Saturday, August 15, 2015

Penutup

Saya mengakhiri Syawal kali ini dengan menikmati juadah hasil air tangan emak. Dalam kepayahan dan kesihatan yang tidak berapa baik,emak menggagahkan diri ke dapor menyediakan ketupat segera selain kari ayam. Selain itu,diperkuatkan lagi dengan 200 batang sate yang emak tempah dari jiran sebelah rumah. Tidak lupa,seperti selalu atas permintaan emak, isteri melengkapkan menu hidangan dengan sentuhan emas goreng mamaknya.

Hampir sebulan Syawal emak tiada di rumah dan bila balik di penghujung Syawal,jiran-jiran rapat emak menyuarakan ingin berkunjung raya. Emak tidak mahu menghampakan mereka. Semua orang tahu itu dalam soal menjamu orang, emak memang nombor satu. Malah ada yang berkata kalau tidak datang kenduri rumah Mak Hindon,ia satu kerugian besar. Bukan cara emak untuk menjamu orang makan sekadarnya sahaja. Emak juga pastikan setiap tetamu yang datang akan balik tanpa tangan kosong.

Di penghujung jamuan,saya melihat hidangan yang disaji hampir tiada yang tinggal.Emak puas hati kerana dapat memenuhi permintaan kawan-kawan baiknya. Mee goreng mamak langsung tiada berbaki. Suka betul mereka. Emak sedikit terkilan kerana meninggalkan sebungkus mee tidak digoreng sekali kerana tidak menyangka permintaan terhadap mee goreng mamak setinggi itu!

Pena Tumpul- Makan sate saja

No comments:

Sambilan

S etelah dua hari bekerja, Haziq mengadu penat. Dia memang ada sebab untuk penat kerana sepanjang bekerja dia memang tidak ada peluang u...