Skip to main content

Jawapan


"Dan tidaklah Kami mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad), melainkan dari kalangan orang-orang lelaki, yang Kami wahyukan kepada mereka. Oleh itu bertanyalah kamu kepada orang-orang yang berpengetahuan jika kamu tidak mengetahui" ~ Surah Al-Nahl:43

Seorang Ustaz berkata bahawa semua ilmu ada dalam AlQuran. Ia bercerita kisah seorang pemuda dan dan seorang Ulama' untuk menyokong apa yang dikatakannya itu. Kisah yang amat menarik dan membakar semangat untuk mendalami isi kandungannya. Bukan lagi setakat membaca sedangkan maknanya tidak pernah diambil kira.

Pemuda itu tidak percaya bila ulama itu berkata bahawa semua ilmu ada dalam AlQuran.

"Saya tidak percaya. Masakan begitu, bagi saya mustahil kitab al-Quran yang hanya terdiri daripada ribuan ayat itu boleh mengisi semua bentuk ilmu. Berapa ayat yang diperlukan untuk memuatkan semua ilmu yang ada? Wah, tentulah berbilion-bilion banyaknya. Bentuk dan jenis ilmu tersangat luas."

"Saya masih berpendapat semua asas ilmu ada dalam al-Quran," tegas pemuda itu. "Saya tak akan bersetuju dengan tuan," ujarnya lagi.

Ulama' itu hanya tersenyum.

Keesokan harinya, pemuda itu bertemu semula dengan ulama' tersebut. "Tuan masih percaya semua ilmu ada dalam al-Quran?".

"Ya", jawab ulama' itu pasti. "Kalau begitu, berapa banyak minyak yang boleh didapati daripada sekilogram buah kelapa sawit?", soal pemuda itu menguji.

Ulama' itu diam. Pemuda itu bangga kerana pada pengamatannya, ulama' itu akur pada pandangannya.

"Dan jangan lupa tunjukkan nama surah dan ayat sekali ya...", tambah pemuda itu seakan memerli. Beberapa ketika kemudian, ulama' itu berkata,"Ya, saya tahu jawapannya. Malah saya tahu surah serta ayat yang menjawab persoalan itu. Tetapi untuk menjawabnya, mari ikut saya."

Pemuda itu mengikut ulama' tersebut menuju ke suatu tempat. "Kita nak ke mana?"

"Ikut sahajalah", balas ulama' tersebut ringkas.

Mereka bertemu dengan seorang pekerja yang sedia menyelia kerja-kerja memproses buah kelapa sawit.

Ulama' itu bertanya, "Tuan, boleh beritahu kami berapa banyak minyak yang kita akan daoat daripada sekilogram buah kelapa sawit?"


Penyelia itu spontan memberikan jawapan. Sejurus kemudian, ulama' itu berkata kepada si pemuda, "Itulah jawapannya."

"Eh, saya mahukan jawapan dari al-Quran, bukan penyelia ini!, bentak pemuda itu.
Itulah jawapan al-Quran", jawab ulama' dengan tenang.

"Apa maksud tuan?"

"Inilah jawapan al-Quran. Seperti yang difirmankan oleh Allah dalam Surah Al-Nahl ayat 43 itu",
"Dan kita telah pun bertanya kepada penyelia kilang kelapa ini tentang soalan kamu. Inilah yang dijelaskan kaedahnya oleh al-Quran. Dan inilah jawapan al-Quran kepada soalan kamu", bidas ulama' tersebut.

Pemuda tersebut tunduk dan terdiam.

Sesungguhnya Al-Quran bukanlah kitab sejarah, sains, matematik dan ilmu-ilmu lain. Namun begitu, dalam al-Quran ada asas dan teras umum bagi ilmu-ilmu itu yang menjadi dasar dan prinsip untuk mengembangkannya.

Pena Tumpul - Mula bertadabur

Comments

Popular posts from this blog

Rencah

P erjalanan berkereta dari Segamat ke Serting pagi ini pastinya membosankan kalau tidak disulami dengan bual bicara dan gurau ketawa. Tok Ya yang turut serta bersama isterinya selain isteri dan Haziq memecah kesunyian apabila setelah lima minit berlalu saya masih lagi senyap justeru tidak ada apa yang hendak dibualkan. Tok Ya menyuarakan rasa kesal dan terkilan di atas pemergian Pak Itam sebulan yang lalu. " Dia mungkin boleh diselamatkan kalau mendapatkan rawatan di pusat perubatan swasta ". Walau pun kematian Pak Itam sudah ditentukan Ilahi namun layanan dan rawatan yang diberikan oleh hospital kerajaan amat dikesalkan. Pak Itam dibiarkan berminggu-minggu terlantar di katil sebelum pembedahan dilakukan. Yang lebih mengecewakan lagi apabila kecuaian yang dilakukan semasa pembedahan sehingga berlakunya infeksi pada paru-paru. Ini fenomena biasa di hospital kerajaan. Tok Ya sempat menceritakan pengalamannya dirawat di dua hospital yang berbeza ini. Walaupun ribuan ringgit terp...

Batu

H ari ini anak saudara perempuan ini menyerahkan senarai yang cukup panjang nikmat Allah yang pernah dan sedang dikecapinya. Saya kagum kerana dia tidak ambil mudah tugasan yang diberikan itu. Segala nikmat anggota yang terlekat di tubuh tidak langsung tertinggal dalam senarainya.Nikmat melihat dan mendengar apatah lagi nikmat untuk terus hidup di bumi Tuhan yang luas ini. Saya kata padanya dalam banyak keadaan manusia mudah lupa bila Allah melimpahkan nikmatnya. Justeru itu Allah menyedarkan manusia di saat kealpaan itu agar tidak terus hanyut dibuai nikmat kesenangan dunia. Bila dalam keadaan tersepit barulah kita bergegas mencariNya. Saya ceritakan padanya kesah seorang pekerja di tapak projek bangunan yang memanjat di atas tembok yang sangat tinggi. Denko harus menyampaikan pesan penting kepada teman kerjanya yang ada di bawahnya. Denko berteriak-teriak, tetapi temannya tidak berupaya mendengarnya justeru gangguan bising dari mesin-mesin dan suasana yang hiruk pikuk di sekelilingn...

"Tidak"

H afiz sedang menangis yang sukar dipujuk sesampainya saya ke rumah Mantoba malam tadi. Kalau tidak dia pasti meluru mendapatkan saya menawar diri untuk di dukung. Kami berusaha memujuknya tetapi gagal malah raungannya bagai memecah gegendang telinga. Sebabnya sudah dijangka. Mantoba yang balik seminggu sekali pulang tanpa sebarang mainan untuk Hafiz seperti minggu-minggu sebelumnya. Dia gagal memenuhi permintaan Hafiz kali ini. Walaupun permainan yang ada sudah cukup banyak, kanak-kanak tetap kanak-kanak. Naluri mahukan sesuatu yang baru memang tidak boleh ditahan-tahan. Namun sebagai ibubapa, kita tidak selalunya perlu menurut segala kemahuan anak. Ada ketikanya kita perlu memilih untuk berkata "tidak" kepadanya walaupun ia mungkin bagaikan dos yang menyakitkan dan memilukan hatinya. Anak-anak perlu belajar mendepani keadaan dimana tidak semua kemahuannya bisa ditunaikan. Juga bersedia menjadi dewasa dan belajar untuk memahami hakikat hidup bahawa orang di sekeliling tidak ...