Skip to main content

Kejutan

Musim ini saya membuat percubaan yang sangat berani. Saya mengambil pendekatan untuk mengajar dalam keadaan yang cukup santai. Saya tidak pernah memiliki peluang begini sebelum ini. Sejak beberapa tahun yang lalu, sesi pengajaran dan pembelajaran saya berlangsung dalam suasana yang cukup formal dan adakalanya tegang. Saya sedar pelajar tdak selesa dengan kaedah pengajaran yang tidak memberi ruang dan peluang kepada mereka untuk bersantai sekali sekala namun masih dalam suasana yang dilihat tidak sampai melampau batasan hubungan pensyarah dan pelajar.

Saya memecahkan tembok pemisah itu. Saya bina jambatan, Saya lihat pelajar senang dan selesa. Bahasa tidak menjadi masalah lagi. Saya biarkan mereka bersenang hati mengungkap rasa dalam bahasa yang mereka rasa cukup selesa. Yang penting apa yang ingin disampai mudah pula diterima. Dalam suasana begini, segalanya kelihatan mudah dilaksana. Pelajar lebih mudah untuk diheret bekerjasama tanpa rasa paksa. Saya dapat merasakannya. Saya merasai kelainannya musim ini. Jalinan bentuk baru ini memuaskan hati saya. Saya puas dengan komitmen yang mereka pamerkan. Juga puas dengan mutu tugasan yang dihasilkan. Kemuncak kepuasan berlangsung dalam satu suasana yang amat mengejutkan dan tidak pernah saya jangkakan pun. Saya tahu ia lahir dari hubungan tanpa tembok ini. Saya dikejutkan dengan satu majlis sambutan hari lahir yang tidak mungkin dapat saya lupakan sampai bila-bila. Ia tidak pernah berlaku pun sebelum ini. Terima kasih Syafa, Norzie, Alia, Idayu, Aishah, Yati. Saya bangga memiliki kelompok pelajar begini dan mengharap menemuinya lagi di musim mendatang.

Pena Tumpul - Terharu

Comments

Popular posts from this blog

Pahat

O rang tua-tua selalu mengingatkan kita, kalau hendak berjaya jangan sama sekali bersikap seperti pahat dengan penukul. Sikap pahat yang hanya akan berkerja apabila diketuk sebenarnya banyak berlaku dalam kehidupan seharian kita. Kebijaksanaan silam itu mahu memberitahu kita bahawa dalam apa kerja sekalipun, desakan atau keterpaksaan tidak akan menjanjikan kejayaan. Apabila membuat kerja apabila dipaksa, maka selamanya kita memerlukan ``ketukan'' supaya sekian banyak ``pahat'' membuat kerja masing-masing. Adakalanya Haziq juga bagai pahat. Saya pula penukul. Mahu diketuk selalu. Perlu juga sering diingatkan disuruh. untuk buat itu dan ini, walaupun apa yang perlu dibuat itu sebenarnya tidak perlu sampai disuruh pun. Kebanyakannya adalah rutin yang sudah sering sangat dilakukan. Mengulangkaji pelajaran misalnya tidaklah sampai perlu diulang-ulang diberitahu untuk melakukannya. Ia adalah kewajipan seorang pelajar kalau ingin berjaya. Sekali disuruh, sekali d

Seluar

S eorang Ustaz berkongsi ilmu yang tidak pernah saya tahu sebelum ini. Pada mulanya agak sukar untuk menerima kebenarannya. Macam tidak nampak logiknya. Pun begitu, mengambil kira kapasitinya sebagai seorang Usataz yang berkredibel, saya memilih untuk mempercayainya malah berhasrat untuk meninggalkan yang tidak sepatutnya dibuat. Saya percaya selama ini ramai antara kita yang sudah sangat biasa memakai seluar sambil berdiri. Tidak wajar dilakukan sebenarnya. Kata Ustaz, kita sepatutnya pakai seluar sambil duduk. Macam ganjil bunyinya. Namun, amalan memakai seluar sambil berdiri ini adalah salah satu faktor yang menyumbang kepada kemiskinan dalam hidup seseorang. Selain itu, kata Uztaz ada beberapa lagi amalan yang sudah biasa kita lakukan tanpa kita ketahui dan sedari juga penyebab mengapa rezeki kita tidak murah. Antaranya ialah makan dalam keadaan berjunub, pakai serban ketika duduk, dan menjahit pakaian pada badan. Ada lagi kata Ustaz. Kita jangan cepat meninggalkan tempat se

Cengkerik

P etang ini hasrat untuk memancing hampir terbantut gara-gara gagal mendapatkan cengkerik. Seluruh Segamat kehabisan cengkerik. Serangga ini mendadak naik permintaannya selepas banjir. Ia menjadi buruan kaki pancing. Cengkerik biasanya dijual dengan harga seringgit untuk 25 ekor. Agak mahal. Makanannya cuma kertas sahaja. Rasanya kalau ternak cengkerik sekarang, pulangannya pasti tidak mengecewakan. Dalam keadaan permintaan melebihi penawaran, rasanya penjual cengkerik boleh buat duit dengan menaikkan harganya. Seingat saya berpuluh tahun dahulu cengkerik bukanlah umpan untuk memancing. Tidak pernah digunakan pun. Ketika itu umpannya tidak lain kecuali cacing. Ia mudah didapati dan tidak perlu dibeli pun. Pergi bawah rumah atau tanah yang agak lembab, cangkul dan gali. Pastinya berpuluh-puluh ekor cacing boleh dikumpulkan. Pada mulanya agak geli juga untuk memegangnya. Namun lama kelamaan, alah bisa tegal biasa. Joran yang digunakan pun tidaklah secanggih sekarang. Cuma buluh. Keluar w