Skip to main content

Terjah


Dalam kesuntukan masa dan keterbatasan waktu saya tidak pernah terfikir untuk sampai ke puncak Genting pagi ini. Malah tidak dirancang pun.

Sesuatu yang tidak dirancang adakalanya lebih menjadi daripada apa yang dirancang dengan teliti. Banyak kali setelah rancang itu dan ini, ia berakhir dengan tidak ada apa-apa yang dilakukan. Rancangan akan tinggal rancangan.

Jadi, bila Along tiba-tiba menyuarakan cadangan ke Genting ketika saya sedang berehat-rehat di rumahnya di Damansara, saya sedikit terkejut. Dia betul-betul atau setakat main-main. Saya tidak pernah ada apa-apa tujuan sampingan selain ke rumahnya untuk melawat ibunya yang dikatakan kurang sihat.

Saya hampir menolaknya kalau tidak kerana permintaan isteri. Katanya, alang-alang sudah berada di Kuala Lumpur apalah salahnya jalan-jalan. Sambil menyelam minum air. Saya tewas juga akhirnya. Namun seronok juga. Sesekali bertukar angin. Melegakan sedikit rasa tegang.

Dalam perjalanan pulang dari KL, tanpa dirancang Haziq meminta untuk singgah sebentar di bandar pintar di Shah Alam. Walaupun sudah agak lewat, saya melakukannya juga. Hampir satu jam kami lepak-lepak menghabiskan masa dengan lampu-lampu. Tidaklah seronok sangat pun. Namun saya seronok kerana dapat memenuhi permintaan Haziq.

Pena Tumpul - Penat dan hambar

Comments

Popular posts from this blog

Pahat

O rang tua-tua selalu mengingatkan kita, kalau hendak berjaya jangan sama sekali bersikap seperti pahat dengan penukul. Sikap pahat yang hanya akan berkerja apabila diketuk sebenarnya banyak berlaku dalam kehidupan seharian kita. Kebijaksanaan silam itu mahu memberitahu kita bahawa dalam apa kerja sekalipun, desakan atau keterpaksaan tidak akan menjanjikan kejayaan. Apabila membuat kerja apabila dipaksa, maka selamanya kita memerlukan ``ketukan'' supaya sekian banyak ``pahat'' membuat kerja masing-masing. Adakalanya Haziq juga bagai pahat. Saya pula penukul. Mahu diketuk selalu. Perlu juga sering diingatkan disuruh. untuk buat itu dan ini, walaupun apa yang perlu dibuat itu sebenarnya tidak perlu sampai disuruh pun. Kebanyakannya adalah rutin yang sudah sering sangat dilakukan. Mengulangkaji pelajaran misalnya tidaklah sampai perlu diulang-ulang diberitahu untuk melakukannya. Ia adalah kewajipan seorang pelajar kalau ingin berjaya. Sekali disuruh, sekali d

Seluar

S eorang Ustaz berkongsi ilmu yang tidak pernah saya tahu sebelum ini. Pada mulanya agak sukar untuk menerima kebenarannya. Macam tidak nampak logiknya. Pun begitu, mengambil kira kapasitinya sebagai seorang Usataz yang berkredibel, saya memilih untuk mempercayainya malah berhasrat untuk meninggalkan yang tidak sepatutnya dibuat. Saya percaya selama ini ramai antara kita yang sudah sangat biasa memakai seluar sambil berdiri. Tidak wajar dilakukan sebenarnya. Kata Ustaz, kita sepatutnya pakai seluar sambil duduk. Macam ganjil bunyinya. Namun, amalan memakai seluar sambil berdiri ini adalah salah satu faktor yang menyumbang kepada kemiskinan dalam hidup seseorang. Selain itu, kata Uztaz ada beberapa lagi amalan yang sudah biasa kita lakukan tanpa kita ketahui dan sedari juga penyebab mengapa rezeki kita tidak murah. Antaranya ialah makan dalam keadaan berjunub, pakai serban ketika duduk, dan menjahit pakaian pada badan. Ada lagi kata Ustaz. Kita jangan cepat meninggalkan tempat se

Cengkerik

P etang ini hasrat untuk memancing hampir terbantut gara-gara gagal mendapatkan cengkerik. Seluruh Segamat kehabisan cengkerik. Serangga ini mendadak naik permintaannya selepas banjir. Ia menjadi buruan kaki pancing. Cengkerik biasanya dijual dengan harga seringgit untuk 25 ekor. Agak mahal. Makanannya cuma kertas sahaja. Rasanya kalau ternak cengkerik sekarang, pulangannya pasti tidak mengecewakan. Dalam keadaan permintaan melebihi penawaran, rasanya penjual cengkerik boleh buat duit dengan menaikkan harganya. Seingat saya berpuluh tahun dahulu cengkerik bukanlah umpan untuk memancing. Tidak pernah digunakan pun. Ketika itu umpannya tidak lain kecuali cacing. Ia mudah didapati dan tidak perlu dibeli pun. Pergi bawah rumah atau tanah yang agak lembab, cangkul dan gali. Pastinya berpuluh-puluh ekor cacing boleh dikumpulkan. Pada mulanya agak geli juga untuk memegangnya. Namun lama kelamaan, alah bisa tegal biasa. Joran yang digunakan pun tidaklah secanggih sekarang. Cuma buluh. Keluar w