Skip to main content

70K

Sebaik-baik amalan zikrullah ialah Lailaha illallah seperti mana yang disarankan oleh Rasulullah. Lafaz ini merupakan pernyataan ketauhidan kita kepadaNya. Ini antara yang disampaikan oleh seorang Ustaz dan singgah di telinga seterusnya melekat di hati melalui corong radio awal pagi ini.

Kata Ustaz ini, ia berdasarkan hadis Nabi yang bermaksud, "Sesiapa yang mengucap Lailaha illallah 70,000 kali, Allah akan merdekakan dari api neraka"

Mendengar angka 70 ribu itu, memang terasa cukup berat untuk diamalkan. Pun begitu, bila merenung pula kepada seksaan api neraka yang akan dihadapi lagilah berat dan sangat dahsyat. Lalu bertanya pada diri sanggupkah menerima seksaan di neraka yang kalau terjun sehari pun di akhirat tempohnya menyamai seribu tahun di dunia!

Kata Ustaz lagi, amalan 70 ribu ini sebenarnya sangat minima untuk meningkatkan pemantapan rohaniah kita. Namun, adalah lebih baik daripada tidak mengamalkannya langsung. Ia tidak sangat payah dan tidak juga senang. Saya mengamalkannya tanpa bertangguh. Perjalanan saya dengan kereta lazimnya mengambil masa 20 minit dari rumah ke tempat kerja. Subhanallah! Masih sempat rupanya diselesaikan 1,000 kali zikir. Bayangkan jika selama 70 hari dapat konsisten setiap hari seumpama ini, pastinya jumlah yang disarankan oleh Rasulullah akan dapat dicapai. Malah mungkin lebih dari itu pun kalau kita akan terus mengamalkannya di saat duduk, berdiri dan berbaring!

Satu lagi pesan Ustaz ini- beramal jangan untuk diri sendiri sahaja tetapi niatkan juga untuk ahli keluarga kerana pahala amalan yang kita terima tetap sama dapat diterima oleh ahli keluarga. Tidak luak pun. Ibarat memasang sebiji lampu di satu tempat, cahayanya tetap sama terang untuk seorang mahu pun 100 orang!

Pena Tumpul - Ingatan buat diri yang adakalanya lupa

Comments

Popular posts from this blog

"Tidak"

H afiz sedang menangis yang sukar dipujuk sesampainya saya ke rumah Mantoba malam tadi. Kalau tidak dia pasti meluru mendapatkan saya menawar diri untuk di dukung. Kami berusaha memujuknya tetapi gagal malah raungannya bagai memecah gegendang telinga. Sebabnya sudah dijangka. Mantoba yang balik seminggu sekali pulang tanpa sebarang mainan untuk Hafiz seperti minggu-minggu sebelumnya. Dia gagal memenuhi permintaan Hafiz kali ini. Walaupun permainan yang ada sudah cukup banyak, kanak-kanak tetap kanak-kanak. Naluri mahukan sesuatu yang baru memang tidak boleh ditahan-tahan. Namun sebagai ibubapa, kita tidak selalunya perlu menurut segala kemahuan anak. Ada ketikanya kita perlu memilih untuk berkata "tidak" kepadanya walaupun ia mungkin bagaikan dos yang menyakitkan dan memilukan hatinya. Anak-anak perlu belajar mendepani keadaan dimana tidak semua kemahuannya bisa ditunaikan. Juga bersedia menjadi dewasa dan belajar untuk memahami hakikat hidup bahawa orang di sekeliling tidak ...

Batu

H ari ini anak saudara perempuan ini menyerahkan senarai yang cukup panjang nikmat Allah yang pernah dan sedang dikecapinya. Saya kagum kerana dia tidak ambil mudah tugasan yang diberikan itu. Segala nikmat anggota yang terlekat di tubuh tidak langsung tertinggal dalam senarainya.Nikmat melihat dan mendengar apatah lagi nikmat untuk terus hidup di bumi Tuhan yang luas ini. Saya kata padanya dalam banyak keadaan manusia mudah lupa bila Allah melimpahkan nikmatnya. Justeru itu Allah menyedarkan manusia di saat kealpaan itu agar tidak terus hanyut dibuai nikmat kesenangan dunia. Bila dalam keadaan tersepit barulah kita bergegas mencariNya. Saya ceritakan padanya kesah seorang pekerja di tapak projek bangunan yang memanjat di atas tembok yang sangat tinggi. Denko harus menyampaikan pesan penting kepada teman kerjanya yang ada di bawahnya. Denko berteriak-teriak, tetapi temannya tidak berupaya mendengarnya justeru gangguan bising dari mesin-mesin dan suasana yang hiruk pikuk di sekelilingn...

Roda

" H idup ini ibarat putaran roda yang menyaksikan kita tidak selalunya berada di atas. Ada ketikanya kita akan berada di bawah, kemudian naik semula dan turun lagi silih berganti." Saya menemui kisah yang sangat menarik ini. Ada ibrah. Peringatan juga ketika kita adakalanya lalai dan alpa. Alkisah, ketika sepasang suami isteri sedang menikmati sajian makan tengahari, muncul seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. ''Tolonglah Encik ,saya lapar ,sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.'' Dengan muka bengis,si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu . Dalam hatinya berkata ''Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain,tapi untuk diri dan keluargaku.' ' Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah. Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus ...