Skip to main content

Alpa

Malam tadi dalam hiruk pikuk suasana di pusat beli belah saya dan isteri dikejutkan dengan pengumuman tentang seorang anak yang menangisi kehilangan ibu bapanya. Anak yang hilang ibu memang selalu berlaku di pasaraya. Ada kemungkinan ibu sangat sibuk membeli belah sehingga sampai lupa dan alpa memberi perhatian kepada anaknya. Dalam keadaan kelam kabut beginilah, si anak akan mengambil kesempatan merayau-rayau dan akhirnya putus hubungan dengan si ibu.

Sikap alpa begini bukan sahaja dipamerkan di tempat awam, malah di rumah juga. Sering kita baca dan dengar kisah kealpaan ibubapa terhadap anak-anak khususnya yang masih kecil di rumah. Anak-anak dibiarkan bersendirian melakukan sesuatu tanpa perhatian.

Baru-baru ini kita digemparkan dengan kisah seorang anak berusia dua tahun yang maut ditimpa peti televisyen. Khabarnya peti tv itu diletakkan di atas rak yang bukan sebenarnya rak tv dan sangat tidak selamat untuk anak-anak kecil. Adalah tidak bijak sama sekali untuk membiarkan anak-anak berusia begitu dikelilingi dengan perabot rumah yang tidak selamat. Kasihan, kematian yang amat tragis kerana kecuaian yang sepatutnya boleh dielakkan!

Saya kira sudah tiba masanya undang-undang dipakai untuk menghukum ibubapa yang cuai terhadap anak-anak. Sudah agak banyak jiwa yang melayang percuma hanya kerana sikap tidak apa-apa segelintir ibubapa. Pagi ini pun, ketika sedang memandu dalam kegelapan subuh, isteri melahirkan rasa kesal bila terpandang seorang anak perempuan berbaju sekolah keseorangan berjalan kaki ke sekolah barangkali. Di mana ibubapanya? Macam-macam boleh berlaku.

Kelihatannya ada ibubapa yang tidak takut mengalpakan anak-anak kerana setakat ini tiada seorang pun yang pernah dihukum kerananya.

Pena Tumpul - Ada juga ibu bapa yang ikat anaknya ke badannya bagai haiwan supaya tidak hilang ketika di pasaraya, wajarkah pula?

Comments

Popular posts from this blog

"Tidak"

H afiz sedang menangis yang sukar dipujuk sesampainya saya ke rumah Mantoba malam tadi. Kalau tidak dia pasti meluru mendapatkan saya menawar diri untuk di dukung. Kami berusaha memujuknya tetapi gagal malah raungannya bagai memecah gegendang telinga. Sebabnya sudah dijangka. Mantoba yang balik seminggu sekali pulang tanpa sebarang mainan untuk Hafiz seperti minggu-minggu sebelumnya. Dia gagal memenuhi permintaan Hafiz kali ini. Walaupun permainan yang ada sudah cukup banyak, kanak-kanak tetap kanak-kanak. Naluri mahukan sesuatu yang baru memang tidak boleh ditahan-tahan. Namun sebagai ibubapa, kita tidak selalunya perlu menurut segala kemahuan anak. Ada ketikanya kita perlu memilih untuk berkata "tidak" kepadanya walaupun ia mungkin bagaikan dos yang menyakitkan dan memilukan hatinya. Anak-anak perlu belajar mendepani keadaan dimana tidak semua kemahuannya bisa ditunaikan. Juga bersedia menjadi dewasa dan belajar untuk memahami hakikat hidup bahawa orang di sekeliling tidak ...

Batu

H ari ini anak saudara perempuan ini menyerahkan senarai yang cukup panjang nikmat Allah yang pernah dan sedang dikecapinya. Saya kagum kerana dia tidak ambil mudah tugasan yang diberikan itu. Segala nikmat anggota yang terlekat di tubuh tidak langsung tertinggal dalam senarainya.Nikmat melihat dan mendengar apatah lagi nikmat untuk terus hidup di bumi Tuhan yang luas ini. Saya kata padanya dalam banyak keadaan manusia mudah lupa bila Allah melimpahkan nikmatnya. Justeru itu Allah menyedarkan manusia di saat kealpaan itu agar tidak terus hanyut dibuai nikmat kesenangan dunia. Bila dalam keadaan tersepit barulah kita bergegas mencariNya. Saya ceritakan padanya kesah seorang pekerja di tapak projek bangunan yang memanjat di atas tembok yang sangat tinggi. Denko harus menyampaikan pesan penting kepada teman kerjanya yang ada di bawahnya. Denko berteriak-teriak, tetapi temannya tidak berupaya mendengarnya justeru gangguan bising dari mesin-mesin dan suasana yang hiruk pikuk di sekelilingn...

Roda

" H idup ini ibarat putaran roda yang menyaksikan kita tidak selalunya berada di atas. Ada ketikanya kita akan berada di bawah, kemudian naik semula dan turun lagi silih berganti." Saya menemui kisah yang sangat menarik ini. Ada ibrah. Peringatan juga ketika kita adakalanya lalai dan alpa. Alkisah, ketika sepasang suami isteri sedang menikmati sajian makan tengahari, muncul seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. ''Tolonglah Encik ,saya lapar ,sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.'' Dengan muka bengis,si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu . Dalam hatinya berkata ''Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain,tapi untuk diri dan keluargaku.' ' Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah. Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus ...