Skip to main content

Tebus

"Aziq akan tebus kesilapan dalam peperiksaan percubaan baru lalu. Aziq tahu ayah dan mama kecewa. Beri Aziq peluang sekali lagi untuk memberi keputusan yang akan menyenangkan hati ayah dan mama".

Saya berjumpa guru kelasnya pagi ini dalam satu pertemuan yang cukup ringkas namun berfaedah. Saya tahu apa yang Haziq buat dalam kelas. Puan Zazilah kata Haziq dilihat banyak bermain dalam kelas dan kurang fokus dalam pelajaran. Adakalanya gagal menyiapkan latihan yang diberikan. Hasilnya keputusan yang amat-amat mengecewakan dia persembahkan untuk saya dan mamanya. Dia sedar kesalahannya itu. Amat sedar. Saya sentiasa memberinya peluang untuk terus berubah. Dan saya harap kali ini dia benar-benar melakukannya.

Dengan PMR yang bakal diduduki kira-kira 42 hari dari sekarang saya berharap Haziq akan berusaha lebih keras. Lebih serius dan lebih fokus. Cara dia belajar sebelum ini amat perlu dia ubah. Namun saya tidak sangat berharap sesuatu yang diluar kemampuannya untuk mencapainya. Cuma dia perlu sedar kejayaan hanya akan menyusul selepas usaha. Sebelum ini dia tidak sangat berusaha. Melihat buku antara hendak dengan tidak. Bergerak bila disuruh bagai pahat dengan pemukul.

Saya ingin melihat perubahannya dan sekaligus membuktikannya bahawa dia memang boleh menebus prestasi amat buruknya itu. Dia bakal berdepan lagi satu lagi pra-peperiksaan dan saya ingin lebih tegas.

Dia masih ada masa!
Pena Tumpul - Senang dijaga namun sukar dididik, begitulah anak lelaki

Comments

Salam Tuan Kamil,

Begitulah resah gelisahnya kita mak ayah nak membesarkan anak2. Masa kecil lain karenahnya, meningkat remaja lain pula masalahnya. Banyak sungguh yg kita risaukan. Soal pelajaran satu hal tapi paling dibimbangkan ialah masalah akhlak anak remaja masa kini.

Insyallah suatu masa anak tuan akan memperlihatkan peningkatan prestasinya. Anak bongsu saya perempuan Form 1, begitu juga karenahnya. Kurang besungguh dgn studynya. Abangnya bakal menduduki SPM hujung tahun ni. Si kakak sulung Di UITM Segamat, jauh di mata dan kami mak ayah sangat2 berharap para pensyarah bukan saja mencurahkan ilmu malah selalulah memberi motivasi dan mengingatkan mereka tentang kepentingan ilmu, menjaga akhlak, menjaga iman dan menghargai guru dan ibubapa mereka.

Saya doakan mudah2an anak tuan dan saya akan memperoleh kejayaan yg cemerlang dlm peperiksaan nanti, insyallah.

Popular posts from this blog

Pahat

O rang tua-tua selalu mengingatkan kita, kalau hendak berjaya jangan sama sekali bersikap seperti pahat dengan penukul. Sikap pahat yang hanya akan berkerja apabila diketuk sebenarnya banyak berlaku dalam kehidupan seharian kita. Kebijaksanaan silam itu mahu memberitahu kita bahawa dalam apa kerja sekalipun, desakan atau keterpaksaan tidak akan menjanjikan kejayaan. Apabila membuat kerja apabila dipaksa, maka selamanya kita memerlukan ``ketukan'' supaya sekian banyak ``pahat'' membuat kerja masing-masing. Adakalanya Haziq juga bagai pahat. Saya pula penukul. Mahu diketuk selalu. Perlu juga sering diingatkan disuruh. untuk buat itu dan ini, walaupun apa yang perlu dibuat itu sebenarnya tidak perlu sampai disuruh pun. Kebanyakannya adalah rutin yang sudah sering sangat dilakukan. Mengulangkaji pelajaran misalnya tidaklah sampai perlu diulang-ulang diberitahu untuk melakukannya. Ia adalah kewajipan seorang pelajar kalau ingin berjaya. Sekali disuruh, sekali d

Seluar

S eorang Ustaz berkongsi ilmu yang tidak pernah saya tahu sebelum ini. Pada mulanya agak sukar untuk menerima kebenarannya. Macam tidak nampak logiknya. Pun begitu, mengambil kira kapasitinya sebagai seorang Usataz yang berkredibel, saya memilih untuk mempercayainya malah berhasrat untuk meninggalkan yang tidak sepatutnya dibuat. Saya percaya selama ini ramai antara kita yang sudah sangat biasa memakai seluar sambil berdiri. Tidak wajar dilakukan sebenarnya. Kata Ustaz, kita sepatutnya pakai seluar sambil duduk. Macam ganjil bunyinya. Namun, amalan memakai seluar sambil berdiri ini adalah salah satu faktor yang menyumbang kepada kemiskinan dalam hidup seseorang. Selain itu, kata Uztaz ada beberapa lagi amalan yang sudah biasa kita lakukan tanpa kita ketahui dan sedari juga penyebab mengapa rezeki kita tidak murah. Antaranya ialah makan dalam keadaan berjunub, pakai serban ketika duduk, dan menjahit pakaian pada badan. Ada lagi kata Ustaz. Kita jangan cepat meninggalkan tempat se

Cengkerik

P etang ini hasrat untuk memancing hampir terbantut gara-gara gagal mendapatkan cengkerik. Seluruh Segamat kehabisan cengkerik. Serangga ini mendadak naik permintaannya selepas banjir. Ia menjadi buruan kaki pancing. Cengkerik biasanya dijual dengan harga seringgit untuk 25 ekor. Agak mahal. Makanannya cuma kertas sahaja. Rasanya kalau ternak cengkerik sekarang, pulangannya pasti tidak mengecewakan. Dalam keadaan permintaan melebihi penawaran, rasanya penjual cengkerik boleh buat duit dengan menaikkan harganya. Seingat saya berpuluh tahun dahulu cengkerik bukanlah umpan untuk memancing. Tidak pernah digunakan pun. Ketika itu umpannya tidak lain kecuali cacing. Ia mudah didapati dan tidak perlu dibeli pun. Pergi bawah rumah atau tanah yang agak lembab, cangkul dan gali. Pastinya berpuluh-puluh ekor cacing boleh dikumpulkan. Pada mulanya agak geli juga untuk memegangnya. Namun lama kelamaan, alah bisa tegal biasa. Joran yang digunakan pun tidaklah secanggih sekarang. Cuma buluh. Keluar w