Skip to main content

Suap

"Belajar di peringkat master tak sama waktu belajar ijazah pertama dulu. Jangan harap pensyarah akan bagi semua. Pandai-pandailah usaha sendiri kalau nak berjaya"

Itu respon semerta saya kepada keluhan isteri sepulangnya dari kuliah pertamanya petang ini. Belajar di tahap ini bukan lagi bagai anak kecil yang perlu di suap. Kena suap sendiri. Tidak boleh sangat bergantung kepada orang lain lagi. Zaman belajar ambil nota sudah berlalu. Dia perlu mengubahnya kalau ingin berjaya.

"Belum apa-apa dah kena cakap dalam kelas. Kena beri pandangan. Manalah sedia lagi...buku pun tak sempat baca lagi. Ingatkan datang kelas, duduk dan ambik nota aja", keluhnya.

Saya harap pertemuan pertamanya itu tidak akan mematahkan semangatnya untuk terus bertarung hingga ke penghujung. Saya tahu bukanlah mudah baginya untuk melakukannya, lebih-lebih lagi di peringkat usia yang sudah melewati angka 40 ini. Otak sudah berkarat katanya. Susah nak menerima. Perlu digilap balik.

Hasrat untuk belajar lagi dipermudahkan bila UTM meluaskan sayapnya di Segamat. Saya kata peluang ini tidak boleh dilepaskan. Tidak perlulah untuk memandu jauh-jauh sampai ke JB ataupun KL seperti yang dilakukan oleh banyak orang sekarang. Penat di jalanan lagi ditambah pula dengan penat berjam-jam dalam bilik kuliah setiap hujung minggu. Hanya yang betul-betul mampu sahaja yang boleh melakukannya. Saya pernah melaluinya dulu. Ia menuntut ketahanan diri yang bukan sedikit.

Saya juga harap dia boleh melakukannya. Isteri nampak lebih bersemangat untuk ke kelas esoknya. Lebih bersedia untuk terus berjuang hingga ke akhir. Ia pastinya bersebab. Saya diminta membantunya dalam menyiapkan segala tugasannya. Mencarikan bahan rujukan untuknya juga. Tak apalah, siapa lagi yang boleh membantu sang isteri kalau bukan suami.

Saya berkorban!

Pena Tumpul - Segamat perlu jadi hub pendidikan pengajian siswazah

Comments

Popular posts from this blog

Pahat

O rang tua-tua selalu mengingatkan kita, kalau hendak berjaya jangan sama sekali bersikap seperti pahat dengan penukul. Sikap pahat yang hanya akan berkerja apabila diketuk sebenarnya banyak berlaku dalam kehidupan seharian kita. Kebijaksanaan silam itu mahu memberitahu kita bahawa dalam apa kerja sekalipun, desakan atau keterpaksaan tidak akan menjanjikan kejayaan. Apabila membuat kerja apabila dipaksa, maka selamanya kita memerlukan ``ketukan'' supaya sekian banyak ``pahat'' membuat kerja masing-masing. Adakalanya Haziq juga bagai pahat. Saya pula penukul. Mahu diketuk selalu. Perlu juga sering diingatkan disuruh. untuk buat itu dan ini, walaupun apa yang perlu dibuat itu sebenarnya tidak perlu sampai disuruh pun. Kebanyakannya adalah rutin yang sudah sering sangat dilakukan. Mengulangkaji pelajaran misalnya tidaklah sampai perlu diulang-ulang diberitahu untuk melakukannya. Ia adalah kewajipan seorang pelajar kalau ingin berjaya. Sekali disuruh, sekali d

Seluar

S eorang Ustaz berkongsi ilmu yang tidak pernah saya tahu sebelum ini. Pada mulanya agak sukar untuk menerima kebenarannya. Macam tidak nampak logiknya. Pun begitu, mengambil kira kapasitinya sebagai seorang Usataz yang berkredibel, saya memilih untuk mempercayainya malah berhasrat untuk meninggalkan yang tidak sepatutnya dibuat. Saya percaya selama ini ramai antara kita yang sudah sangat biasa memakai seluar sambil berdiri. Tidak wajar dilakukan sebenarnya. Kata Ustaz, kita sepatutnya pakai seluar sambil duduk. Macam ganjil bunyinya. Namun, amalan memakai seluar sambil berdiri ini adalah salah satu faktor yang menyumbang kepada kemiskinan dalam hidup seseorang. Selain itu, kata Uztaz ada beberapa lagi amalan yang sudah biasa kita lakukan tanpa kita ketahui dan sedari juga penyebab mengapa rezeki kita tidak murah. Antaranya ialah makan dalam keadaan berjunub, pakai serban ketika duduk, dan menjahit pakaian pada badan. Ada lagi kata Ustaz. Kita jangan cepat meninggalkan tempat se

Cengkerik

P etang ini hasrat untuk memancing hampir terbantut gara-gara gagal mendapatkan cengkerik. Seluruh Segamat kehabisan cengkerik. Serangga ini mendadak naik permintaannya selepas banjir. Ia menjadi buruan kaki pancing. Cengkerik biasanya dijual dengan harga seringgit untuk 25 ekor. Agak mahal. Makanannya cuma kertas sahaja. Rasanya kalau ternak cengkerik sekarang, pulangannya pasti tidak mengecewakan. Dalam keadaan permintaan melebihi penawaran, rasanya penjual cengkerik boleh buat duit dengan menaikkan harganya. Seingat saya berpuluh tahun dahulu cengkerik bukanlah umpan untuk memancing. Tidak pernah digunakan pun. Ketika itu umpannya tidak lain kecuali cacing. Ia mudah didapati dan tidak perlu dibeli pun. Pergi bawah rumah atau tanah yang agak lembab, cangkul dan gali. Pastinya berpuluh-puluh ekor cacing boleh dikumpulkan. Pada mulanya agak geli juga untuk memegangnya. Namun lama kelamaan, alah bisa tegal biasa. Joran yang digunakan pun tidaklah secanggih sekarang. Cuma buluh. Keluar w