Skip to main content

Martabat

Seusai sahaja solat Jumaat, Haziq terus bertanya, " Bolehkah kita mencapai tahap puasa khusus al-khusus ayah?". Saya pantas menjawab soalan yang saya tidak jangka akan terkeluar darinya. "Mengapa tidak, asalkan kita berusaha untuk mencapainya, tetapi ia tidaklah begitu mudah."

Khutbah Jumaat hari ini mengupas isu puasa Ramadhan dan saya kira Haziq pertama kali diberitahu tentang martabat puasa Ramadhan ini. Saya perlu menjelaskan kepadanya agar keinginannya untuk berada di tahap paling tinggi itu dapat diterjemahkan dalam aktiviti rutin puasanya. Tentunya bukan mudah baginya kerana bukan semua orang mampu menggapai martabat itu. Cabaran mungkin pelbagai yang melekakan dan melalaikan. Akhirnya di hujung puasa ketika berbuka puasa yang kita lakukan sehari suntuk tidak lebih hanya sekadar berlapar dan berhaus tidak tentu fasal. Pahala puasa berkurang dan berkurang.

Puasa martabat pertama tidak sukar untuk diperolehi selagi tidak makan dan minum dan tidak pula melakukan apa sahaja yang membatalkan puasa. Puasa mungkin sah cuma yang dikhuatiri pahala yang mungkin sompek di sana sini. Biarlah Allah yang menentukannya. Kita sebagai hambaNya cuma perlu berusaha untuk melakukan yang sehabis baik untuk dipersembahkan kepadaNya. Untuk berada di martabat kedua juga bukanlah sukar sangat. Puasa di tahap ini menuntut kita supaya menahan pendengaran, penglihatan, lidah, tangan, kaki dan seluruh anggota badan dari melakukan dosa. Selebihnya dengan berusaha menjaga akhlak dan melakukan pekara-perkara sunat bagi menambahkan lagi kualiti puasa.

Saya jelaskan kepada Haziq bahawa untuk mencapai martabat puasa khusus al khusus kita bukan sahaja ditegah daripada melakukan perkara yang membatalkan puasa tetapi juga perkara yang boleh membatalkan pahala puasa. "Anggota badan juga kena berpuasa dan hati pula sentiasa berzikir kepada Allah. Mulut kena digam daripada bercakap perkara yang sia-sia."

Mampukah Haziq? Beza atau tidak cara kita bersama Ramadan kali ini? Masih di takok lamakah kita?

Pena Tumpul - Bertekad untuk melakukan puasa yang pastinya lebih baik daripada dulu

Comments

Popular posts from this blog

Pahat

O rang tua-tua selalu mengingatkan kita, kalau hendak berjaya jangan sama sekali bersikap seperti pahat dengan penukul. Sikap pahat yang hanya akan berkerja apabila diketuk sebenarnya banyak berlaku dalam kehidupan seharian kita. Kebijaksanaan silam itu mahu memberitahu kita bahawa dalam apa kerja sekalipun, desakan atau keterpaksaan tidak akan menjanjikan kejayaan. Apabila membuat kerja apabila dipaksa, maka selamanya kita memerlukan ``ketukan'' supaya sekian banyak ``pahat'' membuat kerja masing-masing. Adakalanya Haziq juga bagai pahat. Saya pula penukul. Mahu diketuk selalu. Perlu juga sering diingatkan disuruh. untuk buat itu dan ini, walaupun apa yang perlu dibuat itu sebenarnya tidak perlu sampai disuruh pun. Kebanyakannya adalah rutin yang sudah sering sangat dilakukan. Mengulangkaji pelajaran misalnya tidaklah sampai perlu diulang-ulang diberitahu untuk melakukannya. Ia adalah kewajipan seorang pelajar kalau ingin berjaya. Sekali disuruh, sekali d

Seluar

S eorang Ustaz berkongsi ilmu yang tidak pernah saya tahu sebelum ini. Pada mulanya agak sukar untuk menerima kebenarannya. Macam tidak nampak logiknya. Pun begitu, mengambil kira kapasitinya sebagai seorang Usataz yang berkredibel, saya memilih untuk mempercayainya malah berhasrat untuk meninggalkan yang tidak sepatutnya dibuat. Saya percaya selama ini ramai antara kita yang sudah sangat biasa memakai seluar sambil berdiri. Tidak wajar dilakukan sebenarnya. Kata Ustaz, kita sepatutnya pakai seluar sambil duduk. Macam ganjil bunyinya. Namun, amalan memakai seluar sambil berdiri ini adalah salah satu faktor yang menyumbang kepada kemiskinan dalam hidup seseorang. Selain itu, kata Uztaz ada beberapa lagi amalan yang sudah biasa kita lakukan tanpa kita ketahui dan sedari juga penyebab mengapa rezeki kita tidak murah. Antaranya ialah makan dalam keadaan berjunub, pakai serban ketika duduk, dan menjahit pakaian pada badan. Ada lagi kata Ustaz. Kita jangan cepat meninggalkan tempat se

Cengkerik

P etang ini hasrat untuk memancing hampir terbantut gara-gara gagal mendapatkan cengkerik. Seluruh Segamat kehabisan cengkerik. Serangga ini mendadak naik permintaannya selepas banjir. Ia menjadi buruan kaki pancing. Cengkerik biasanya dijual dengan harga seringgit untuk 25 ekor. Agak mahal. Makanannya cuma kertas sahaja. Rasanya kalau ternak cengkerik sekarang, pulangannya pasti tidak mengecewakan. Dalam keadaan permintaan melebihi penawaran, rasanya penjual cengkerik boleh buat duit dengan menaikkan harganya. Seingat saya berpuluh tahun dahulu cengkerik bukanlah umpan untuk memancing. Tidak pernah digunakan pun. Ketika itu umpannya tidak lain kecuali cacing. Ia mudah didapati dan tidak perlu dibeli pun. Pergi bawah rumah atau tanah yang agak lembab, cangkul dan gali. Pastinya berpuluh-puluh ekor cacing boleh dikumpulkan. Pada mulanya agak geli juga untuk memegangnya. Namun lama kelamaan, alah bisa tegal biasa. Joran yang digunakan pun tidaklah secanggih sekarang. Cuma buluh. Keluar w