Skip to main content

Bazar

Pertumbuhan Bazar Ramadan dari bandar besar hingga ke taman perumahan seluruh negara membuktikan semakin ramai berbelanja untuk makanan sepanjang Ramadan. Mengunjungi bazar Ramadan yang terletak di Taman Utama (tapak baru dari tapak asal di bandar lama) menyaksikan bahawa orang kita tidak kosong kantongnya. Ramai yang berasak-asak singgah dari satu gerai ke satu gerai lalu tidak menang tangan untuk mencebetnya.

Walaupun arus pergerakan agak lembab justeru penempatan gerai yang tidak mesra pengguna selain dari hujan gerimis, ia tidak melunturkan semangat orang ramai untuk mencelah dalam kesesakan itu. Yang pasti amalan membeli terlalu banyak juadah berbuka puasa hingga membazir berlaku pada setiap kali Ramadan. ANDAI Ramadan adalah peperiksaan, ramai umat Islam lulus mudah dalam ujian menahan lapar dan dahaga pada siang hari. Malangnya, ramai pula yang tewas ujian menahan hawa nafsu berbelanja hingga menjadi pemboros. Pahit untuk diterima, tetapi inilah realiti umat Islam Malaysia. Ramadan yang sepatut menjadi bulan bersederhana berubah menjadi bulan berbelanja habis-habisan. Usah pergi jauh. Mula-mula perhatikan perubahan dalam diri kita apabila melangkah masuk hari pertama Ramadan. Sebelum Ramadan, jadual makan setiap orang adalah berbeza-beza antara tiga hingga enam kali sehari. Sesetengah orang hanya bersarapan, makan tengah hari dan malam. Bagaimanapun, sudah menjadi perkara biasa bagi kebanyakan rakyat Malaysia yang dilimpahi rezeki melimpah ruah untuk makan hingga enam kali sehari.

Bermula dengan sarapan di rumah atau tempat kerja, diikuti sesi makanan ringan (tea break) dan hidangan berat ketika tengah hari. Sebelah petang, sekali lagi makanan ringan diambil dan makan malam, diikuti makanan terakhir (supper). Tanpa tabiat pemakanan begini, mustahil restoran dan gerai 24 jam semakin bertambah di negara ini. Secara logik apabila memasuki Ramadan, jadual tiga hingga enam kali makan sehari akan berubah kepada hanya dua kali sehari, iaitu bersahur dan berbuka puasa.

Kajian menunjukkan perbelanjaan makanan individu akan menurun sebanyak 66 peratus dengan amalan makan dua kali sehari sepanjang Ramadan. Misalnya jika perbelanjaan makanan adalah sebanyak RM1,000 pada bulan-bulan lain namun Ramadan akan menyebabkan perbelanjaan menurun RM660. Walaupun perbelanjaan makanan sepatutnya menurun, keadaan itu tidak berlaku kerana umat Islam sebaliknya semakin boros berbelanja ketika Ramadan sementara peniaga terus meraih keuntungan yang berlipat ganda!

Pena Tumpul - Cuma membeli sekotak kurma berharga RM10

Comments

Popular posts from this blog

Pahat

O rang tua-tua selalu mengingatkan kita, kalau hendak berjaya jangan sama sekali bersikap seperti pahat dengan penukul. Sikap pahat yang hanya akan berkerja apabila diketuk sebenarnya banyak berlaku dalam kehidupan seharian kita. Kebijaksanaan silam itu mahu memberitahu kita bahawa dalam apa kerja sekalipun, desakan atau keterpaksaan tidak akan menjanjikan kejayaan. Apabila membuat kerja apabila dipaksa, maka selamanya kita memerlukan ``ketukan'' supaya sekian banyak ``pahat'' membuat kerja masing-masing. Adakalanya Haziq juga bagai pahat. Saya pula penukul. Mahu diketuk selalu. Perlu juga sering diingatkan disuruh. untuk buat itu dan ini, walaupun apa yang perlu dibuat itu sebenarnya tidak perlu sampai disuruh pun. Kebanyakannya adalah rutin yang sudah sering sangat dilakukan. Mengulangkaji pelajaran misalnya tidaklah sampai perlu diulang-ulang diberitahu untuk melakukannya. Ia adalah kewajipan seorang pelajar kalau ingin berjaya. Sekali disuruh, sekali d

Seluar

S eorang Ustaz berkongsi ilmu yang tidak pernah saya tahu sebelum ini. Pada mulanya agak sukar untuk menerima kebenarannya. Macam tidak nampak logiknya. Pun begitu, mengambil kira kapasitinya sebagai seorang Usataz yang berkredibel, saya memilih untuk mempercayainya malah berhasrat untuk meninggalkan yang tidak sepatutnya dibuat. Saya percaya selama ini ramai antara kita yang sudah sangat biasa memakai seluar sambil berdiri. Tidak wajar dilakukan sebenarnya. Kata Ustaz, kita sepatutnya pakai seluar sambil duduk. Macam ganjil bunyinya. Namun, amalan memakai seluar sambil berdiri ini adalah salah satu faktor yang menyumbang kepada kemiskinan dalam hidup seseorang. Selain itu, kata Uztaz ada beberapa lagi amalan yang sudah biasa kita lakukan tanpa kita ketahui dan sedari juga penyebab mengapa rezeki kita tidak murah. Antaranya ialah makan dalam keadaan berjunub, pakai serban ketika duduk, dan menjahit pakaian pada badan. Ada lagi kata Ustaz. Kita jangan cepat meninggalkan tempat se

Cengkerik

P etang ini hasrat untuk memancing hampir terbantut gara-gara gagal mendapatkan cengkerik. Seluruh Segamat kehabisan cengkerik. Serangga ini mendadak naik permintaannya selepas banjir. Ia menjadi buruan kaki pancing. Cengkerik biasanya dijual dengan harga seringgit untuk 25 ekor. Agak mahal. Makanannya cuma kertas sahaja. Rasanya kalau ternak cengkerik sekarang, pulangannya pasti tidak mengecewakan. Dalam keadaan permintaan melebihi penawaran, rasanya penjual cengkerik boleh buat duit dengan menaikkan harganya. Seingat saya berpuluh tahun dahulu cengkerik bukanlah umpan untuk memancing. Tidak pernah digunakan pun. Ketika itu umpannya tidak lain kecuali cacing. Ia mudah didapati dan tidak perlu dibeli pun. Pergi bawah rumah atau tanah yang agak lembab, cangkul dan gali. Pastinya berpuluh-puluh ekor cacing boleh dikumpulkan. Pada mulanya agak geli juga untuk memegangnya. Namun lama kelamaan, alah bisa tegal biasa. Joran yang digunakan pun tidaklah secanggih sekarang. Cuma buluh. Keluar w