Skip to main content

Lidah

Saya pernah dengar orang berkata “Mulutmu adalah harimaumu yang akan menerkammu”.
Rasulullah ada bersabda:” Yang dikatakan muslim itu adalah manusia selamat dari bahaya lidah dan tangannya”.

Imam Ali Radhiallhu’anhu pula ada menyebut:”Hati yang jahat terletak pada mulutnya, dan mulut yang baik, terletak pada hatinya”.

Ada ketikanya kita sebagai manusia yang penuh dengan segala kekurangan dan kelebihan, akan berdepan dengan segala macam masalah. Itulah rencah kehidupan. Adakalanya juga kita menghadapi berbagai halangan yang sama sekali kehadirannya tidak diundang dan tidak pernah terfikirkan pun di benak kita. Ia datang tanpa kita duga dan jangka.

Petang ini saya menumpang kereta seorang lelaki ini yang khabarnya mudah sangat menghamburkan kata-kata kesat, menyakitkan dan kurang enak didengar. Kata orang "mulut lepas". Lidah pula bagaikan tidak dapat dikawal. Tidak sampai lima minit pun saya berada dalam kereta tersebut telinga sudah dipaksa untuk mendengar kalimah-kalimah yang tidak sanggup untuk didengar.Ada sebuah kereta Kancil yang dipandu tersenggut-senggut di depannya dan hampir sahaja melintasi lampu isyarat. Dia mengharapkan pemandu kereta itu memecut laju supaya dia juga boleh laju dan dapat melepasi lampu isyarat yang masih lagi hijau. Pemanduan macam siput wanita berkereta Kancil itu menjadi sasaran marahnya. Pelbagai kata kesat yang keluar. Saya tidak selesa kerana bukannya saya yang patut dengar kata-kata tidak bersaring itu. Tetapi saya tahu dia puas kerana dapat melampiaskan marahnya walaupun tidak didengar orang yang sepatutnya mendengar.

Adakalanya juga ketika seorang ibu, melihat kenakalan anak-anaknya,tanpa disedari juga keluar kata-kata yang sama sekali seharusnya hal itu tidak pantas dikeluarkan dari mulut seorang ibu terhadap anaknya:” Anak sialan, anak kurang ajar, anak tak tau diuntung, bodoh..dsbnya…”,

Lidah memang tidak bertulang!

Pena Tumpul - Suka lagu "Sedangkan lidah lagi tergigit"

Comments

Popular posts from this blog

"Tidak"

H afiz sedang menangis yang sukar dipujuk sesampainya saya ke rumah Mantoba malam tadi. Kalau tidak dia pasti meluru mendapatkan saya menawar diri untuk di dukung. Kami berusaha memujuknya tetapi gagal malah raungannya bagai memecah gegendang telinga. Sebabnya sudah dijangka. Mantoba yang balik seminggu sekali pulang tanpa sebarang mainan untuk Hafiz seperti minggu-minggu sebelumnya. Dia gagal memenuhi permintaan Hafiz kali ini. Walaupun permainan yang ada sudah cukup banyak, kanak-kanak tetap kanak-kanak. Naluri mahukan sesuatu yang baru memang tidak boleh ditahan-tahan. Namun sebagai ibubapa, kita tidak selalunya perlu menurut segala kemahuan anak. Ada ketikanya kita perlu memilih untuk berkata "tidak" kepadanya walaupun ia mungkin bagaikan dos yang menyakitkan dan memilukan hatinya. Anak-anak perlu belajar mendepani keadaan dimana tidak semua kemahuannya bisa ditunaikan. Juga bersedia menjadi dewasa dan belajar untuk memahami hakikat hidup bahawa orang di sekeliling tidak ...

Batu

H ari ini anak saudara perempuan ini menyerahkan senarai yang cukup panjang nikmat Allah yang pernah dan sedang dikecapinya. Saya kagum kerana dia tidak ambil mudah tugasan yang diberikan itu. Segala nikmat anggota yang terlekat di tubuh tidak langsung tertinggal dalam senarainya.Nikmat melihat dan mendengar apatah lagi nikmat untuk terus hidup di bumi Tuhan yang luas ini. Saya kata padanya dalam banyak keadaan manusia mudah lupa bila Allah melimpahkan nikmatnya. Justeru itu Allah menyedarkan manusia di saat kealpaan itu agar tidak terus hanyut dibuai nikmat kesenangan dunia. Bila dalam keadaan tersepit barulah kita bergegas mencariNya. Saya ceritakan padanya kesah seorang pekerja di tapak projek bangunan yang memanjat di atas tembok yang sangat tinggi. Denko harus menyampaikan pesan penting kepada teman kerjanya yang ada di bawahnya. Denko berteriak-teriak, tetapi temannya tidak berupaya mendengarnya justeru gangguan bising dari mesin-mesin dan suasana yang hiruk pikuk di sekelilingn...

Roda

" H idup ini ibarat putaran roda yang menyaksikan kita tidak selalunya berada di atas. Ada ketikanya kita akan berada di bawah, kemudian naik semula dan turun lagi silih berganti." Saya menemui kisah yang sangat menarik ini. Ada ibrah. Peringatan juga ketika kita adakalanya lalai dan alpa. Alkisah, ketika sepasang suami isteri sedang menikmati sajian makan tengahari, muncul seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. ''Tolonglah Encik ,saya lapar ,sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.'' Dengan muka bengis,si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu . Dalam hatinya berkata ''Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain,tapi untuk diri dan keluargaku.' ' Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah. Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus ...