Skip to main content

Serawak

Sejurus selepas solat Tarawih dan ketika berkira-kira untuk merehatkan diri di rumah "baru" mentua, Mak Itam tiba-tiba muncul dengan Fadil, anak sulungnya. Fadil, sepupu Wati sudah hampir 10 tahun berkhidmat di Kucing. Bertemu jodoh dengan gadis Serawak lalu mengambil keputusan menetap di sana. Pulang beraya di kampung cuma dua tahun sekali - tahun ini beraya di Kucing, katanya. Mak Itam sudah biasa beraya tanpanya. Sembang kami pelbagai isunya. Soal politik yang memualkan. Kerjaya yang terus membeban tidak setimpal imbuhan. Harga barang yang jauh begitu tinggi di Kucing berbanding di Semenanjung. Kerancakan bersembang mengheret kami sehingga 12 malam. Namun cerita orang Serawak paling menarik. Katanya, amat senang untuk mengenal orang Serawak. Tanyakan waktu padanya: Kalau katanya" Waktu sekarang pukul 10 lalu (orang kita: kata 10 lebih), sahlah mereka dari Serawak. Saya ingin menguji pelajar saya dari Serawak nanti. Bahasa kita memang berbeza dengan mereka. "Lawa" disana tidak sama "lawa di sini. Cubalah kata begini kepadanya" Lawa awak hari ini" dan nantikan reaksi mereka. Teruja juga rasanya nak ke Serawak, sementelah Fadil telah acap kali mempelawa. Wati sudah jemu meminta kata setuju dari saya. Tengoklah, mungkin hujung tahun ini, dengan belon kita ke sana.

Pena Tumpul - Suka Tebaloi

Comments

Popular posts from this blog

Kuasa

B ila memandu di lebuhraya, keinginan untuk memandu laju melampaui had yang ditetapkan cukup membuak-buak. Sesekali ada peluang kereta dipecut semahunya. 110km sejam yang ditetapkan bagai tidak diendah lagi. Tidak terfikir lagi tentang perangkap laju yang mungkin tersorok di mana-mana menunggu mangsa. Kuatnya pengaruh kuasa. Saya memotong kereta satu demi satu tanpa gusar dan ragu.Namun momentum terus bertukar perlahan sebaik sahaja memotong sebuah kereta Waja. Kereta ini benar-benar mempengaruhi saya supaya tidak terus memandu laju. Sebabnya mudah sahaja. Kereta yang saya potong itu ada logo Polis di belakangnya. Walaupun saya tahu bukanlah satu kesalahan pun untuk memotong mana-mana kereta berlogo begitu namun pengaruh logo itu memang cukup kuat. Begitu juga kesan daripada warna baju hijau memantul cahaya yang selalu dipakai polis. Terpandang sahaja kelibat baju hijau ini dari jauh, tali pinggang yang sengaja tidak dipakai akan bergolot dipakai. Akhirnya tertipu sendiri bila ...

Cukur jambul

AMALAN cukur jambul kebiasaannya diadakan sempena menyambut kehadiran orang baru dalam keluarga. Berpandukan kepada syariat Islam, istilah cukur jambul sebenarnya tidak wujud dan selari dengan sunah Nabi Muhammad s.a.w.. Malah amalan ini juga dipercayai berasal daripada kepercayaan masyarakat India yang beragama Hindu. Dalam Islam, Rasulullah s.a.w. bersabda, "Tiap-tiap anak itu tergadai dengan akikahnya yang disembelih untuk dia ketika hari ketujuh dan dicukur, lalu diberi nama." (Riwayat Ahmad dan disahkan oleh Turmudzi) Berdasarkan kepada hadis ini, ulama menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. menggalakkan umat Islam yang dikurniakan cahaya mata supaya melakukan akikah pada hari ketujuh. Kemudiannya, daging akikah tersebut diagih-agihkan kepada golongan fakir miskin. Mengikut sunah, apa yang dilakukan oleh Baginda kepada cucunya, Hasan dan Husin, apabila jatuh hari ketujuh diadakan akikah adalah memberikan nama dan mencukur rambut mereka berdua. Rambut tersebut ditimbang dan ...

Cengkerik

P etang ini hasrat untuk memancing hampir terbantut gara-gara gagal mendapatkan cengkerik. Seluruh Segamat kehabisan cengkerik. Serangga ini mendadak naik permintaannya selepas banjir. Ia menjadi buruan kaki pancing. Cengkerik biasanya dijual dengan harga seringgit untuk 25 ekor. Agak mahal. Makanannya cuma kertas sahaja. Rasanya kalau ternak cengkerik sekarang, pulangannya pasti tidak mengecewakan. Dalam keadaan permintaan melebihi penawaran, rasanya penjual cengkerik boleh buat duit dengan menaikkan harganya. Seingat saya berpuluh tahun dahulu cengkerik bukanlah umpan untuk memancing. Tidak pernah digunakan pun. Ketika itu umpannya tidak lain kecuali cacing. Ia mudah didapati dan tidak perlu dibeli pun. Pergi bawah rumah atau tanah yang agak lembab, cangkul dan gali. Pastinya berpuluh-puluh ekor cacing boleh dikumpulkan. Pada mulanya agak geli juga untuk memegangnya. Namun lama kelamaan, alah bisa tegal biasa. Joran yang digunakan pun tidaklah secanggih sekarang. Cuma buluh. Keluar w...