Skip to main content

Keberkatan

Acapkali isteri berlipur lara tentang anak-anak di sekolah yang tahap hormat mereka kepada guru yang semakin menurun dan berkemungkinan terhakis. Tidak hormat itu dipamerkan dalam tindakan yang pelbagai sifatnya. Tidak fokus dalam kelas, bercakap-cakap semasa guru sedang mengajar, tidak buat kerja sekolah dan sebagainya. 

Saya pernah dengar seorang cikgu berkata, "Ada sesetengah mak bapak siap pesan pada kami panggil anak mereka 'sayang', tak boleh panggil nama. Ada pula yang bekalkan telefon bimbit siap ada kamera. Siap pesan pada anak-anak, kalau cikgu marah, cepat call mama atau sms mama"

Malah ada yang lebih mengecewakan dari itu pun. Bukan tidak ada di kalangan ibu bapa yang yang mengajar anak macam mana perlu jawab kalau cikgu marah. Kalau telefon dirampas, ibu bapa akan menjadikan guru sebagai sasarannya. Guru seakan hilang harga diri apabila diperlakukan begitu. Guru ikhlas berhempas pulas untuk mengajar anak-anak mereka, begitu pula layanan yang diterima.

Kejayaan anak-anak jangan dibangga dengan kecerdikan mereka menadah ilmu semata-mata, keperibadian yang baik juga patut dinilai dari sejauh mana mereka menghormati guru sebagai sumber rujukan ilmu. Antara kerberkatan orang-orang dahulu dalam kejayaan menadah ilmu ialah sifat menghormati dan meraikan guru bagaikan menatang minyak yang penuh. 

Adakalanya guru juga perlu dipersalahkan kerana tidak jadi model yang baik untuk anak didiknya!

Pena Tumpul - Pendengar setia luahan seorang isteri guru  

  


Comments

Popular posts from this blog

Batu

H ari ini anak saudara perempuan ini menyerahkan senarai yang cukup panjang nikmat Allah yang pernah dan sedang dikecapinya. Saya kagum kerana dia tidak ambil mudah tugasan yang diberikan itu. Segala nikmat anggota yang terlekat di tubuh tidak langsung tertinggal dalam senarainya.Nikmat melihat dan mendengar apatah lagi nikmat untuk terus hidup di bumi Tuhan yang luas ini. Saya kata padanya dalam banyak keadaan manusia mudah lupa bila Allah melimpahkan nikmatnya. Justeru itu Allah menyedarkan manusia di saat kealpaan itu agar tidak terus hanyut dibuai nikmat kesenangan dunia. Bila dalam keadaan tersepit barulah kita bergegas mencariNya. Saya ceritakan padanya kesah seorang pekerja di tapak projek bangunan yang memanjat di atas tembok yang sangat tinggi. Denko harus menyampaikan pesan penting kepada teman kerjanya yang ada di bawahnya. Denko berteriak-teriak, tetapi temannya tidak berupaya mendengarnya justeru gangguan bising dari mesin-mesin dan suasana yang hiruk pikuk di sekelilingn...

"Tidak"

H afiz sedang menangis yang sukar dipujuk sesampainya saya ke rumah Mantoba malam tadi. Kalau tidak dia pasti meluru mendapatkan saya menawar diri untuk di dukung. Kami berusaha memujuknya tetapi gagal malah raungannya bagai memecah gegendang telinga. Sebabnya sudah dijangka. Mantoba yang balik seminggu sekali pulang tanpa sebarang mainan untuk Hafiz seperti minggu-minggu sebelumnya. Dia gagal memenuhi permintaan Hafiz kali ini. Walaupun permainan yang ada sudah cukup banyak, kanak-kanak tetap kanak-kanak. Naluri mahukan sesuatu yang baru memang tidak boleh ditahan-tahan. Namun sebagai ibubapa, kita tidak selalunya perlu menurut segala kemahuan anak. Ada ketikanya kita perlu memilih untuk berkata "tidak" kepadanya walaupun ia mungkin bagaikan dos yang menyakitkan dan memilukan hatinya. Anak-anak perlu belajar mendepani keadaan dimana tidak semua kemahuannya bisa ditunaikan. Juga bersedia menjadi dewasa dan belajar untuk memahami hakikat hidup bahawa orang di sekeliling tidak ...

Rencah

P erjalanan berkereta dari Segamat ke Serting pagi ini pastinya membosankan kalau tidak disulami dengan bual bicara dan gurau ketawa. Tok Ya yang turut serta bersama isterinya selain isteri dan Haziq memecah kesunyian apabila setelah lima minit berlalu saya masih lagi senyap justeru tidak ada apa yang hendak dibualkan. Tok Ya menyuarakan rasa kesal dan terkilan di atas pemergian Pak Itam sebulan yang lalu. " Dia mungkin boleh diselamatkan kalau mendapatkan rawatan di pusat perubatan swasta ". Walau pun kematian Pak Itam sudah ditentukan Ilahi namun layanan dan rawatan yang diberikan oleh hospital kerajaan amat dikesalkan. Pak Itam dibiarkan berminggu-minggu terlantar di katil sebelum pembedahan dilakukan. Yang lebih mengecewakan lagi apabila kecuaian yang dilakukan semasa pembedahan sehingga berlakunya infeksi pada paru-paru. Ini fenomena biasa di hospital kerajaan. Tok Ya sempat menceritakan pengalamannya dirawat di dua hospital yang berbeza ini. Walaupun ribuan ringgit terp...