Skip to main content

Amalan


Pagi ini ketika mendengar radio di dalam kereta ada tiga perkara yang disampaikan oleh seorang Ustaz yang sangat elok dijadikan amalan. Ustaz ini  bercerita tentang seorang ibu yang mengadu tentang anak gadis suntinya yang lari dari rumah. Anak-anak sekarang pantang ditegur dan dimarah apatah lagi dipalu akan mengambil jalan mudah dengan lari dari rumah. Mereka tidak memikirkan langsung perasaan ibu dan bapa yang ditinggalkan. Memarahi atau memukul bukan bermakna mereka tidak disayangi tetapi untuk mengajar mereka sebenarnya.

Ustaz menyarankan si ibu supaya melambung-lambungkan buah dada kanannya dan sambil menyeru nama anak yang lari itu dibaca selawat Nur di bawah. Dengan izin Allah, anak mungkin akan kembali asbab buah dada ibu yang pernah dihisap susunya oleh anak. Sangat menarik.

اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّم عَلَى نُورِ الأنْوَارِ وَسِرِّ الأسْرَار وَتِرْيَاقِ الأغْيَار
 وَمِفْتَاحِ بَابِ الْيَسَر سَيْدِنَا وَمَوْلانَا مُحَمَّدٍ الْمُخْتَار وَ آلِهِ الأطْهَار
وَأصْحَابِهِ الأخْيَار عَدَدَ نِعَمِ اللهِ وَإفْضَالِهِ
 
Selawat dan salam ke atas cahaya yang menyinar, dan rahsia segala rahsia, dan penawar bagi yang lain-lain, dan kunci pintu kesenangan, saidina maulana Muhammad mukhtar, dan ahli keluarganya yang suci murni, dan sahabat-sahabatnya yang merupakan orang yang baik-baik, banyak nikmat Allah dan kelebihannya.

Ustaz juga menganjur supaya di amalkan membaca sebanyak 33 kali atau sekadar kemampuan tiap-tiap lepas solat ayat ke54 dari surah Shad ini.



Sesungguhnya inilah rezeki Kami kepada kamu yang tidak habis-habisnya.

Akhirnya, Ustaz bercerita tentang seorang anak perempuan yang mengadu kepadanya tentang bapanya yang malas untuk menunaikan solat dan ambil ringan perkara-perkara yang berkaitan dengan agama. Kata anak ini, ibunya bagaikan sudah putus harapan dengan sikap suaminya ini. Lantas Ustaz mengesyorkan supaya anak ini memberitahu ibunya supaya membacakan ayat di bawah ini di ubun kepala bapanya sewaktu dia sedang tidor. Dengan izin Allah selepas tiga minggu bapanya berubah menjadi bagus dan taat mendirikan solat malah sangat rajin mengajar anak-anaknya mengaji.

قُلْ إِن كُنتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ

“Katakanlah (wahai Muhammad): “jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutlah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
  (Surah Ali Imran : Ayat 31).

Pena Tumpul - Ilmu di mana-mana dan tidak kira masa

 
p

Comments

Popular posts from this blog

Batu

H ari ini anak saudara perempuan ini menyerahkan senarai yang cukup panjang nikmat Allah yang pernah dan sedang dikecapinya. Saya kagum kerana dia tidak ambil mudah tugasan yang diberikan itu. Segala nikmat anggota yang terlekat di tubuh tidak langsung tertinggal dalam senarainya.Nikmat melihat dan mendengar apatah lagi nikmat untuk terus hidup di bumi Tuhan yang luas ini. Saya kata padanya dalam banyak keadaan manusia mudah lupa bila Allah melimpahkan nikmatnya. Justeru itu Allah menyedarkan manusia di saat kealpaan itu agar tidak terus hanyut dibuai nikmat kesenangan dunia. Bila dalam keadaan tersepit barulah kita bergegas mencariNya. Saya ceritakan padanya kesah seorang pekerja di tapak projek bangunan yang memanjat di atas tembok yang sangat tinggi. Denko harus menyampaikan pesan penting kepada teman kerjanya yang ada di bawahnya. Denko berteriak-teriak, tetapi temannya tidak berupaya mendengarnya justeru gangguan bising dari mesin-mesin dan suasana yang hiruk pikuk di sekelilingn...

"Tidak"

H afiz sedang menangis yang sukar dipujuk sesampainya saya ke rumah Mantoba malam tadi. Kalau tidak dia pasti meluru mendapatkan saya menawar diri untuk di dukung. Kami berusaha memujuknya tetapi gagal malah raungannya bagai memecah gegendang telinga. Sebabnya sudah dijangka. Mantoba yang balik seminggu sekali pulang tanpa sebarang mainan untuk Hafiz seperti minggu-minggu sebelumnya. Dia gagal memenuhi permintaan Hafiz kali ini. Walaupun permainan yang ada sudah cukup banyak, kanak-kanak tetap kanak-kanak. Naluri mahukan sesuatu yang baru memang tidak boleh ditahan-tahan. Namun sebagai ibubapa, kita tidak selalunya perlu menurut segala kemahuan anak. Ada ketikanya kita perlu memilih untuk berkata "tidak" kepadanya walaupun ia mungkin bagaikan dos yang menyakitkan dan memilukan hatinya. Anak-anak perlu belajar mendepani keadaan dimana tidak semua kemahuannya bisa ditunaikan. Juga bersedia menjadi dewasa dan belajar untuk memahami hakikat hidup bahawa orang di sekeliling tidak ...

Rencah

P erjalanan berkereta dari Segamat ke Serting pagi ini pastinya membosankan kalau tidak disulami dengan bual bicara dan gurau ketawa. Tok Ya yang turut serta bersama isterinya selain isteri dan Haziq memecah kesunyian apabila setelah lima minit berlalu saya masih lagi senyap justeru tidak ada apa yang hendak dibualkan. Tok Ya menyuarakan rasa kesal dan terkilan di atas pemergian Pak Itam sebulan yang lalu. " Dia mungkin boleh diselamatkan kalau mendapatkan rawatan di pusat perubatan swasta ". Walau pun kematian Pak Itam sudah ditentukan Ilahi namun layanan dan rawatan yang diberikan oleh hospital kerajaan amat dikesalkan. Pak Itam dibiarkan berminggu-minggu terlantar di katil sebelum pembedahan dilakukan. Yang lebih mengecewakan lagi apabila kecuaian yang dilakukan semasa pembedahan sehingga berlakunya infeksi pada paru-paru. Ini fenomena biasa di hospital kerajaan. Tok Ya sempat menceritakan pengalamannya dirawat di dua hospital yang berbeza ini. Walaupun ribuan ringgit terp...