Skip to main content

Imam

Hari ini saya menyarankan pada pelajar lelaki supaya menyahut cabaran Astro Oasis dalam mencari Imam muda di kalangan remaja Islam. Oasis sedang dalam rangka berlegar ke seluruh negara untuk menguji bakat anak-anak muda yang berminat. Saya pasti ada anak-anak muda yang terserlah ketrampilannya sebagai Imam yang cuma menunggu masa untuk di cungkil. Tidak semuanya gila menyanyi dan mahu popular sebagai artis. Oasis mengambil langkah yang cukup bijak dalam mengubah persepsi orang ramai bahawa anak muda kita cuma pandai terkinja-kinja dan terlalak-lalak.

Di dalam kelas saya melihat ada kalangan pelajar lelaki yang menampilkan ciri-ciri remaja Islam ini. Menjadi kebiasaan untuk saya sebelum memulakan sesi pembelajaran, seorang pelajar lelaki akan diminta memimpin pembacaan doa. Ada yang cuma mampu membaca doa yang sekadarnya dengan beberapa kesilapan yang jelas dikesan. Saya mengenalpasti seorang dua pelajar yang cukup baik bacaannya dan yakin boleh dibentuk sekiranya diberikan bimbingan.
Khabarnya hadiahnya cukup lumayan. Namun yang lebih menarik, juara ditawarkan jawatan sebagai Imam Muda di masjid Wilayah Persekutuan. Ia dilihat menarik kerana ia bakal menaikkan martabat Imam yang rata-ratanya didominasi oleh golongan tua. Di kampung-kampung misalnya, amat susah untuk mencari Imam di kalangan anak muda. Pandangan bahawa hanya yang dilihat tua boleh jadi Imam sudah amat wajar diubah. Ketengahkan yang muda sekiranya ternyata mereka memang berkebolehan dan cukup ilmunya.

Saya harap usaha Oasis akan berjaya mengubah persepsi ini.

Pena Tumpul - Jadi Imam untuk jemaah keluarga sahaja

Comments

Popular posts from this blog

Pahat

O rang tua-tua selalu mengingatkan kita, kalau hendak berjaya jangan sama sekali bersikap seperti pahat dengan penukul. Sikap pahat yang hanya akan berkerja apabila diketuk sebenarnya banyak berlaku dalam kehidupan seharian kita. Kebijaksanaan silam itu mahu memberitahu kita bahawa dalam apa kerja sekalipun, desakan atau keterpaksaan tidak akan menjanjikan kejayaan. Apabila membuat kerja apabila dipaksa, maka selamanya kita memerlukan ``ketukan'' supaya sekian banyak ``pahat'' membuat kerja masing-masing. Adakalanya Haziq juga bagai pahat. Saya pula penukul. Mahu diketuk selalu. Perlu juga sering diingatkan disuruh. untuk buat itu dan ini, walaupun apa yang perlu dibuat itu sebenarnya tidak perlu sampai disuruh pun. Kebanyakannya adalah rutin yang sudah sering sangat dilakukan. Mengulangkaji pelajaran misalnya tidaklah sampai perlu diulang-ulang diberitahu untuk melakukannya. Ia adalah kewajipan seorang pelajar kalau ingin berjaya. Sekali disuruh, sekali d

Seluar

S eorang Ustaz berkongsi ilmu yang tidak pernah saya tahu sebelum ini. Pada mulanya agak sukar untuk menerima kebenarannya. Macam tidak nampak logiknya. Pun begitu, mengambil kira kapasitinya sebagai seorang Usataz yang berkredibel, saya memilih untuk mempercayainya malah berhasrat untuk meninggalkan yang tidak sepatutnya dibuat. Saya percaya selama ini ramai antara kita yang sudah sangat biasa memakai seluar sambil berdiri. Tidak wajar dilakukan sebenarnya. Kata Ustaz, kita sepatutnya pakai seluar sambil duduk. Macam ganjil bunyinya. Namun, amalan memakai seluar sambil berdiri ini adalah salah satu faktor yang menyumbang kepada kemiskinan dalam hidup seseorang. Selain itu, kata Uztaz ada beberapa lagi amalan yang sudah biasa kita lakukan tanpa kita ketahui dan sedari juga penyebab mengapa rezeki kita tidak murah. Antaranya ialah makan dalam keadaan berjunub, pakai serban ketika duduk, dan menjahit pakaian pada badan. Ada lagi kata Ustaz. Kita jangan cepat meninggalkan tempat se

Cengkerik

P etang ini hasrat untuk memancing hampir terbantut gara-gara gagal mendapatkan cengkerik. Seluruh Segamat kehabisan cengkerik. Serangga ini mendadak naik permintaannya selepas banjir. Ia menjadi buruan kaki pancing. Cengkerik biasanya dijual dengan harga seringgit untuk 25 ekor. Agak mahal. Makanannya cuma kertas sahaja. Rasanya kalau ternak cengkerik sekarang, pulangannya pasti tidak mengecewakan. Dalam keadaan permintaan melebihi penawaran, rasanya penjual cengkerik boleh buat duit dengan menaikkan harganya. Seingat saya berpuluh tahun dahulu cengkerik bukanlah umpan untuk memancing. Tidak pernah digunakan pun. Ketika itu umpannya tidak lain kecuali cacing. Ia mudah didapati dan tidak perlu dibeli pun. Pergi bawah rumah atau tanah yang agak lembab, cangkul dan gali. Pastinya berpuluh-puluh ekor cacing boleh dikumpulkan. Pada mulanya agak geli juga untuk memegangnya. Namun lama kelamaan, alah bisa tegal biasa. Joran yang digunakan pun tidaklah secanggih sekarang. Cuma buluh. Keluar w