Skip to main content

Lancang

Seorang orang penting yang mewakili sebuah parti politik yang ketara rasisnya menghamburkan kenyataan yang cukup lancang. Kalau parti dokongannya memerintah negara, saiz perkhidmatan awam akan dikecilkan. Kenapa perkhidmatan awam yang menjadi sasarannya? Tidak sukar pun untuk mencari jawapannya.

Umum mengetahui bahawa orang Melayulah yang paling ramai dalam sektor ini. Mengecilkan saiz perkhidmatan awam bermakna orang Melayulah juga yang akan dicantas nanti. Soalnya kenapa sektor ini yang dijadikan sasaran. Mengeluarkan kenyataan sebelum sebarang kajian dibuat adalah satu tindakan yang didorong oleh motif politik semata-mata. Boleh sahaja dilihat sebagai satu cubaan untuk meraih undi bukan Melayu kerana rata-rata menyedari bahawa bilangan bukan Melayu memang amat sedikit dalam sektor perkhidmatan awam.

Janganlah cuba menyalahkan orang Melayu kalau memang betul ramai orang Melayu yang makan gaji dalam sektor awam. Pelbagai cara dan insentif yang telah dilakukan oleh kerajaan untuk menarik minat bukan Melayu dalam perkhidmatan awam. Semua tahu betapa sedikitnya orang bukan Melayu yang ada dalam tentera dan polis walaupun pelbagai cara telah dilakukan untuk menarik mereka menyertainya.

Pernah saya berbual dengan seorang bukan Melayu kenapa tidak minat bekerja dengan kerajaan. Mudah sahaja jawapannya. Gaji yang tidak menarik. "Daripada gua kerja sebagai office boy yang dapat gaji tidak sampai pun satu ribu ringgit, lebih baik gua kerja sendiri berniaga. Tidak buang masa dan kena ikut cakap bos. Gua boleh jadi tauke"  Walaupun ini tidak menggambarkan pandangan orang bukan Melayu keseluruhannya, namun umumnya bukan Melayu memang tidak berminat untuk kerja dengan kerajaan kecuali untuk jawatan yang menjanjikan pendapatan yang tinggi dan peluang untuk jadi bos terbentang di depan mata.

Kalau beginilah, tidak mustahil satu hari nanti ayam di kepuk mati kelaparan dan itik di kolam mati kehausan!

Pena Tumpul - Jangan jadi Belanda diberi tanah

Comments

Popular posts from this blog

Pahat

O rang tua-tua selalu mengingatkan kita, kalau hendak berjaya jangan sama sekali bersikap seperti pahat dengan penukul. Sikap pahat yang hanya akan berkerja apabila diketuk sebenarnya banyak berlaku dalam kehidupan seharian kita. Kebijaksanaan silam itu mahu memberitahu kita bahawa dalam apa kerja sekalipun, desakan atau keterpaksaan tidak akan menjanjikan kejayaan. Apabila membuat kerja apabila dipaksa, maka selamanya kita memerlukan ``ketukan'' supaya sekian banyak ``pahat'' membuat kerja masing-masing. Adakalanya Haziq juga bagai pahat. Saya pula penukul. Mahu diketuk selalu. Perlu juga sering diingatkan disuruh. untuk buat itu dan ini, walaupun apa yang perlu dibuat itu sebenarnya tidak perlu sampai disuruh pun. Kebanyakannya adalah rutin yang sudah sering sangat dilakukan. Mengulangkaji pelajaran misalnya tidaklah sampai perlu diulang-ulang diberitahu untuk melakukannya. Ia adalah kewajipan seorang pelajar kalau ingin berjaya. Sekali disuruh, sekali d

Seluar

S eorang Ustaz berkongsi ilmu yang tidak pernah saya tahu sebelum ini. Pada mulanya agak sukar untuk menerima kebenarannya. Macam tidak nampak logiknya. Pun begitu, mengambil kira kapasitinya sebagai seorang Usataz yang berkredibel, saya memilih untuk mempercayainya malah berhasrat untuk meninggalkan yang tidak sepatutnya dibuat. Saya percaya selama ini ramai antara kita yang sudah sangat biasa memakai seluar sambil berdiri. Tidak wajar dilakukan sebenarnya. Kata Ustaz, kita sepatutnya pakai seluar sambil duduk. Macam ganjil bunyinya. Namun, amalan memakai seluar sambil berdiri ini adalah salah satu faktor yang menyumbang kepada kemiskinan dalam hidup seseorang. Selain itu, kata Uztaz ada beberapa lagi amalan yang sudah biasa kita lakukan tanpa kita ketahui dan sedari juga penyebab mengapa rezeki kita tidak murah. Antaranya ialah makan dalam keadaan berjunub, pakai serban ketika duduk, dan menjahit pakaian pada badan. Ada lagi kata Ustaz. Kita jangan cepat meninggalkan tempat se

Cengkerik

P etang ini hasrat untuk memancing hampir terbantut gara-gara gagal mendapatkan cengkerik. Seluruh Segamat kehabisan cengkerik. Serangga ini mendadak naik permintaannya selepas banjir. Ia menjadi buruan kaki pancing. Cengkerik biasanya dijual dengan harga seringgit untuk 25 ekor. Agak mahal. Makanannya cuma kertas sahaja. Rasanya kalau ternak cengkerik sekarang, pulangannya pasti tidak mengecewakan. Dalam keadaan permintaan melebihi penawaran, rasanya penjual cengkerik boleh buat duit dengan menaikkan harganya. Seingat saya berpuluh tahun dahulu cengkerik bukanlah umpan untuk memancing. Tidak pernah digunakan pun. Ketika itu umpannya tidak lain kecuali cacing. Ia mudah didapati dan tidak perlu dibeli pun. Pergi bawah rumah atau tanah yang agak lembab, cangkul dan gali. Pastinya berpuluh-puluh ekor cacing boleh dikumpulkan. Pada mulanya agak geli juga untuk memegangnya. Namun lama kelamaan, alah bisa tegal biasa. Joran yang digunakan pun tidaklah secanggih sekarang. Cuma buluh. Keluar w