Skip to main content

Kucing

Saya percaya ramai orang suka bela kucing sebagai binatang kesayangan. Tidak dinafikan kucing adalah antara binatang kesayangan yang sangat popular di kalangan penggemar binatang. Sesetengahnya kerana kegilaan melampau terhadap kucing,sampai sanggup menjadikan rumah sebagai pusat kucing gelandangan. Pantang ada kucing yang terbiar, akan di kutip dan dipelihara.

Pun begitu,ada juga yang langsung tidak berkenan dengan kucing. Pantang ada kucing yang menyinggah akan diperhambat dan diusir. Kononnya tidak tahan dengan bulu kucing dan tentunya perangai kucing yang suka meninggalkan bahan buangannya merata-rata. Bau tahi kucing memang menusuk hidung. Sebab itulah kucing tidak digemari di kalangan pembenci kucing.

Mungkin tidak ramai yang tahu bahawa kucing adalah binatang kesayangan baginda Nabi kita. Kalaulah kita tahu, tentu perspektif kita terhadap kucing tidak lagi negatif. Saya ingin berkongsi sebuah cerita tentang seorang pembela kucing dan apa yang berlaku dihari pengkebumiannya. Saya kutip kisah ini yang menyinggah di laman maya saya. Soal sahih tidaknya, bukanlah sangat menjadi perkiraan saya kerana yang penting ia boleh menjadi pengajaran yang berguna kepada kita supaya menyayangi kucing atau sekurang-kurangnya tidak lagi menyakat kucing lepas ini.

Khabarnya,ada seorang lelaki yang sangat sayangkan kucing. Ada berpuluh-puluh kucing yang dia jaga. Namun sejak sakit dan cuma mampu bergerak dengan kerusi roda,anak-anaknya tidak membenarkannya  membela kucing lagi. Pun begitu, kasihnya terhadap kucing sukar untuk dipisahkan. Pantang nampak kucing melintas di depannya akan dipanggilnya dan diberi makan..

Menurut anaknya, kalau makan bersama bapanya di kedai makan, pasti ada saja kucing yang mendekatinya sehingga anak-anaknya kata"bau abah , kucing suka agaknya" Lebih menarik lagi, sebelum ini ada seekor kucing yang paling lelaki ini sayang namun hilang tiba-tiba mungkin dicuri orang. Setiap kali azan bila  pergi ke surau jalan kaki, kucing itu akan mengiringi lelaki ini sampai ke surau. Lepas itu dia akan tunggu dekat depan pintu surau. Bila lelaki ini keluar dia ikut iring balik. Begitulah hari-hari sehingga tidur pun di hujung kaki tuannya sehinggalah kucing itu hilang entah ke mana..


Apa yang berlaku di tanah perkuburan memang memeranjatkan seluruh keluarga itu. Seekor kucing yang mereka tidak pernah nampak sebelum ini ada di pusara lelaki ini. Dan kucing itu kekal berada di situ berhari-hari. Bila ditanya pada  ustaz tentang kejadian itu,  menurut Ustaz  mungkin lelaki ini dahulu pernah jumpa kucing ini dulu yang anak-anaknya tidak pernah tahu. Mungkin juga ada maksud lain yang tersirat untuk menyedarkan kita bagaimana kasihnya seorang hamba Allah pada kucing sepanjang hayatnya. 

Allah lebih mengetahui!

Pena Tumpul- Bela dan bagi makan kucing yang kadang-kadang datang menyinggah Teratak Qaseh

Comments

Popular posts from this blog

Pahat

O rang tua-tua selalu mengingatkan kita, kalau hendak berjaya jangan sama sekali bersikap seperti pahat dengan penukul. Sikap pahat yang hanya akan berkerja apabila diketuk sebenarnya banyak berlaku dalam kehidupan seharian kita. Kebijaksanaan silam itu mahu memberitahu kita bahawa dalam apa kerja sekalipun, desakan atau keterpaksaan tidak akan menjanjikan kejayaan. Apabila membuat kerja apabila dipaksa, maka selamanya kita memerlukan ``ketukan'' supaya sekian banyak ``pahat'' membuat kerja masing-masing. Adakalanya Haziq juga bagai pahat. Saya pula penukul. Mahu diketuk selalu. Perlu juga sering diingatkan disuruh. untuk buat itu dan ini, walaupun apa yang perlu dibuat itu sebenarnya tidak perlu sampai disuruh pun. Kebanyakannya adalah rutin yang sudah sering sangat dilakukan. Mengulangkaji pelajaran misalnya tidaklah sampai perlu diulang-ulang diberitahu untuk melakukannya. Ia adalah kewajipan seorang pelajar kalau ingin berjaya. Sekali disuruh, sekali d

Seluar

S eorang Ustaz berkongsi ilmu yang tidak pernah saya tahu sebelum ini. Pada mulanya agak sukar untuk menerima kebenarannya. Macam tidak nampak logiknya. Pun begitu, mengambil kira kapasitinya sebagai seorang Usataz yang berkredibel, saya memilih untuk mempercayainya malah berhasrat untuk meninggalkan yang tidak sepatutnya dibuat. Saya percaya selama ini ramai antara kita yang sudah sangat biasa memakai seluar sambil berdiri. Tidak wajar dilakukan sebenarnya. Kata Ustaz, kita sepatutnya pakai seluar sambil duduk. Macam ganjil bunyinya. Namun, amalan memakai seluar sambil berdiri ini adalah salah satu faktor yang menyumbang kepada kemiskinan dalam hidup seseorang. Selain itu, kata Uztaz ada beberapa lagi amalan yang sudah biasa kita lakukan tanpa kita ketahui dan sedari juga penyebab mengapa rezeki kita tidak murah. Antaranya ialah makan dalam keadaan berjunub, pakai serban ketika duduk, dan menjahit pakaian pada badan. Ada lagi kata Ustaz. Kita jangan cepat meninggalkan tempat se

Cengkerik

P etang ini hasrat untuk memancing hampir terbantut gara-gara gagal mendapatkan cengkerik. Seluruh Segamat kehabisan cengkerik. Serangga ini mendadak naik permintaannya selepas banjir. Ia menjadi buruan kaki pancing. Cengkerik biasanya dijual dengan harga seringgit untuk 25 ekor. Agak mahal. Makanannya cuma kertas sahaja. Rasanya kalau ternak cengkerik sekarang, pulangannya pasti tidak mengecewakan. Dalam keadaan permintaan melebihi penawaran, rasanya penjual cengkerik boleh buat duit dengan menaikkan harganya. Seingat saya berpuluh tahun dahulu cengkerik bukanlah umpan untuk memancing. Tidak pernah digunakan pun. Ketika itu umpannya tidak lain kecuali cacing. Ia mudah didapati dan tidak perlu dibeli pun. Pergi bawah rumah atau tanah yang agak lembab, cangkul dan gali. Pastinya berpuluh-puluh ekor cacing boleh dikumpulkan. Pada mulanya agak geli juga untuk memegangnya. Namun lama kelamaan, alah bisa tegal biasa. Joran yang digunakan pun tidaklah secanggih sekarang. Cuma buluh. Keluar w