Skip to main content

9jam

Khabarnya, guru dijadikan bahan ujikaji lagi. Khabarnya mulai sesi persekolahan tahun depan kira-kira 5 ribu guru dari 104 buah sekolah akan dijadikan perintis projek kerja 9 jam. Ini bermakna waktu rasmi guru berada di sekolah akan lebih lama berbanding sekarang. Dalam keadaan guru yang sudah sedia terbeban sekarang dan kerja tidak kira waktu perlukah ianya dilaksanakan? Apa rasionalnya?


Umum menyedari bahawa di atas kertas saja guru dilihat  habis kerja setengah hari. Namun hakikatnya hanya guru yang benar-benar tahu bahawa mereka sebenarnya bekerja melewati tempoh itu. Tidak keterlaluan dikatakan ada yang menyantak ke pukul 1 atau 2  pagi baru dapat melelapkan mata. Latihan murid yang perlu disemak, kerja-kerja perkeranian yang perlu dibereskan. Tidak kurang juga yang diminta untuk ke sekolah walaupun mereka sepatutnya menikmati cuti yang telah diperuntukkan.

Saya melihat cadangan ini tidak sesuai untuk diteruskan sekiranya ia dilihat dalam konteks masalah demi masalah yang tidak pernah selesai dalam pendidikan sekarang. Satu masalah belum selesai ditambah pula dengan masalah yang baru. Selesaikan dulu masalah yang ada.  Jika ingin diteruskan juga, kemudahan prasarana perlu diberikan perhatian dan dipenuhi terlebih dahulu. Bilik darjah yang selesa yang lengkap dengan pendingin hawa misalnya. Kerani-kerani dan pembantu guru perlu ditambah supaya fokus guru hanya dalam mendidik murid semata-mata dan bukan dibebankan dengan kerja-kerja yang tidak berkaitan pun. Justeru akhirnya, melahirkan modal insan itulah yang lebih penting.

Guru bukan bahan kajian. Mereka ada emosi dan perasaan. Fikirkan implikasinya!


Pena Tumpul - Lihat pelanduk tersepit di tengah-tengah dua ekor gajah, kesian

Comments

Popular posts from this blog

Pahat

O rang tua-tua selalu mengingatkan kita, kalau hendak berjaya jangan sama sekali bersikap seperti pahat dengan penukul. Sikap pahat yang hanya akan berkerja apabila diketuk sebenarnya banyak berlaku dalam kehidupan seharian kita. Kebijaksanaan silam itu mahu memberitahu kita bahawa dalam apa kerja sekalipun, desakan atau keterpaksaan tidak akan menjanjikan kejayaan. Apabila membuat kerja apabila dipaksa, maka selamanya kita memerlukan ``ketukan'' supaya sekian banyak ``pahat'' membuat kerja masing-masing. Adakalanya Haziq juga bagai pahat. Saya pula penukul. Mahu diketuk selalu. Perlu juga sering diingatkan disuruh. untuk buat itu dan ini, walaupun apa yang perlu dibuat itu sebenarnya tidak perlu sampai disuruh pun. Kebanyakannya adalah rutin yang sudah sering sangat dilakukan. Mengulangkaji pelajaran misalnya tidaklah sampai perlu diulang-ulang diberitahu untuk melakukannya. Ia adalah kewajipan seorang pelajar kalau ingin berjaya. Sekali disuruh, sekali d

Seluar

S eorang Ustaz berkongsi ilmu yang tidak pernah saya tahu sebelum ini. Pada mulanya agak sukar untuk menerima kebenarannya. Macam tidak nampak logiknya. Pun begitu, mengambil kira kapasitinya sebagai seorang Usataz yang berkredibel, saya memilih untuk mempercayainya malah berhasrat untuk meninggalkan yang tidak sepatutnya dibuat. Saya percaya selama ini ramai antara kita yang sudah sangat biasa memakai seluar sambil berdiri. Tidak wajar dilakukan sebenarnya. Kata Ustaz, kita sepatutnya pakai seluar sambil duduk. Macam ganjil bunyinya. Namun, amalan memakai seluar sambil berdiri ini adalah salah satu faktor yang menyumbang kepada kemiskinan dalam hidup seseorang. Selain itu, kata Uztaz ada beberapa lagi amalan yang sudah biasa kita lakukan tanpa kita ketahui dan sedari juga penyebab mengapa rezeki kita tidak murah. Antaranya ialah makan dalam keadaan berjunub, pakai serban ketika duduk, dan menjahit pakaian pada badan. Ada lagi kata Ustaz. Kita jangan cepat meninggalkan tempat se

Cengkerik

P etang ini hasrat untuk memancing hampir terbantut gara-gara gagal mendapatkan cengkerik. Seluruh Segamat kehabisan cengkerik. Serangga ini mendadak naik permintaannya selepas banjir. Ia menjadi buruan kaki pancing. Cengkerik biasanya dijual dengan harga seringgit untuk 25 ekor. Agak mahal. Makanannya cuma kertas sahaja. Rasanya kalau ternak cengkerik sekarang, pulangannya pasti tidak mengecewakan. Dalam keadaan permintaan melebihi penawaran, rasanya penjual cengkerik boleh buat duit dengan menaikkan harganya. Seingat saya berpuluh tahun dahulu cengkerik bukanlah umpan untuk memancing. Tidak pernah digunakan pun. Ketika itu umpannya tidak lain kecuali cacing. Ia mudah didapati dan tidak perlu dibeli pun. Pergi bawah rumah atau tanah yang agak lembab, cangkul dan gali. Pastinya berpuluh-puluh ekor cacing boleh dikumpulkan. Pada mulanya agak geli juga untuk memegangnya. Namun lama kelamaan, alah bisa tegal biasa. Joran yang digunakan pun tidaklah secanggih sekarang. Cuma buluh. Keluar w