Skip to main content

Atok

"Dulu masa atok, mana nak cari gerai-gerai jual kuih dan lauk-pauk macam sekarang. Kalau nak makan, kenalah suruh nenek kau itu buat sendiri"

Saya, isteri, Haziq dan emak berbuka puasa rumah atok petang ini. Kehadiran kami mengejutkan atok, nenek, Mak Utih dan anaknya Milah kerana sengaja kami tidak memberitahu pun mereka terlebih dahulu. Bila isteri menghidangkan pelbagai juadah yang dibeli di bazar Ramadan di depan atok, atok mula bercerita tentang puasa di zamannya.

Kata atok, atok Senah (sudah lima tahun meninggalkan kami semua) bangun sahur seawal tiga pagi. Bila semuanya telah siap terhidang, barulah atok akan mengejutkan yang lain-lain. Bersilalah masing-masing mengadap juadah yang di tengah-tengahnya tertegak pelita minyak tanah yang suram-suram cahayanya. Dulu tidak semua orang mampu memiliki peti sejuk. Jadi kalau teringin nak air batu, terpaksalah membelinya di kedai. Saya ingat membelinya di kedai Pak Ngah Hassan satu batang panjang. Kalau lambat sampai ke rumah alamat air sahajalah yang di bawa balik.

Utih macam sudah menghidu akan kedatangan kami. Cukup berselera sekali menikmati ikan lampam salai masak lemak kuning sehingga mee kari yang emak buat tidak saya sentuh pun. Begitu juga sambal siakap emak. Sian emak, penat-penat masak untuk saya. Atok perempuan pula buat pengat sagu campur ubi.

Enaknya masakan kampung Atok!

Pena Tumpul - Sedapnya makan sambil bersila

Comments

Popular posts from this blog

Pahat

O rang tua-tua selalu mengingatkan kita, kalau hendak berjaya jangan sama sekali bersikap seperti pahat dengan penukul. Sikap pahat yang hanya akan berkerja apabila diketuk sebenarnya banyak berlaku dalam kehidupan seharian kita. Kebijaksanaan silam itu mahu memberitahu kita bahawa dalam apa kerja sekalipun, desakan atau keterpaksaan tidak akan menjanjikan kejayaan. Apabila membuat kerja apabila dipaksa, maka selamanya kita memerlukan ``ketukan'' supaya sekian banyak ``pahat'' membuat kerja masing-masing. Adakalanya Haziq juga bagai pahat. Saya pula penukul. Mahu diketuk selalu. Perlu juga sering diingatkan disuruh. untuk buat itu dan ini, walaupun apa yang perlu dibuat itu sebenarnya tidak perlu sampai disuruh pun. Kebanyakannya adalah rutin yang sudah sering sangat dilakukan. Mengulangkaji pelajaran misalnya tidaklah sampai perlu diulang-ulang diberitahu untuk melakukannya. Ia adalah kewajipan seorang pelajar kalau ingin berjaya. Sekali disuruh, sekali d

Seluar

S eorang Ustaz berkongsi ilmu yang tidak pernah saya tahu sebelum ini. Pada mulanya agak sukar untuk menerima kebenarannya. Macam tidak nampak logiknya. Pun begitu, mengambil kira kapasitinya sebagai seorang Usataz yang berkredibel, saya memilih untuk mempercayainya malah berhasrat untuk meninggalkan yang tidak sepatutnya dibuat. Saya percaya selama ini ramai antara kita yang sudah sangat biasa memakai seluar sambil berdiri. Tidak wajar dilakukan sebenarnya. Kata Ustaz, kita sepatutnya pakai seluar sambil duduk. Macam ganjil bunyinya. Namun, amalan memakai seluar sambil berdiri ini adalah salah satu faktor yang menyumbang kepada kemiskinan dalam hidup seseorang. Selain itu, kata Uztaz ada beberapa lagi amalan yang sudah biasa kita lakukan tanpa kita ketahui dan sedari juga penyebab mengapa rezeki kita tidak murah. Antaranya ialah makan dalam keadaan berjunub, pakai serban ketika duduk, dan menjahit pakaian pada badan. Ada lagi kata Ustaz. Kita jangan cepat meninggalkan tempat se

Cengkerik

P etang ini hasrat untuk memancing hampir terbantut gara-gara gagal mendapatkan cengkerik. Seluruh Segamat kehabisan cengkerik. Serangga ini mendadak naik permintaannya selepas banjir. Ia menjadi buruan kaki pancing. Cengkerik biasanya dijual dengan harga seringgit untuk 25 ekor. Agak mahal. Makanannya cuma kertas sahaja. Rasanya kalau ternak cengkerik sekarang, pulangannya pasti tidak mengecewakan. Dalam keadaan permintaan melebihi penawaran, rasanya penjual cengkerik boleh buat duit dengan menaikkan harganya. Seingat saya berpuluh tahun dahulu cengkerik bukanlah umpan untuk memancing. Tidak pernah digunakan pun. Ketika itu umpannya tidak lain kecuali cacing. Ia mudah didapati dan tidak perlu dibeli pun. Pergi bawah rumah atau tanah yang agak lembab, cangkul dan gali. Pastinya berpuluh-puluh ekor cacing boleh dikumpulkan. Pada mulanya agak geli juga untuk memegangnya. Namun lama kelamaan, alah bisa tegal biasa. Joran yang digunakan pun tidaklah secanggih sekarang. Cuma buluh. Keluar w