Skip to main content

Menebas

Saya tidak boleh bertahan lebih lama lagi melihat rumput dan lalang yang tumbuh meliar di tebing bukit. Ia menyemakkan pandangan sesemak rimbunan itu sendiri. Tanpa diminta lewat petang ini, saya meringankan tulang menebas semak samun yang saya kira hampir enam bulan tidak pernah di usik itu.

Pada mulanya saya bercadang untuk menggunakan mesin seperti yang saya pernah lakukan sejak beberapa tahun yang lalu. Ia lebih mudah dan cepat. Namun memikirkan tidak pula cukup selesa lagi untuk mendokong mesin di atas tebing yang tidak kurang curamnya itu saya mengambil keputusan untuk menggunakan parang sahaja. Menggunakan mesin di atas tebing yang curam perlukan keupayaan untuk menimbang badan agar tidak tergelincir dan melangsar ke bawah. Kerja menjadi mudah dengan sebilah parang tajam yang tidak pernah tumpul di tangan ayah mentua. Sambil menyelam minum air - tubuh dibasahi peluh dan yang semak sudah dilangsaikan.

"Hati-hati menebas tu bang, parang tu tajam, ingat dulu". Sempat isteri berpesan kerana saya betis saya pernah terkebak di makan parang tajam itu. Darah menabir keluar tanpa henti akibat kecuaian diri sendiri melibas parang bagaikan tidak terkawal. Memang seronok dapat parang! Pastinya saya lebih berhati-hati selepas tragedi berdarah itu.

Seronoknya lepas penat-penat, mak mentua sudah sedia dengan jemput ikan bilis kegemaran menantunya ini.

Pena Tumpul - Teringat parang puting arwah atok

Comments

Popular posts from this blog

Rencah

P erjalanan berkereta dari Segamat ke Serting pagi ini pastinya membosankan kalau tidak disulami dengan bual bicara dan gurau ketawa. Tok Ya yang turut serta bersama isterinya selain isteri dan Haziq memecah kesunyian apabila setelah lima minit berlalu saya masih lagi senyap justeru tidak ada apa yang hendak dibualkan. Tok Ya menyuarakan rasa kesal dan terkilan di atas pemergian Pak Itam sebulan yang lalu. " Dia mungkin boleh diselamatkan kalau mendapatkan rawatan di pusat perubatan swasta ". Walau pun kematian Pak Itam sudah ditentukan Ilahi namun layanan dan rawatan yang diberikan oleh hospital kerajaan amat dikesalkan. Pak Itam dibiarkan berminggu-minggu terlantar di katil sebelum pembedahan dilakukan. Yang lebih mengecewakan lagi apabila kecuaian yang dilakukan semasa pembedahan sehingga berlakunya infeksi pada paru-paru. Ini fenomena biasa di hospital kerajaan. Tok Ya sempat menceritakan pengalamannya dirawat di dua hospital yang berbeza ini. Walaupun ribuan ringgit terp...

Batu

H ari ini anak saudara perempuan ini menyerahkan senarai yang cukup panjang nikmat Allah yang pernah dan sedang dikecapinya. Saya kagum kerana dia tidak ambil mudah tugasan yang diberikan itu. Segala nikmat anggota yang terlekat di tubuh tidak langsung tertinggal dalam senarainya.Nikmat melihat dan mendengar apatah lagi nikmat untuk terus hidup di bumi Tuhan yang luas ini. Saya kata padanya dalam banyak keadaan manusia mudah lupa bila Allah melimpahkan nikmatnya. Justeru itu Allah menyedarkan manusia di saat kealpaan itu agar tidak terus hanyut dibuai nikmat kesenangan dunia. Bila dalam keadaan tersepit barulah kita bergegas mencariNya. Saya ceritakan padanya kesah seorang pekerja di tapak projek bangunan yang memanjat di atas tembok yang sangat tinggi. Denko harus menyampaikan pesan penting kepada teman kerjanya yang ada di bawahnya. Denko berteriak-teriak, tetapi temannya tidak berupaya mendengarnya justeru gangguan bising dari mesin-mesin dan suasana yang hiruk pikuk di sekelilingn...

"Tidak"

H afiz sedang menangis yang sukar dipujuk sesampainya saya ke rumah Mantoba malam tadi. Kalau tidak dia pasti meluru mendapatkan saya menawar diri untuk di dukung. Kami berusaha memujuknya tetapi gagal malah raungannya bagai memecah gegendang telinga. Sebabnya sudah dijangka. Mantoba yang balik seminggu sekali pulang tanpa sebarang mainan untuk Hafiz seperti minggu-minggu sebelumnya. Dia gagal memenuhi permintaan Hafiz kali ini. Walaupun permainan yang ada sudah cukup banyak, kanak-kanak tetap kanak-kanak. Naluri mahukan sesuatu yang baru memang tidak boleh ditahan-tahan. Namun sebagai ibubapa, kita tidak selalunya perlu menurut segala kemahuan anak. Ada ketikanya kita perlu memilih untuk berkata "tidak" kepadanya walaupun ia mungkin bagaikan dos yang menyakitkan dan memilukan hatinya. Anak-anak perlu belajar mendepani keadaan dimana tidak semua kemahuannya bisa ditunaikan. Juga bersedia menjadi dewasa dan belajar untuk memahami hakikat hidup bahawa orang di sekeliling tidak ...