Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2010

Cukai

Meja Isu lewat TV1 memaparkan surat yang ditulis oleh seorang pembayar cukai pendapatan kepada LHDN. Antara lain menulis yang dia tidak akan menghalalkan walau satu sen pun duitnya diambil oleh LHDN! Pembayar cukai ini ternyata geram benar dengan LHDN yang ditugaskan untuk mengutip cukai pendapatan setiap kali April menjelang. Kupasan isu yang cukup menarik apabila ada pihak yang mempertikaikan halal haramnya mengutip cukai.

Mengutip cukai itu haram? Ia tidak lebih soalan nakal yang dihamburkan oleh segelintir golongan yang mungkin liat untuk menunaikan tanggungjawab mereka kepada negara. Itu kata Kamal Afandi salah seorang panelis sebagai mengulas persoalan ini. Apa gunanya saya membayar cukai kalau jalan masih berlubang, pengangkutan awam masih parah, kemudahan kesihatan di tahap mengecewakan, mutu pendidikan masih rendah dan pelbagai soalan lagi yang dibangkitkan bagi merasionalkan kepada tidak perlunya untuk membayar cukai pendapatan.

Umum mengetahui bahawa mengikut akta cukai pend…

Pinggiran

Membaca majalah Solusi edisi terbaru menemukan saya secebis kisah menarik yang rasanya wajar untuk dikongsi bersama.Ramai antara kita lebih fokus kepada soal-soal pinggiran berbanding soal asas dan teras dalam menangani sesuatu masalah. Lihat sahaja betapa persoalan aqidah diperkecilkan dalam usaha menyelesaikan masalah hidup yang begitu kronik dalam masyarakat moden masa kini. Kisah yang cukup pendek namun mengesankan.

Seorang kaya diserang hendap secara tiba-tiba. Sebatang anak panah tertikam di dadanya. Dalam kesakitan yang amat sangat itu, dia berkata kepada orang yang datang untuk membantunya: "Jangan lakukan apa-apa sehingga kamu memberi jawapan tiga soalanku ini!" "Pertama, siapakah yang begitu berani menyerangku?" tanyanya sambil menahan kesakitan. Orang di sekelilingnya menggeleng tanda tidak tahu. Orang kaya itu tidak peduli, dia mengajukan soalan kedua: "Apakah yang memanahku itu orang kaya atau miskin?"Orang di sekelilingnya …

Hukuman

"Ayah, kenapa tidak dihukum sahaja pesalah tu..dah terang-terang dia bersalah kan...semua orang tahu dia yang dera sampai mati Umaira..dalam suratkhabar pun ada cerita fasal ni" Begitu kata Haziq bila menyaksikan pesalah berkenaan yang bergari diusung keluar oleh polis keluar dari mahkamah lewat Buletin Utama TV3 malam tadi. "Dah tu...selamba aja, macam tak buat salah pun...ngaku ajalah..kan senang!" Haziq terus menyuarakan rasa tidak puashatinya.

Sememangnya sudah acap benar kita lihat di kaca tv seseorang yang dituduh bersalah diheret keluar mahkamah kelihatannya begitu naif seolah tidak buat salah pun. Ikut hati mahu sahaja dia dijatuhkan hukuman waktu itu juga. Tidak perlu hendak tunggu sampai berbulan-bulan malah bertahun sehingga hukuman dapat dijatuhkan. Namun ia bukan begitu. Saya katakan pada Haziq menjatuhkan hukuman tidak semudah yang difikir dan dimahukan. Ia perlu melalui proses undang-undang yang bertujuan memberi keadilan kepada semua pihak. Benar, se…

Terkenal

Kata Dr Fadzilah Kamsah kalau kita sendiri "boring" dengan kerja kita, orang lain yang berurusan dengan kita pun akan lebih lagilah terasa tempias rasa "boring" itu.

Saya amat jarang berurusan dengan pihak pengurusan kecuali diminta berbuat demikian dan bila saya sendiri rasa amat sangat membutuhkan bantuan mereka. Pagi ini keperluan itu datang dan ia amat mendesak. Saya dilayan bina tak bina dan bagai melepas batuk ditangga. Saya dibiarkan menunggu tanpa diberikan bantuan yang saya harapkan. Dalam masa yang sama saya juga melihat beberapa orang pelajar yang berurusan di kaunter turut dilayan "halfheartedly". Saya dapat merasakannya. Dalam kata lain tidak sepenuh hati saja kelihatannya. Saya lihat reaksi pelajar yang dilayan begitu.

"Encik sapa nama ye, tunggu sekejap ye....Encik XXX sibuk sedang online... Dulu tak der orang ajar ke? " Saya menunggu lagi namun akhirnya berlalu pergi dengan hampa.

Saya belajar beberapa perkara penting. Urusan di kau…

TV

Fomca menganjurkan "Minggu Tidak Menonton Televisyen" bermula 21 hingga 27 April ini. Fomca mengatakan perlakuan liar remaja sekarang ada kaitannya dengan pengaruh kotak ajaib itu. Program yang disajikan yang berunsur negatif memberi impak tidak sihat kepada para remaja yang menontonnya. Dan di peringkat usia begini remaja memang senang untuk terpengaruh dengan apa yang mereka tonton. Mudah mengikut juga.

Pada saya, usaha ini patut disambut baik oleh setiap pihak khususnya ibubapa. Kuasa terletak di tangan mereka untuk memastikan anak-anak tidak menonton tv secara berlebihan. Tidak siapa dapat menafikan kuatnya penangan tv ini. Ada yang sampai menghabiskan masa berjam-jam depan tv dan tidak mahu bingkas melayan rancangan yang digilai. Dengan pelbagai pilihan saluran milik kerajaan dan swasta ditambah pula dengan stesyen berbayar, usaha untuk "merehatkan" tv selama seminggu dilihat agak sukar. Tarikan tv memang kuat khususnya pada anak-anak yang sedang membesar dan g…

Taubat

Sudah lama tidak berkesempatan mengikuti program Halaqah TV9. Malam tadi masa yang begitu senggang memberi peluang untuk mendengar pandangan dua orang Ustaz termasuk Ustaz yang amat saya minati Ustaz Zahazan. Perbincangan isu yang cukup menarik - Tiga Api Cinta. Ia cukup relevan ketika gejala pembuangan bayi tiba-tiba meletus lagi. Buang bayi berkait rapat dengan pergaulan tanpa batas yang seterusnya menjurus kepada hubungan terlarang. Dan hubungan tanpa kawalan ini pula bersangkut pula dengan rapuhnya iman dan rasa takut padaNya.

Ustaz Syed Idris menceritakan bagaimana Nabi Yusuf di goda oleh Zulaikha namun berjaya menangkisnya sebagai iktibar. Beliau memetik ayat berikut; “Iblis menjawab: "Demi kekuasaan Engkau aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba-Mu yang mukhlis (Ikhlas) di antara mereka.” (Shaad : 82-83)

FirmanNya lagi, “Sesungguhnya wanita itu telah bermaksud (melakukan perbuatan itu) dengan Yusuf, dan Yusuf pun bermaksud (melakukan pula) dengan w…

Gigih

Hari ini adalah pertemuan terakhir saya dengan sekumpulan lapan orang pelajar Pengajian Luar Kampus (PLK). Sejak 15 kali Sabtu yang lalu saya bersama dengan mereka untuk berkongsi ilmu dan pengalaman. Mereka mengambil kursus "Business Communication". Norhasliyana, Norhidayah, Rina, Liana, Qibtiah, Qurratuain, Ruziah dan Liana merupakan pelajar dewasa yang gigih. Dalam kesibukan bekerja mereka bertekad untuk memajukan diri dengan belajar separuh masa. Bagi yang sudah berkeluarga dan juga mempunyai anak, kekuatan semangat amat perlu untuk terus berjuang sehingga ke garisan penamat. Norhasliyana bakal melahirkan anak sekitar Julai ini namun dilihat kental berdepan dengan beban tugasan yang bukan sedikit. Saya kagum dengannya.

Hari ini mereka berpakaian agak berlainan daripada biasa. Lagaknya macam hendak menghadiri satu jemputan rasmi. Sememangnya saya yang menghendaki mereka berpakaian begitu dan tidak kasual seperti selalu. Mereka perlu menemui saya untuk ditemuduga atau "…

4:49

Tidak ada apa yang lebih menggembirakan selain daripada diberi kesempatan untuk mencecah usia 49. Setahun lagi umur bertambah meninggalkan sisa-sisa usia yang terus berkurang. Setinggi-tinggi rasa syukur dipanjatkan kepadaNya kerana nikmat yang tidak terhingga. Nikmat usia yang diberkati. Nikmat kesihatan dan juga nikmat kebahagiaan di samping keluarga. Malam tadi nikmatnya melimpah lagi. Bersama keluarga terdekat yang hadir kami menikmati juadah air tangan isteri. Mee goreng mamak isteri memang sukar untuk dinafikan keenakannya. Mak datang dengan kuih bakar kegemaran saya. Mak juga tahu puding santan yang amat saya suka itu. Mak juga tahu gulai kari daging emak tidak ada siapa yang mampu menandinginya.

Keriangan berganda-ganda kerana Hafiz juga berusia genap 4 tahun hari ini. Keletahnya semakin menjadi-jadi. Petah bercakap. Makin manja. Kami menyambutnya bersama lagi tahun ini. Hubungan saya dengan anak saudara yang nakal ini amat rapatnya bagaikan ayah dan anak. Robot mainan yang say…

Kejutan

Musim ini saya membuat percubaan yang sangat berani. Saya mengambil pendekatan untuk mengajar dalam keadaan yang cukup santai. Saya tidak pernah memiliki peluang begini sebelum ini. Sejak beberapa tahun yang lalu, sesi pengajaran dan pembelajaran saya berlangsung dalam suasana yang cukup formal dan adakalanya tegang. Saya sedar pelajar tdak selesa dengan kaedah pengajaran yang tidak memberi ruang dan peluang kepada mereka untuk bersantai sekali sekala namun masih dalam suasana yang dilihat tidak sampai melampau batasan hubungan pensyarah dan pelajar.

Saya memecahkan tembok pemisah itu. Saya bina jambatan, Saya lihat pelajar senang dan selesa. Bahasa tidak menjadi masalah lagi. Saya biarkan mereka bersenang hati mengungkap rasa dalam bahasa yang mereka rasa cukup selesa. Yang penting apa yang ingin disampai mudah pula diterima. Dalam suasana begini, segalanya kelihatan mudah dilaksana. Pelajar lebih mudah untuk diheret bekerjasama tanpa rasa paksa. Saya dapat merasakannya. Saya merasai …

Drama

Menghasilkan sebuah persembahan drama adalah salah satu tugasan kursus "Critical and Creative Thinking". Musim ini saya diberi peluang untuk mengemudi dua buah kelas- D5D1 dan D5D2. Saya menghadapi kerenah yang bukan sedikit dari pelajar-pelajar Pengurusan Bank ini. Ia bermula dengan keengganan mereka untuk mempamerkan persembahan di kampus JB bersekali dengan kumpulan pelajar di sana. Alasannya mudah- Dewan di kampus Larkin tidak cukup besar untuk memberikan ruang kepada mereka untuk bebas bergerak di atas pentas. Ia jauh lebih kecil dari Dewan Sri Temenggong di kampus Segamat. Saya akur dengan permintaan mereka dan persembahan di JB batal. Persembahan di DST juga tidak menjadi kenyataan kerana masalah teknikal.

Kumpulan pelajar kali ini banyak bermain tarik tali dengan saya. Persembahan drama yang sepatutnya dilakukan mengikut jadual yang telah ditetapkan sejak awal terpaksa ditangguh beberapa kali kerana alasan yang sudah amat biasa - sibuk dan tidak ada masa. Alasan tidak…

Ujian

Haziq didengar merungut kerana perlu menghadapi ujian lagi minggu depan. "Ujian lagi, baru lagi ujian hari tu", katanya. Ini bermakna dia perlu memperuntukkan lebih masa untuk ulangkaji dan mengorbankan masa untuk bermain bola, minatnya buat sementara. Mamanya tidak henti-henti memesanya supaya berulit dengan buku.Dalam keterpaksaan Haziq tiada pilihan tetapi perlu menurut perintah mamanya atau terpaksa menahan telinga dileter mamanya.

Ujian datang dalam pelbagai bentuk. Ada yang berat juga yang ringan. Adakalanya kehadirannya tidak dijangkakan pun dan kita tidak bersedia menerimanya.Ada yang menerimanya dengan tenang dan tidak kurang yang melatah dan melenting. Saya katakan pada Haziq dia beruntung kerana dia diberitahu untuk bersedia menghadapi ujian itu. Dan ujian yang dihadapinya sebenarnya amat kecil. Ujian di sekolah tidak lebih sebagai kayu pengukur untuk menilai kefahaman pelajar dalam pembelajaran. Namun ujian dalam hidup dilihat lebih penting mengatasi segala bent…

Imam

Hari ini saya menyarankan pada pelajar lelaki supaya menyahut cabaran Astro Oasis dalam mencari Imam muda di kalangan remaja Islam. Oasis sedang dalam rangka berlegar ke seluruh negara untuk menguji bakat anak-anak muda yang berminat. Saya pasti ada anak-anak muda yang terserlah ketrampilannya sebagai Imam yang cuma menunggu masa untuk di cungkil. Tidak semuanya gila menyanyi dan mahu popular sebagai artis. Oasis mengambil langkah yang cukup bijak dalam mengubah persepsi orang ramai bahawa anak muda kita cuma pandai terkinja-kinja dan terlalak-lalak.

Di dalam kelas saya melihat ada kalangan pelajar lelaki yang menampilkan ciri-ciri remaja Islam ini. Menjadi kebiasaan untuk saya sebelum memulakan sesi pembelajaran, seorang pelajar lelaki akan diminta memimpin pembacaan doa. Ada yang cuma mampu membaca doa yang sekadarnya dengan beberapa kesilapan yang jelas dikesan. Saya mengenalpasti seorang dua pelajar yang cukup baik bacaannya dan yakin boleh dibentuk sekiranya diberikan bimbingan.
Kh…