Skip to main content

4:49

Tidak ada apa yang lebih menggembirakan selain daripada diberi kesempatan untuk mencecah usia 49. Setahun lagi umur bertambah meninggalkan sisa-sisa usia yang terus berkurang. Setinggi-tinggi rasa syukur dipanjatkan kepadaNya kerana nikmat yang tidak terhingga. Nikmat usia yang diberkati. Nikmat kesihatan dan juga nikmat kebahagiaan di samping keluarga. Malam tadi nikmatnya melimpah lagi. Bersama keluarga terdekat yang hadir kami menikmati juadah air tangan isteri. Mee goreng mamak isteri memang sukar untuk dinafikan keenakannya. Mak datang dengan kuih bakar kegemaran saya. Mak juga tahu puding santan yang amat saya suka itu. Mak juga tahu gulai kari daging emak tidak ada siapa yang mampu menandinginya.

Keriangan berganda-ganda kerana Hafiz juga berusia genap 4 tahun hari ini. Keletahnya semakin menjadi-jadi. Petah bercakap. Makin manja. Kami menyambutnya bersama lagi tahun ini. Hubungan saya dengan anak saudara yang nakal ini amat rapatnya bagaikan ayah dan anak. Robot mainan yang saya hadiahkan padanya begitu seronok sekali dia menerimanya. Mamanya pula membelikan kek cukup istemewa yang terpahat nama saya dan Hafiz. Terharu saya.

Sambutan berlangsung amat sederhana namun cukup bermakna dengan bacaan tahlil dan doa mohon kesejahteraan untuk semua. Terima kasih kepada ayah mentua kerana memenuhi permintaan emak untuk memimpin bacaan tahlil dan doa.

Pena Tumpul - Isteri sudah berkira-kira dengan ulangtahun kelahirannya yang bakal tiba pada 9 Ogos ini

Comments

Popular posts from this blog

Pahat

O rang tua-tua selalu mengingatkan kita, kalau hendak berjaya jangan sama sekali bersikap seperti pahat dengan penukul. Sikap pahat yang hanya akan berkerja apabila diketuk sebenarnya banyak berlaku dalam kehidupan seharian kita. Kebijaksanaan silam itu mahu memberitahu kita bahawa dalam apa kerja sekalipun, desakan atau keterpaksaan tidak akan menjanjikan kejayaan. Apabila membuat kerja apabila dipaksa, maka selamanya kita memerlukan ``ketukan'' supaya sekian banyak ``pahat'' membuat kerja masing-masing. Adakalanya Haziq juga bagai pahat. Saya pula penukul. Mahu diketuk selalu. Perlu juga sering diingatkan disuruh. untuk buat itu dan ini, walaupun apa yang perlu dibuat itu sebenarnya tidak perlu sampai disuruh pun. Kebanyakannya adalah rutin yang sudah sering sangat dilakukan. Mengulangkaji pelajaran misalnya tidaklah sampai perlu diulang-ulang diberitahu untuk melakukannya. Ia adalah kewajipan seorang pelajar kalau ingin berjaya. Sekali disuruh, sekali d

Seluar

S eorang Ustaz berkongsi ilmu yang tidak pernah saya tahu sebelum ini. Pada mulanya agak sukar untuk menerima kebenarannya. Macam tidak nampak logiknya. Pun begitu, mengambil kira kapasitinya sebagai seorang Usataz yang berkredibel, saya memilih untuk mempercayainya malah berhasrat untuk meninggalkan yang tidak sepatutnya dibuat. Saya percaya selama ini ramai antara kita yang sudah sangat biasa memakai seluar sambil berdiri. Tidak wajar dilakukan sebenarnya. Kata Ustaz, kita sepatutnya pakai seluar sambil duduk. Macam ganjil bunyinya. Namun, amalan memakai seluar sambil berdiri ini adalah salah satu faktor yang menyumbang kepada kemiskinan dalam hidup seseorang. Selain itu, kata Uztaz ada beberapa lagi amalan yang sudah biasa kita lakukan tanpa kita ketahui dan sedari juga penyebab mengapa rezeki kita tidak murah. Antaranya ialah makan dalam keadaan berjunub, pakai serban ketika duduk, dan menjahit pakaian pada badan. Ada lagi kata Ustaz. Kita jangan cepat meninggalkan tempat se

Cengkerik

P etang ini hasrat untuk memancing hampir terbantut gara-gara gagal mendapatkan cengkerik. Seluruh Segamat kehabisan cengkerik. Serangga ini mendadak naik permintaannya selepas banjir. Ia menjadi buruan kaki pancing. Cengkerik biasanya dijual dengan harga seringgit untuk 25 ekor. Agak mahal. Makanannya cuma kertas sahaja. Rasanya kalau ternak cengkerik sekarang, pulangannya pasti tidak mengecewakan. Dalam keadaan permintaan melebihi penawaran, rasanya penjual cengkerik boleh buat duit dengan menaikkan harganya. Seingat saya berpuluh tahun dahulu cengkerik bukanlah umpan untuk memancing. Tidak pernah digunakan pun. Ketika itu umpannya tidak lain kecuali cacing. Ia mudah didapati dan tidak perlu dibeli pun. Pergi bawah rumah atau tanah yang agak lembab, cangkul dan gali. Pastinya berpuluh-puluh ekor cacing boleh dikumpulkan. Pada mulanya agak geli juga untuk memegangnya. Namun lama kelamaan, alah bisa tegal biasa. Joran yang digunakan pun tidaklah secanggih sekarang. Cuma buluh. Keluar w