Skip to main content

Sembunyi



Haziq didapati mengambil jalan paling mudah membersihkan biliknya. Segalanya terbongkar pagi ini bila isteri yang kebetulan masih bercuti punyai banyak masa terluang di rumah untuk ops bersih dalam rumah. Mamanya  melaporkan kepada saya menemui banyaknya sampah dan khazanah lama yang sepatutnya dibuang di bilik anak bujang ini.

Segalanya disumbat bulat-bulat di bawah katil. Cebisan akhbar lama yang barangkali menjadi mangsa sang tikus bertimbun bersama-sama habuk yang menyesakkan rongga hidung. Begitu keluhan isteri yang kelihatannya amat kecewa dengan tindakan jalan pintas Haziq.

Saya mengingatkan Haziq supaya tidak mengambil jalan mudah dan singkat begitu. Benar, bilik nampak cantik dan kemas tetapi menyembunyikan sampah dari pandangan bukanlah perbuatan yang terpuji. Sampah perlu dikeluarkan dan dibuang malah dinyahkan terus. Sampah tidak sepatutnya dibiarkan terus berada dalam bilik apatah lagi disembunyikan.

Haziq faham. Saya membawanya lebih jauh. Saya katakan padanya supaya jangan terlalu khayal dibuai pujian dan sanjungan orang sehingga kejian dan cacian orang kita benamkan.Kita bukannya cukup baik sehingga tiada cacat celanya langsung. Kalau kita cukup megah mendedahkan segala kebaikan dan kehebatan, kita juga perlu cukup berani untuk menelanjangkan segala kelemahan, kepincangan, kebobrokan tentang diri. Belajarlah menerima kebenaran walau sepahit mana sekalipun. Kalau kita terus-terusan menyembunyikan sampah di bawah permaidani, dikhuatiri sampah itu menjadi racun yang akan menjahanamkan diri sendiri.

Haziq didenda fizikal dan mentalnya hari ini dan saya harap ia berbaloi-baloi!

Pena Tumpul - Suka lagu permaidani nyanyian Aris Ariwatan

Comments

Popular posts from this blog

Pahat

O rang tua-tua selalu mengingatkan kita, kalau hendak berjaya jangan sama sekali bersikap seperti pahat dengan penukul. Sikap pahat yang hanya akan berkerja apabila diketuk sebenarnya banyak berlaku dalam kehidupan seharian kita. Kebijaksanaan silam itu mahu memberitahu kita bahawa dalam apa kerja sekalipun, desakan atau keterpaksaan tidak akan menjanjikan kejayaan. Apabila membuat kerja apabila dipaksa, maka selamanya kita memerlukan ``ketukan'' supaya sekian banyak ``pahat'' membuat kerja masing-masing. Adakalanya Haziq juga bagai pahat. Saya pula penukul. Mahu diketuk selalu. Perlu juga sering diingatkan disuruh. untuk buat itu dan ini, walaupun apa yang perlu dibuat itu sebenarnya tidak perlu sampai disuruh pun. Kebanyakannya adalah rutin yang sudah sering sangat dilakukan. Mengulangkaji pelajaran misalnya tidaklah sampai perlu diulang-ulang diberitahu untuk melakukannya. Ia adalah kewajipan seorang pelajar kalau ingin berjaya. Sekali disuruh, sekali d

Seluar

S eorang Ustaz berkongsi ilmu yang tidak pernah saya tahu sebelum ini. Pada mulanya agak sukar untuk menerima kebenarannya. Macam tidak nampak logiknya. Pun begitu, mengambil kira kapasitinya sebagai seorang Usataz yang berkredibel, saya memilih untuk mempercayainya malah berhasrat untuk meninggalkan yang tidak sepatutnya dibuat. Saya percaya selama ini ramai antara kita yang sudah sangat biasa memakai seluar sambil berdiri. Tidak wajar dilakukan sebenarnya. Kata Ustaz, kita sepatutnya pakai seluar sambil duduk. Macam ganjil bunyinya. Namun, amalan memakai seluar sambil berdiri ini adalah salah satu faktor yang menyumbang kepada kemiskinan dalam hidup seseorang. Selain itu, kata Uztaz ada beberapa lagi amalan yang sudah biasa kita lakukan tanpa kita ketahui dan sedari juga penyebab mengapa rezeki kita tidak murah. Antaranya ialah makan dalam keadaan berjunub, pakai serban ketika duduk, dan menjahit pakaian pada badan. Ada lagi kata Ustaz. Kita jangan cepat meninggalkan tempat se

Cengkerik

P etang ini hasrat untuk memancing hampir terbantut gara-gara gagal mendapatkan cengkerik. Seluruh Segamat kehabisan cengkerik. Serangga ini mendadak naik permintaannya selepas banjir. Ia menjadi buruan kaki pancing. Cengkerik biasanya dijual dengan harga seringgit untuk 25 ekor. Agak mahal. Makanannya cuma kertas sahaja. Rasanya kalau ternak cengkerik sekarang, pulangannya pasti tidak mengecewakan. Dalam keadaan permintaan melebihi penawaran, rasanya penjual cengkerik boleh buat duit dengan menaikkan harganya. Seingat saya berpuluh tahun dahulu cengkerik bukanlah umpan untuk memancing. Tidak pernah digunakan pun. Ketika itu umpannya tidak lain kecuali cacing. Ia mudah didapati dan tidak perlu dibeli pun. Pergi bawah rumah atau tanah yang agak lembab, cangkul dan gali. Pastinya berpuluh-puluh ekor cacing boleh dikumpulkan. Pada mulanya agak geli juga untuk memegangnya. Namun lama kelamaan, alah bisa tegal biasa. Joran yang digunakan pun tidaklah secanggih sekarang. Cuma buluh. Keluar w