Skip to main content

Pemandu

Lawatan ke Shah Alam berakhir lebih cepat dari yang dijangka. Ada masa yang berbaki dalam perjalanan pulang ke Segamat. Semua pelajar yang turut serta dalam rombongan ini menyuarakan sebulatnya hasrat untuk singgah sebentar di Petrosains. Sambil menyelam minum air. Terujanya mereka sampai sanggup untuk mengeluarkan ongkos sendiri untuk meloloskan diri ke dalam Discovery Centre ini.

Hasrat tinggal hasrat. Enam pemandu juga sepakat. Enggan memenuhi permintaan atas satu dua alasan. Jalan ke KLCC dikatakan mengalami kesesakan yang luar biasa teruknya. Ia bakal menggendalakan perjalanan. Juga dikatakan tidak cukup selesa untuk berpenat sedikit dan bulan puasa disandarkan sebagai alasan. Kami menerimanya dengan hati berat namun apakan daya kami tidak punya kudrat untuk melunaskan apa yang dihajat.

Dalam meniti jalan pulang pemandu menunjukkan gelagat. Sudah nasib saya berada di kerusi penumpang yang dengan pemandu ini amat dekat. Isu saman kerana memandu laju dibual hebat. Penangkap had laju menjadi sasaran kerana dilihat sengaja menyorok-nyorok diri di celah-celah belukar untuk memerangkap pemandu.

"Kadang-kadang dia duduk bawah papan tanda tu, memang tak perasan. Saja nak mengenakan pemandu. Kalau dapat, baling sarang tebuan baru dia rasa", kata seorang pemandu ini. Pemandu yang seorang dilihat lebih banyak mendiamkan diri. Mengiakan sahaja.

Tiba-tiba kelancaran perjalanan tersekat-sekat. Bas dipandu perlahan macam siput. Kenderaan panjang berderet. Pemandu ini bersuara lagi, "Tengok kereta depan tu, bawak kereta ke tolak kereta, slownya! Kereta yang dipandu perlahan akhirnya berjaya dipotong dan sekali lagi hamburan kurang enak didengar keluar lagi, "Tengok tu dia boleh juntai tangan dia kat luar, relax aja, nak kena potong tangan agaknya!"

Sayangnya, bulan puasa tidak menjadikan kita lebih berhemat dalam mengucap kalimat.

Pena Tumpul - Belajar mengenali pemandu

Comments

Popular posts from this blog

Pahat

O rang tua-tua selalu mengingatkan kita, kalau hendak berjaya jangan sama sekali bersikap seperti pahat dengan penukul. Sikap pahat yang hanya akan berkerja apabila diketuk sebenarnya banyak berlaku dalam kehidupan seharian kita. Kebijaksanaan silam itu mahu memberitahu kita bahawa dalam apa kerja sekalipun, desakan atau keterpaksaan tidak akan menjanjikan kejayaan. Apabila membuat kerja apabila dipaksa, maka selamanya kita memerlukan ``ketukan'' supaya sekian banyak ``pahat'' membuat kerja masing-masing. Adakalanya Haziq juga bagai pahat. Saya pula penukul. Mahu diketuk selalu. Perlu juga sering diingatkan disuruh. untuk buat itu dan ini, walaupun apa yang perlu dibuat itu sebenarnya tidak perlu sampai disuruh pun. Kebanyakannya adalah rutin yang sudah sering sangat dilakukan. Mengulangkaji pelajaran misalnya tidaklah sampai perlu diulang-ulang diberitahu untuk melakukannya. Ia adalah kewajipan seorang pelajar kalau ingin berjaya. Sekali disuruh, sekali d

Seluar

S eorang Ustaz berkongsi ilmu yang tidak pernah saya tahu sebelum ini. Pada mulanya agak sukar untuk menerima kebenarannya. Macam tidak nampak logiknya. Pun begitu, mengambil kira kapasitinya sebagai seorang Usataz yang berkredibel, saya memilih untuk mempercayainya malah berhasrat untuk meninggalkan yang tidak sepatutnya dibuat. Saya percaya selama ini ramai antara kita yang sudah sangat biasa memakai seluar sambil berdiri. Tidak wajar dilakukan sebenarnya. Kata Ustaz, kita sepatutnya pakai seluar sambil duduk. Macam ganjil bunyinya. Namun, amalan memakai seluar sambil berdiri ini adalah salah satu faktor yang menyumbang kepada kemiskinan dalam hidup seseorang. Selain itu, kata Uztaz ada beberapa lagi amalan yang sudah biasa kita lakukan tanpa kita ketahui dan sedari juga penyebab mengapa rezeki kita tidak murah. Antaranya ialah makan dalam keadaan berjunub, pakai serban ketika duduk, dan menjahit pakaian pada badan. Ada lagi kata Ustaz. Kita jangan cepat meninggalkan tempat se

Cengkerik

P etang ini hasrat untuk memancing hampir terbantut gara-gara gagal mendapatkan cengkerik. Seluruh Segamat kehabisan cengkerik. Serangga ini mendadak naik permintaannya selepas banjir. Ia menjadi buruan kaki pancing. Cengkerik biasanya dijual dengan harga seringgit untuk 25 ekor. Agak mahal. Makanannya cuma kertas sahaja. Rasanya kalau ternak cengkerik sekarang, pulangannya pasti tidak mengecewakan. Dalam keadaan permintaan melebihi penawaran, rasanya penjual cengkerik boleh buat duit dengan menaikkan harganya. Seingat saya berpuluh tahun dahulu cengkerik bukanlah umpan untuk memancing. Tidak pernah digunakan pun. Ketika itu umpannya tidak lain kecuali cacing. Ia mudah didapati dan tidak perlu dibeli pun. Pergi bawah rumah atau tanah yang agak lembab, cangkul dan gali. Pastinya berpuluh-puluh ekor cacing boleh dikumpulkan. Pada mulanya agak geli juga untuk memegangnya. Namun lama kelamaan, alah bisa tegal biasa. Joran yang digunakan pun tidaklah secanggih sekarang. Cuma buluh. Keluar w