan yang tidak pernah kami kunjungi pun selama ini.Sebuah gerai di Jalan Pemuda menjadi sasaran kami. Nampak begitu menggamit.Kami melabuhkan ponggong disitu. Setelah menghabiskan juadah masing-masing, kami bertiga semacam sepakat berkata..nasi paprik, nasi pataya dan mee goreng yang disediakan tidak begitu enak..Haziq berkata.."Inilah kali pertama dan terakhir ke gerai ini. Saya dan mama senyum juga setuju. Saya berkata sendirian "tidak semua orang boleh berniaga kedai makan" sambil meninggalkan gerai tersebut untuk kali pertama dan terakhir.

Comments

Popular posts from this blog

Pahat

O rang tua-tua selalu mengingatkan kita, kalau hendak berjaya jangan sama sekali bersikap seperti pahat dengan penukul. Sikap pahat yang hanya akan berkerja apabila diketuk sebenarnya banyak berlaku dalam kehidupan seharian kita. Kebijaksanaan silam itu mahu memberitahu kita bahawa dalam apa kerja sekalipun, desakan atau keterpaksaan tidak akan menjanjikan kejayaan. Apabila membuat kerja apabila dipaksa, maka selamanya kita memerlukan ``ketukan'' supaya sekian banyak ``pahat'' membuat kerja masing-masing. Adakalanya Haziq juga bagai pahat. Saya pula penukul. Mahu diketuk selalu. Perlu juga sering diingatkan disuruh. untuk buat itu dan ini, walaupun apa yang perlu dibuat itu sebenarnya tidak perlu sampai disuruh pun. Kebanyakannya adalah rutin yang sudah sering sangat dilakukan. Mengulangkaji pelajaran misalnya tidaklah sampai perlu diulang-ulang diberitahu untuk melakukannya. Ia adalah kewajipan seorang pelajar kalau ingin berjaya. Sekali disuruh, sekali d

Seluar

S eorang Ustaz berkongsi ilmu yang tidak pernah saya tahu sebelum ini. Pada mulanya agak sukar untuk menerima kebenarannya. Macam tidak nampak logiknya. Pun begitu, mengambil kira kapasitinya sebagai seorang Usataz yang berkredibel, saya memilih untuk mempercayainya malah berhasrat untuk meninggalkan yang tidak sepatutnya dibuat. Saya percaya selama ini ramai antara kita yang sudah sangat biasa memakai seluar sambil berdiri. Tidak wajar dilakukan sebenarnya. Kata Ustaz, kita sepatutnya pakai seluar sambil duduk. Macam ganjil bunyinya. Namun, amalan memakai seluar sambil berdiri ini adalah salah satu faktor yang menyumbang kepada kemiskinan dalam hidup seseorang. Selain itu, kata Uztaz ada beberapa lagi amalan yang sudah biasa kita lakukan tanpa kita ketahui dan sedari juga penyebab mengapa rezeki kita tidak murah. Antaranya ialah makan dalam keadaan berjunub, pakai serban ketika duduk, dan menjahit pakaian pada badan. Ada lagi kata Ustaz. Kita jangan cepat meninggalkan tempat se

Cengkerik

P etang ini hasrat untuk memancing hampir terbantut gara-gara gagal mendapatkan cengkerik. Seluruh Segamat kehabisan cengkerik. Serangga ini mendadak naik permintaannya selepas banjir. Ia menjadi buruan kaki pancing. Cengkerik biasanya dijual dengan harga seringgit untuk 25 ekor. Agak mahal. Makanannya cuma kertas sahaja. Rasanya kalau ternak cengkerik sekarang, pulangannya pasti tidak mengecewakan. Dalam keadaan permintaan melebihi penawaran, rasanya penjual cengkerik boleh buat duit dengan menaikkan harganya. Seingat saya berpuluh tahun dahulu cengkerik bukanlah umpan untuk memancing. Tidak pernah digunakan pun. Ketika itu umpannya tidak lain kecuali cacing. Ia mudah didapati dan tidak perlu dibeli pun. Pergi bawah rumah atau tanah yang agak lembab, cangkul dan gali. Pastinya berpuluh-puluh ekor cacing boleh dikumpulkan. Pada mulanya agak geli juga untuk memegangnya. Namun lama kelamaan, alah bisa tegal biasa. Joran yang digunakan pun tidaklah secanggih sekarang. Cuma buluh. Keluar w