Skip to main content

Bertunang


Junainah sempurna bertunang dengan pilihan hatinya hari ini dalam satu majlis yang agak sederhana. Khabarnya wang hantaran mencecah hampir RM10,000. Agak tinggi kalau dilihat dari segi angkanya.

Pun begitu kalau senario ekonomi kini diambil kira hantaran sekitar RM8,000 hingga RM10,000 bukanlah besar sangat pun. Dengan kos hidup yang agak tinggi sekarang, RM5,000 dianggap jumlah hantaran paling minima.

Bayangkanlah perbelanjaan daripada majlis pertunangan, persiapan kenduri dengan pelaminnya, persiapan pasukan kompang dan banyak lagi, mungkin jika dibuat pinjaman, sehingga sudah beranak pinak pun, pinjaman bank masih belum tentu habis dibayar. P.Ramlee sudah melihat senario ini 50 tahun dahulu lewat filem Seniman Bujang Lapoknya.

Pendek kata, kalau setakat belanja perkahwinan sebanyak RM10,000, ia satu jumlah yang belum cukup sempurna dengan harga pelbagai barangan ketika ini cukup mahal.

Tentunya tidak adil dan wajar untuk membanding dulu dan sekarang. Dulu harga barang tidak setinggi sekarang. Masih segar diingatan saya bila Pak Itam dan Mak Itam berkahwin sekitar 1972 di kampung dulu, hantarannya cuma RM250.00. Fantastik! Namun, majlis cukup meriah. Telor masa itu sekitar 5 sen sibiji. Gula 20 sen satu kilogram. Segalanya murah.

Namun yang lebih penting, tidak perlu keluar wang langsung untuk kanopi dan pelbagai aksesori yang tidak perlu seperti sekarang. Tiang balai dibuat daripada kayu hutan beratapkan nipah. Meja juga berkakikan kayu hutan. Sangat mudah.

Sebelum pulang, jemputan diberikan cuma sebiji telur!

Pena Tumpul - Bertunang selama empat tahun

Comments

PENA KASIH said…
Berkawan 4 tahun sebelum bertunang 4 tahun

Popular posts from this blog

Pahat

O rang tua-tua selalu mengingatkan kita, kalau hendak berjaya jangan sama sekali bersikap seperti pahat dengan penukul. Sikap pahat yang hanya akan berkerja apabila diketuk sebenarnya banyak berlaku dalam kehidupan seharian kita. Kebijaksanaan silam itu mahu memberitahu kita bahawa dalam apa kerja sekalipun, desakan atau keterpaksaan tidak akan menjanjikan kejayaan. Apabila membuat kerja apabila dipaksa, maka selamanya kita memerlukan ``ketukan'' supaya sekian banyak ``pahat'' membuat kerja masing-masing. Adakalanya Haziq juga bagai pahat. Saya pula penukul. Mahu diketuk selalu. Perlu juga sering diingatkan disuruh. untuk buat itu dan ini, walaupun apa yang perlu dibuat itu sebenarnya tidak perlu sampai disuruh pun. Kebanyakannya adalah rutin yang sudah sering sangat dilakukan. Mengulangkaji pelajaran misalnya tidaklah sampai perlu diulang-ulang diberitahu untuk melakukannya. Ia adalah kewajipan seorang pelajar kalau ingin berjaya. Sekali disuruh, sekali d

Seluar

S eorang Ustaz berkongsi ilmu yang tidak pernah saya tahu sebelum ini. Pada mulanya agak sukar untuk menerima kebenarannya. Macam tidak nampak logiknya. Pun begitu, mengambil kira kapasitinya sebagai seorang Usataz yang berkredibel, saya memilih untuk mempercayainya malah berhasrat untuk meninggalkan yang tidak sepatutnya dibuat. Saya percaya selama ini ramai antara kita yang sudah sangat biasa memakai seluar sambil berdiri. Tidak wajar dilakukan sebenarnya. Kata Ustaz, kita sepatutnya pakai seluar sambil duduk. Macam ganjil bunyinya. Namun, amalan memakai seluar sambil berdiri ini adalah salah satu faktor yang menyumbang kepada kemiskinan dalam hidup seseorang. Selain itu, kata Uztaz ada beberapa lagi amalan yang sudah biasa kita lakukan tanpa kita ketahui dan sedari juga penyebab mengapa rezeki kita tidak murah. Antaranya ialah makan dalam keadaan berjunub, pakai serban ketika duduk, dan menjahit pakaian pada badan. Ada lagi kata Ustaz. Kita jangan cepat meninggalkan tempat se

Cengkerik

P etang ini hasrat untuk memancing hampir terbantut gara-gara gagal mendapatkan cengkerik. Seluruh Segamat kehabisan cengkerik. Serangga ini mendadak naik permintaannya selepas banjir. Ia menjadi buruan kaki pancing. Cengkerik biasanya dijual dengan harga seringgit untuk 25 ekor. Agak mahal. Makanannya cuma kertas sahaja. Rasanya kalau ternak cengkerik sekarang, pulangannya pasti tidak mengecewakan. Dalam keadaan permintaan melebihi penawaran, rasanya penjual cengkerik boleh buat duit dengan menaikkan harganya. Seingat saya berpuluh tahun dahulu cengkerik bukanlah umpan untuk memancing. Tidak pernah digunakan pun. Ketika itu umpannya tidak lain kecuali cacing. Ia mudah didapati dan tidak perlu dibeli pun. Pergi bawah rumah atau tanah yang agak lembab, cangkul dan gali. Pastinya berpuluh-puluh ekor cacing boleh dikumpulkan. Pada mulanya agak geli juga untuk memegangnya. Namun lama kelamaan, alah bisa tegal biasa. Joran yang digunakan pun tidaklah secanggih sekarang. Cuma buluh. Keluar w