Skip to main content

Teladan


Saya begitu tertarik membaca berita seorang suri rumah (gambar) di Baling, Kedah yang menjual kuihnya dengan harga 10 sen sejak mula berniaga 26 tahun yang lalu. Yang menariknya beliau mampu meraih pulangan lumayan kerana kuihnya sentiasa habis dijual. Saya melihat beliau memang seorang peniaga yang tidak tamak dan sentiasa hendak untung besar seperti kebanyakan peniaga lain. Resipi kejayaannya cukup mudah- jual dengan harga murah akan menarik ramai pembeli. Pengguna berhak membuat pilihan. Walaupun ramai peniaga yang kurang senang dengan tindakannya menjual dengan harga murah tetapi itu adalah pilihannya sendiri. Malangnya tidak ramai peniaga macam beliau. Kalau kita lihat di bazar ramadan sekarang, kebanyakan kuih dijual dengan harga yang tinggi berbanding dulu. Taufufa yang dahulunya dijual RM1.00 semangkuk kini sudah mencecah sehingga RM1.30! Kuih putu mayam yang dahulunya 4 keping dengan harga RM1.00 didapati telah dijual pada harga RM1.50 untuk kuantiti yang sama! Khabarnya ramai yang mengeluh kerana orang ramai kurang membeli sekarang. Jangan salahkan pembeli kerana songkok pesok dek lonjak awak jugak!Saya merayu kepada penjual kuih ikutlah teladan Puan Halipah ini nescaya ramai pembeli yang bakal menyerang gerai anda nanti!

Pena Tumpul - Tetap beli buah melaka walaupun harga naik

Comments

Popular posts from this blog

Pahat

O rang tua-tua selalu mengingatkan kita, kalau hendak berjaya jangan sama sekali bersikap seperti pahat dengan penukul. Sikap pahat yang hanya akan berkerja apabila diketuk sebenarnya banyak berlaku dalam kehidupan seharian kita. Kebijaksanaan silam itu mahu memberitahu kita bahawa dalam apa kerja sekalipun, desakan atau keterpaksaan tidak akan menjanjikan kejayaan. Apabila membuat kerja apabila dipaksa, maka selamanya kita memerlukan ``ketukan'' supaya sekian banyak ``pahat'' membuat kerja masing-masing. Adakalanya Haziq juga bagai pahat. Saya pula penukul. Mahu diketuk selalu. Perlu juga sering diingatkan disuruh. untuk buat itu dan ini, walaupun apa yang perlu dibuat itu sebenarnya tidak perlu sampai disuruh pun. Kebanyakannya adalah rutin yang sudah sering sangat dilakukan. Mengulangkaji pelajaran misalnya tidaklah sampai perlu diulang-ulang diberitahu untuk melakukannya. Ia adalah kewajipan seorang pelajar kalau ingin berjaya. Sekali disuruh, sekali d

Seluar

S eorang Ustaz berkongsi ilmu yang tidak pernah saya tahu sebelum ini. Pada mulanya agak sukar untuk menerima kebenarannya. Macam tidak nampak logiknya. Pun begitu, mengambil kira kapasitinya sebagai seorang Usataz yang berkredibel, saya memilih untuk mempercayainya malah berhasrat untuk meninggalkan yang tidak sepatutnya dibuat. Saya percaya selama ini ramai antara kita yang sudah sangat biasa memakai seluar sambil berdiri. Tidak wajar dilakukan sebenarnya. Kata Ustaz, kita sepatutnya pakai seluar sambil duduk. Macam ganjil bunyinya. Namun, amalan memakai seluar sambil berdiri ini adalah salah satu faktor yang menyumbang kepada kemiskinan dalam hidup seseorang. Selain itu, kata Uztaz ada beberapa lagi amalan yang sudah biasa kita lakukan tanpa kita ketahui dan sedari juga penyebab mengapa rezeki kita tidak murah. Antaranya ialah makan dalam keadaan berjunub, pakai serban ketika duduk, dan menjahit pakaian pada badan. Ada lagi kata Ustaz. Kita jangan cepat meninggalkan tempat se

Cengkerik

P etang ini hasrat untuk memancing hampir terbantut gara-gara gagal mendapatkan cengkerik. Seluruh Segamat kehabisan cengkerik. Serangga ini mendadak naik permintaannya selepas banjir. Ia menjadi buruan kaki pancing. Cengkerik biasanya dijual dengan harga seringgit untuk 25 ekor. Agak mahal. Makanannya cuma kertas sahaja. Rasanya kalau ternak cengkerik sekarang, pulangannya pasti tidak mengecewakan. Dalam keadaan permintaan melebihi penawaran, rasanya penjual cengkerik boleh buat duit dengan menaikkan harganya. Seingat saya berpuluh tahun dahulu cengkerik bukanlah umpan untuk memancing. Tidak pernah digunakan pun. Ketika itu umpannya tidak lain kecuali cacing. Ia mudah didapati dan tidak perlu dibeli pun. Pergi bawah rumah atau tanah yang agak lembab, cangkul dan gali. Pastinya berpuluh-puluh ekor cacing boleh dikumpulkan. Pada mulanya agak geli juga untuk memegangnya. Namun lama kelamaan, alah bisa tegal biasa. Joran yang digunakan pun tidaklah secanggih sekarang. Cuma buluh. Keluar w