Skip to main content

Api

"Aduuuuuhhhh, panasnya",

Haziq menjerit menahan sakit terkena api bila membakar sampah semalam. Dia terkena api yang terbit dari cairan botol plastik yang dijadikannya umpan. Saya tahu dia memang menyakitkan. Saya pernah mengalaminya beberapa kali.  

"Kecik aja api tu, api neraka lagilah panas", saya membalas dan sekaligus cuba mengingatkannya tentang seksa neraka.

Ada cerita yang menarik tentang asal usul api ini sebenarnya. Dari maklumat yang saya baca, dikisahkan bahawa Allah pernah mengutus Malaikat Jibril untuk menemui Malaikat Malik. Jibril mendapat tugas untuk meminta api dari malaikat penjaga neraka ini. Kelak, api ini akan dimanfaatkan oleh Adam dan anak cucunya untuk pelbagai keperluan, misalnya memasak.

Setelah mendengar keperluan Jibril, bertanyalah Malaikat Malik, "Saudara ku Jibril, berapa banyak api yang akan kau ambil?"

"Tidak banyak. Hanya sebesar buah kurma."

"Jika ku berikan api neraka sebesar itu, nescaya tujuh lapis langit dan bumi akan hancur kerana tidak sanggup menahan panasnya."

'Kalau begitu, separuh buah kurma sahaja"

"Dengan separuh buah kurma sahaja, langit tidak akan sanggup menurunkan hujan walau hanya setitis. Akibatnya, tanaman akan musnah."

Bingung dengan kadar api yang diperlukan, Malaikat Jibril kembali menghadap kepada Allah. Jibril meminta petunjuk Allah seberapa besar api yang harus diambil.

"Cukup dengan mengambil sebesar biji sawi sahaja." Demikian Allah memberikan petunjuk kepada Jibril.

Kali ini, Jibril yakin tidak mungkin salah lagi. Kemudian, Jibril datang menemui Malaikat Malik seraya menjelaskan kadar api neraka yang akan diambilnya. Selanjutnya, api itu dibasuh terlebih dahulu di tujuh puluh sungai yang ada di syurga. Setelah itu, Jibril membawa api itu kepada Adam, kemudian meletakkannya di puncak sebuah gunung yang sangat tinggi. Gunung tersebut terus meleleh dan api yang tersisa pun tinggal sedikit. Sisa api itulah yang dimanfaatkan oleh seluruh umat manusia hingga sekarang.

Sahih tidaknya kisah ini, hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Pena Tumpul - Anak kecil bermain api, terbakar hatinya yang sepi

Comments

Popular posts from this blog

"Tidak"

H afiz sedang menangis yang sukar dipujuk sesampainya saya ke rumah Mantoba malam tadi. Kalau tidak dia pasti meluru mendapatkan saya menawar diri untuk di dukung. Kami berusaha memujuknya tetapi gagal malah raungannya bagai memecah gegendang telinga. Sebabnya sudah dijangka. Mantoba yang balik seminggu sekali pulang tanpa sebarang mainan untuk Hafiz seperti minggu-minggu sebelumnya. Dia gagal memenuhi permintaan Hafiz kali ini. Walaupun permainan yang ada sudah cukup banyak, kanak-kanak tetap kanak-kanak. Naluri mahukan sesuatu yang baru memang tidak boleh ditahan-tahan. Namun sebagai ibubapa, kita tidak selalunya perlu menurut segala kemahuan anak. Ada ketikanya kita perlu memilih untuk berkata "tidak" kepadanya walaupun ia mungkin bagaikan dos yang menyakitkan dan memilukan hatinya. Anak-anak perlu belajar mendepani keadaan dimana tidak semua kemahuannya bisa ditunaikan. Juga bersedia menjadi dewasa dan belajar untuk memahami hakikat hidup bahawa orang di sekeliling tidak ...

Batu

H ari ini anak saudara perempuan ini menyerahkan senarai yang cukup panjang nikmat Allah yang pernah dan sedang dikecapinya. Saya kagum kerana dia tidak ambil mudah tugasan yang diberikan itu. Segala nikmat anggota yang terlekat di tubuh tidak langsung tertinggal dalam senarainya.Nikmat melihat dan mendengar apatah lagi nikmat untuk terus hidup di bumi Tuhan yang luas ini. Saya kata padanya dalam banyak keadaan manusia mudah lupa bila Allah melimpahkan nikmatnya. Justeru itu Allah menyedarkan manusia di saat kealpaan itu agar tidak terus hanyut dibuai nikmat kesenangan dunia. Bila dalam keadaan tersepit barulah kita bergegas mencariNya. Saya ceritakan padanya kesah seorang pekerja di tapak projek bangunan yang memanjat di atas tembok yang sangat tinggi. Denko harus menyampaikan pesan penting kepada teman kerjanya yang ada di bawahnya. Denko berteriak-teriak, tetapi temannya tidak berupaya mendengarnya justeru gangguan bising dari mesin-mesin dan suasana yang hiruk pikuk di sekelilingn...

Roda

" H idup ini ibarat putaran roda yang menyaksikan kita tidak selalunya berada di atas. Ada ketikanya kita akan berada di bawah, kemudian naik semula dan turun lagi silih berganti." Saya menemui kisah yang sangat menarik ini. Ada ibrah. Peringatan juga ketika kita adakalanya lalai dan alpa. Alkisah, ketika sepasang suami isteri sedang menikmati sajian makan tengahari, muncul seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. ''Tolonglah Encik ,saya lapar ,sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.'' Dengan muka bengis,si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu . Dalam hatinya berkata ''Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain,tapi untuk diri dan keluargaku.' ' Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah. Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus ...