Skip to main content

Taubat

Sudah lama tidak berkesempatan mengikuti program Halaqah TV9. Malam tadi masa yang begitu senggang memberi peluang untuk mendengar pandangan dua orang Ustaz termasuk Ustaz yang amat saya minati Ustaz Zahazan. Perbincangan isu yang cukup menarik - Tiga Api Cinta. Ia cukup relevan ketika gejala pembuangan bayi tiba-tiba meletus lagi. Buang bayi berkait rapat dengan pergaulan tanpa batas yang seterusnya menjurus kepada hubungan terlarang. Dan hubungan tanpa kawalan ini pula bersangkut pula dengan rapuhnya iman dan rasa takut padaNya.

Ustaz Syed Idris menceritakan bagaimana Nabi Yusuf di goda oleh Zulaikha namun berjaya menangkisnya sebagai iktibar. Beliau memetik ayat berikut; “Iblis menjawab: "Demi kekuasaan Engkau aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba-Mu yang mukhlis (Ikhlas) di antara mereka.” (Shaad : 82-83)

FirmanNya lagi, “Sesungguhnya wanita itu telah bermaksud (melakukan perbuatan itu) dengan Yusuf, dan Yusuf pun bermaksud (melakukan pula) dengan wanita itu dan andaikata dia(Yusof) tidak melihat tanda (dari) Tuhannya. Demikianlah, agar Kami memalingkan dari padanya kemungkaran dan kekejian. Sesungguhnya Yusuf itu termasuk dalam hamba-hamba kami yang ikhlas. (Yusof : 24). Pengajarannya seperti kata Uztaz Syed hanya mereka yang ikhlas terselamat daripada rencana syaitan yang padat tipu daya.

Namun kisah yang diceritakan oleh Ustaz ini lebih lagi menariknya. Ia menunjukkan Allah sentiasa membuka pintu taubatNya kepada hambanya walau sebesar mana pun. Kisah ini berlaku pada zaman Nabi Musa. Berlaku kemarau yang amat dasyat, sehinggakan umat Nabi Musa meminta Nabi Musa ntuk memohon pada Allah agar diturunkan hujan. Semua pengikut Nabi Musa berhimpun di satu kawasan lapang dan Nabi Musa pun berdoa. Namun, hujan masih tidak turun juga.

Bertanyalah Nabi Musa pada Allah,"Kenapa ya Allah?" Allah pun berkata,"Sesungguhnya Musa, di dalam kelompok pengikutmu, ada seorang hambaKu yang telah bermaksiat kepadaKu selama 40 tahun.. Kerana dia, hujan tidak akan turun. Keluarkan dia dari kelompok itu."

Maka, Nabi Musa pun menyeru pada kelompok itu,"Keluarlah wahai seorang hambaNya yang telah bermaksiat pada Allah selama 40 tahun.. Keluarlah dari sini. Kerana kamu, hujan takkan turun.." Lalu, tersedarlah hamba tersebut. Dia jadi serba salah. Kalau dia tidak keluar, maka seluruh dari mereka akan mati kerana kemarau. Tetapi, kalau dia keluar, dia akan berasa amat malu yang teramat sangat. Lantas dia berdoa kepada Allah,"Ya Allah.. Selama 40 tahun ini, aku telah bermaksiat padaMu. Tetapi Engkau masih menutup aibku hingga kini. Ya Allah, aku bertaubat denganMu. Aku bertaubat Ya Allah, selamatkanlah aku.." Hamba tersebut masih berada dalam kelompok itu dan terus berdoa..

Tidak semena-mena hujan pun turun mencurah-curah.. Terkejutlah Nabi Musa.Nabi Musa pun bertanya kepada Allah, "Kenapakah? Allah menjawab,"Wahai Musa, Aku sangat gembira kerana hambaKu yang telah bermaksiat padaKu tadi telah bertaubat. Maka Aku turunkan hujan kerana dia telah bertaubat."

Lalu, bertaubatlah, Allah Maha Pengampun.

Pena Tumpul - Ketika saya begitu kepingin anak lagi, ada pula yang tergamak membuang bayi

Comments

Popular posts from this blog

Pahat

O rang tua-tua selalu mengingatkan kita, kalau hendak berjaya jangan sama sekali bersikap seperti pahat dengan penukul. Sikap pahat yang hanya akan berkerja apabila diketuk sebenarnya banyak berlaku dalam kehidupan seharian kita. Kebijaksanaan silam itu mahu memberitahu kita bahawa dalam apa kerja sekalipun, desakan atau keterpaksaan tidak akan menjanjikan kejayaan. Apabila membuat kerja apabila dipaksa, maka selamanya kita memerlukan ``ketukan'' supaya sekian banyak ``pahat'' membuat kerja masing-masing. Adakalanya Haziq juga bagai pahat. Saya pula penukul. Mahu diketuk selalu. Perlu juga sering diingatkan disuruh. untuk buat itu dan ini, walaupun apa yang perlu dibuat itu sebenarnya tidak perlu sampai disuruh pun. Kebanyakannya adalah rutin yang sudah sering sangat dilakukan. Mengulangkaji pelajaran misalnya tidaklah sampai perlu diulang-ulang diberitahu untuk melakukannya. Ia adalah kewajipan seorang pelajar kalau ingin berjaya. Sekali disuruh, sekali d

Seluar

S eorang Ustaz berkongsi ilmu yang tidak pernah saya tahu sebelum ini. Pada mulanya agak sukar untuk menerima kebenarannya. Macam tidak nampak logiknya. Pun begitu, mengambil kira kapasitinya sebagai seorang Usataz yang berkredibel, saya memilih untuk mempercayainya malah berhasrat untuk meninggalkan yang tidak sepatutnya dibuat. Saya percaya selama ini ramai antara kita yang sudah sangat biasa memakai seluar sambil berdiri. Tidak wajar dilakukan sebenarnya. Kata Ustaz, kita sepatutnya pakai seluar sambil duduk. Macam ganjil bunyinya. Namun, amalan memakai seluar sambil berdiri ini adalah salah satu faktor yang menyumbang kepada kemiskinan dalam hidup seseorang. Selain itu, kata Uztaz ada beberapa lagi amalan yang sudah biasa kita lakukan tanpa kita ketahui dan sedari juga penyebab mengapa rezeki kita tidak murah. Antaranya ialah makan dalam keadaan berjunub, pakai serban ketika duduk, dan menjahit pakaian pada badan. Ada lagi kata Ustaz. Kita jangan cepat meninggalkan tempat se

Cengkerik

P etang ini hasrat untuk memancing hampir terbantut gara-gara gagal mendapatkan cengkerik. Seluruh Segamat kehabisan cengkerik. Serangga ini mendadak naik permintaannya selepas banjir. Ia menjadi buruan kaki pancing. Cengkerik biasanya dijual dengan harga seringgit untuk 25 ekor. Agak mahal. Makanannya cuma kertas sahaja. Rasanya kalau ternak cengkerik sekarang, pulangannya pasti tidak mengecewakan. Dalam keadaan permintaan melebihi penawaran, rasanya penjual cengkerik boleh buat duit dengan menaikkan harganya. Seingat saya berpuluh tahun dahulu cengkerik bukanlah umpan untuk memancing. Tidak pernah digunakan pun. Ketika itu umpannya tidak lain kecuali cacing. Ia mudah didapati dan tidak perlu dibeli pun. Pergi bawah rumah atau tanah yang agak lembab, cangkul dan gali. Pastinya berpuluh-puluh ekor cacing boleh dikumpulkan. Pada mulanya agak geli juga untuk memegangnya. Namun lama kelamaan, alah bisa tegal biasa. Joran yang digunakan pun tidaklah secanggih sekarang. Cuma buluh. Keluar w