Skip to main content

Ujian

Haziq didengar merungut kerana perlu menghadapi ujian lagi minggu depan. "Ujian lagi, baru lagi ujian hari tu", katanya. Ini bermakna dia perlu memperuntukkan lebih masa untuk ulangkaji dan mengorbankan masa untuk bermain bola, minatnya buat sementara. Mamanya tidak henti-henti memesanya supaya berulit dengan buku.Dalam keterpaksaan Haziq tiada pilihan tetapi perlu menurut perintah mamanya atau terpaksa menahan telinga dileter mamanya.

Ujian datang dalam pelbagai bentuk. Ada yang berat juga yang ringan. Adakalanya kehadirannya tidak dijangkakan pun dan kita tidak bersedia menerimanya.Ada yang menerimanya dengan tenang dan tidak kurang yang melatah dan melenting. Saya katakan pada Haziq dia beruntung kerana dia diberitahu untuk bersedia menghadapi ujian itu. Dan ujian yang dihadapinya sebenarnya amat kecil. Ujian di sekolah tidak lebih sebagai kayu pengukur untuk menilai kefahaman pelajar dalam pembelajaran. Namun ujian dalam hidup dilihat lebih penting mengatasi segala bentuk ujian yang ada. Kita diuji dengan kesakitan, kepayahan, kesedihan dan pelbagai lagi. Kita diuji untuk dinilai olehNya sejauh mana kita bersabar menghadapinya.

Firman Allah dalam surah Al Imran; 142 yang bermaksud:“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, pada hal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antara kamu dan belum nyata orang-orang yang bersabar.”

Kita perlu dengan redha menerima segala ujian yang besar mahupun yang kecil sebagai satu didikan terus dari Allah. Kita perlu ingat bila kita diuji, kita masih wajib bersyukur kerana masih ada 1001 jenis nikmat lain yang Allah kurniakan kepada kita! Jadi mengapa mesti merungut ketika diuji?

Anak-anak juga adalah ujian. Diriwayatkan oleh Imam Ahmad bahwa Abu Abu Buraidah berkata, Rasulullah SAW pernah berkhotbah kemudian datang kedua cucunya Hasan dan Husein.......Keduanya berjalan dan terjatuh. Kemudian Rasulullah SAW turun dari mimbar, menggendong keduanya dan meletakkannya dihadapannya lalu bersabda : "Benarlah Allah dan Rasul Nya.......sesungguhnya harta dan anak kamu itu merupakan cubaan.......Aku telah melihat dua anak yang berjalan dan terjatuh ini dan aku tidak sabar sehingga aku menghentikan khutbahku dan menggendong keduanya.."

Wanita dan anak mampu melalaikan si suami jika suami tidak kuat iman sehinggakan samada disedari atau tidak, terdapat sahaja kes di mana isteri dan anak menjadi musuh suami. Pengesahan ini diungkapkan oleh Allah dalam firman-Nya bermaksud: "Wahai orang beriman, sesungguhnya antara isteri kamu dan anak kamu ada yang menjadi musuh bagi kamu, maka berhati-hatilah kamu terhadap mereka. (Surah at-Taghabun, ayat 14).

Pena Tumpul - Semoga Allah berikan kekuatan untuk berdepan dengan segala ujian

Comments

Popular posts from this blog

Pahat

O rang tua-tua selalu mengingatkan kita, kalau hendak berjaya jangan sama sekali bersikap seperti pahat dengan penukul. Sikap pahat yang hanya akan berkerja apabila diketuk sebenarnya banyak berlaku dalam kehidupan seharian kita. Kebijaksanaan silam itu mahu memberitahu kita bahawa dalam apa kerja sekalipun, desakan atau keterpaksaan tidak akan menjanjikan kejayaan. Apabila membuat kerja apabila dipaksa, maka selamanya kita memerlukan ``ketukan'' supaya sekian banyak ``pahat'' membuat kerja masing-masing. Adakalanya Haziq juga bagai pahat. Saya pula penukul. Mahu diketuk selalu. Perlu juga sering diingatkan disuruh. untuk buat itu dan ini, walaupun apa yang perlu dibuat itu sebenarnya tidak perlu sampai disuruh pun. Kebanyakannya adalah rutin yang sudah sering sangat dilakukan. Mengulangkaji pelajaran misalnya tidaklah sampai perlu diulang-ulang diberitahu untuk melakukannya. Ia adalah kewajipan seorang pelajar kalau ingin berjaya. Sekali disuruh, sekali d

Seluar

S eorang Ustaz berkongsi ilmu yang tidak pernah saya tahu sebelum ini. Pada mulanya agak sukar untuk menerima kebenarannya. Macam tidak nampak logiknya. Pun begitu, mengambil kira kapasitinya sebagai seorang Usataz yang berkredibel, saya memilih untuk mempercayainya malah berhasrat untuk meninggalkan yang tidak sepatutnya dibuat. Saya percaya selama ini ramai antara kita yang sudah sangat biasa memakai seluar sambil berdiri. Tidak wajar dilakukan sebenarnya. Kata Ustaz, kita sepatutnya pakai seluar sambil duduk. Macam ganjil bunyinya. Namun, amalan memakai seluar sambil berdiri ini adalah salah satu faktor yang menyumbang kepada kemiskinan dalam hidup seseorang. Selain itu, kata Uztaz ada beberapa lagi amalan yang sudah biasa kita lakukan tanpa kita ketahui dan sedari juga penyebab mengapa rezeki kita tidak murah. Antaranya ialah makan dalam keadaan berjunub, pakai serban ketika duduk, dan menjahit pakaian pada badan. Ada lagi kata Ustaz. Kita jangan cepat meninggalkan tempat se

Cengkerik

P etang ini hasrat untuk memancing hampir terbantut gara-gara gagal mendapatkan cengkerik. Seluruh Segamat kehabisan cengkerik. Serangga ini mendadak naik permintaannya selepas banjir. Ia menjadi buruan kaki pancing. Cengkerik biasanya dijual dengan harga seringgit untuk 25 ekor. Agak mahal. Makanannya cuma kertas sahaja. Rasanya kalau ternak cengkerik sekarang, pulangannya pasti tidak mengecewakan. Dalam keadaan permintaan melebihi penawaran, rasanya penjual cengkerik boleh buat duit dengan menaikkan harganya. Seingat saya berpuluh tahun dahulu cengkerik bukanlah umpan untuk memancing. Tidak pernah digunakan pun. Ketika itu umpannya tidak lain kecuali cacing. Ia mudah didapati dan tidak perlu dibeli pun. Pergi bawah rumah atau tanah yang agak lembab, cangkul dan gali. Pastinya berpuluh-puluh ekor cacing boleh dikumpulkan. Pada mulanya agak geli juga untuk memegangnya. Namun lama kelamaan, alah bisa tegal biasa. Joran yang digunakan pun tidaklah secanggih sekarang. Cuma buluh. Keluar w