Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2011

Universiti

Ramadan bertandang lagi membawa khabar amat gembira untuk semua umat yang bertakwa. Bulan untuk beribadat. Ganjaran pahala dariNya berlipat-lipat kali ganda berbanding bulan-bulan yang lain. Di corong radio, Ustaz berkongsi ilmu yang amat bermanafaat. Puasa sebagai adat atau ibadat? 
 Falsafah puasa yang selaras dengan al-Quran dan sunah perlu difahami benar-benar bagi mengelakkan amalan berpuasa tidak lebih hanya sebagai adat tahunan sahaja. Dan jika ini berlaku, ia memang merugikan.

Kata Ustaz, martabat puasa jatuh kepada tahap adat jika:  

* Menyempitkan skop puasa hanya dengan menahan makan dan minum pada siang hari sahaja. Sedang mata, hati dan lidah tidak ditahan daripada melakukan dosa. Rasulullah s.a.w bersabda: Barangsiapa yang tidak meninggalkan perkataan buruk dan perbuatannya tatkala berpuasa, maka tiada hajat Allah baginya (kerana pahala akan terhapus) walaupun meninggalkan makanan dan  minumannya. (riwayat Al-Bukhari)

* Berpuasa pada siang hari sahaja daripada me…

Kemampuan

Kata Ustaz, jangan berkira sangat kalau hendak bersedekah. Begitu juga dianjurkan untuk bersedekah dan memberi mengikut kemampuan. Kalau  besar kemampuan kita, sepatutnyalah kuantiti sedekah pun perlu besar berbanding dengan mereka yang kecil kemampuannya.

Dalam program bual bicara Tanyalah Ustaz itu, beliau menyampaikan kisah yang cukup menarik ini.

Pada suatu hari, di zaman kerajaan Nabi Sulaiman..Nabi Sulaiman a.s menitahkan seluruh rakyat jelatanya yang terdiri bukan saja manusia; bahkan jin dan haiwan juga membawa sedekah atau hadiah ke istana Nabi Sulaiman. Maka berbondong-bondonglah rakyat Nabi Sulaiman datang dengan  membawa sedekah atau hadiah masing-masing.

Si Gajah membawa kerbau sebagai hadiah, si Kerbau membawa kambing sebagai hadiah, Si Kambing membawa ayam sebagai hadiah, Si Ayam membawa belalang sebagai hadiah, si Belalang membawa semut sebagai hadiah. Maka berbarislah haiwan-haiwan ini untuk mempersembahkan hadiah masing-masing. Kebetulan Si Gajah berbaris di …

Jam

Saya menyuruh Haziq menyiapkan 10 soalan Matematik dalam masa satu jam. Soalan-soalan yang perlu dicari jawapannya tidaklah sukar sangat untuk diselesaikan. Berdasarkan faktor itu, saya berkeyakinan tinggi Haziq tidak ada masalah untuk melakukannya. Namun andaian saya silap. Dia awal-awal menyatakan bahawa soalan yang diberikan itu cukup sukar untuk disiapkan dalam tempoh yang saya tetapkan.

"Sudah menyerah sebelum berjuang, macam mana ni?", saya sedikit terkejut dan agak kecewa juga dengan responnya begitu. Dia sepatutnya mencuba dahulu sebelum menyatakan tidak mampu melakukannya. Saya memberinya semangat dan jangan selalu sangat menyerah kalah begitu. Saya meninggalkannya sendirian dengan harapan dia akan mengubah pendiriannya.

Tidak sampai pun satu jam, Haziq mendatangi saya. Dia buat saya terkejut dengan apa yang dipersembahkannya kepada saya. Bukan 10 soalan yang mampu diselesaikannya malah lebih daripada itu. Soalan yang dianggapnya sukar di peringkat awal tadi kini be…

Plaster

Saya singgah makan di sebuah warung tepi jalan dalam perjalanan balik dari Melaka petang ini. Tiada petunjuk untuk saya membuat keputusan memilih warung yang sebenarnya agak banyak di sepanjang jalan. Malah ada yang cuma sebelah menyebelah. Saya kebetulan berhenti di depan deretan beberapa buah warung.Saya perlu membuat pilihan gerai yang mana satu. Asas pemilihan saya mudah. Masuk ke gerai yang ramai orang.

Lazimnya bila ramai orang pasti ada faktor penariknya. Mungkin masakannya sedap. Mungkin juga harganya yang berpatutan. Mungkin juga pesanan yang pantas diurus. Mungkin juga layanan yang baik dan menarik.

Namun begitu adakalanya faktor masakan yang sedap dan memenuhi selera mengatasi faktor lain yang sebenarnya lebih penting lagi dari sekadar sedap. Justeru itu kita lihat ada gerai yang kelihatannya kotor dan tidak begitu terurus, namun pelanggan tetap berpusu-pusu masuk dan tidak kesah berderet panjang. Gerai makanan kotor tetapi tidak mematahkan selera pelanggan.

Saya sendiri p…

Gila

Man dan Min adalah dua orang pesakit mental. Suatu hari ketika berjalan-jalan di tepi kolam renang, Min terjatuh dan hampir lemas. Kesian Min yang terkapai-kapai meminta pertolongan kerana dia memang tidak pandai berenang pun. Tanpa membuang masa Man terjun dan cuba menyelamatkan Min walaupun dia sendiri tidak tahu berenang. Min berjaya diselamatkan setelah diberikan bantuan pernafasan oleh Man.

Keesokan harinya Man dipanggil oleh Lembaga Hospital yang kebetulan bersidang untuk menimbangkan kemungkinan Man dibenarkan keluar daripada hospital.

"Man, saya ada berita baik untuk awak. Berita tak baik pun ada juga. Saya beritau yang baik dulu. Sebagai menghargai jasa awak menyelamatkan nyawa kawan awak Min dari mati lemas semalam, awak akan dibenarkan keluar dari hospital ini dan balik semula ke pangkuan keluarga awak dan bergaul dengan masyarakat. Berita yang tak sedap didengar ialah Min yang awak selamatkan semalam telah dijumpai mati tergantung di dalam bilik mandi tidak lama selep…

Sebab

Bagi pasangan yang sedang asyik berkasih sayang dan saling mencintai lafaz kasih dan cinta selalunya tidak cukup kuat untuk meyakinkan pasangan. Justeru itulah kata-kata seperti, "Kalau sayang dan cinta apa tandanya" kerap bermain dibibir. Malah akan terkeluarlah dari mulut jawapan yang bunyinya cukup mustahil untuk dilakukan. "Kalau tidak percaya, belahlah hati". Begitu juga ungkapan yang cukup indah didengar namun amat mustahil untuk dilaksana seperti "Kalau hati sudah sayang, lautan api sanggup ku renangi"

Namun begitu, jawapan-jawapan begini masih tidak dapat memuaskan hati pun. Dialog ringkas antara pasangan ini mungkin dapat menjelaskan segala-galanya.

Dara: Kenapa awak suka saya, sayang saya?Kenapa awak amat mencintai saya? Saya ingin tahu sebabnya.
Uda : Saya tidak tahu bagaimana ingin menyatakannya. Namun saya memang benar-benar menyayangi awak.
Dara:Kalau anda sendiri tidak tahu mengapa awak amat mencintai saya, adalah mustahil untuk mengatakan…

Telefon

Sehari suntuk saya tanpa telefon bimbit hari ini. Tiada panggilan masuk dan tiada juga panggilan keluar yang boleh dibuat. Tiada "gangguan". Seronok juga walau pun terasa macam ada sesuatu yang kurang.Puncanya hanya kerana kecuaian. Tanpa usul periksa saya merendamkan seluar saya bersama-sama pakaian yang lain ke dalam mesin basuh. Bukan saya tidak pernah membasuh sebelum ini. Paling tidak saya kira telefon bimbit telah berendam air selama 30 minit.

Saya melakukan seperti mana yang ramai orang pernah kata sekiranya telefon dimasuki air. Saya menjemurnya untuk mengeringkanya. Telefon tetap tidak berfungsi. Mungkin hayatnya sudah berakhir. Sedikit sesal kerana telefon ini agak mahal sekurang-kurangnya pada pandangan saya. Saya tidak bercadang untuk membeli telefon yang agak mahal lagi buat masa ini. Rasanya amat memadai memiliki sebuah telefon yang membolehkan saya menghubungi dan dihubungi. Memang itu pun asasnya dalam penggunaan telefon bimbit ini bila ia mula-mula diperkena…

Buruk

Apalah yang ada pada kain buruk, sekadar dijadikan pengelap lantai yang kotor. Sudah menjadi lumrah dunia, sesuatu yang fizikalnya buruk dan dipandang buruk akan disisih dan dibuang. Rupa dan wajah yang buruk kerap menjadi cacian dan cemuhan orang. Orang tua pula sering dianggap bagai Quran buruk, dibaca tidak boleh, dilakukan sebarangan berdosa pula. Begitulah nasib kalau yang dulunya baru tetapi akhirnya bertukar buruk setelah beberapa waktu berlalu.

Petang ini datang pemungut besi buruk. Saya ke belakang rumah dan di bawah pokok sudah lama tersadai beberapa buah kerusi, tingkat pinggan, serta zing-zing  dan tin-tin yang sudah buruk dan berkarat. Pucuk dicita ulam mendatang kerana saya memang sudah lama menunggu kedatangan peraih besi buruk ini untuk membersihkan pandangan yang menyemakkan mata ini.

"125 kilogram semuanya", kata peraih tersebut. Banyak juga. Tidak saya menjangka seberat itu. Namun dalam bentuknya yang sudah buruk itu berapalah sangat nilainya berbanding bil…