Skip to main content

Salah

Saya diminta dan dirayu Hafiz berulang-ulang kali supaya membantunya dalam menyiapkan kerja sekolahnya. Saya sedar ibu dan ayahnya sangat kesuntukan masa.Juga kerana tidak sangat arif dengan isi kandungan mata pelajaran yang diajar di sekolah sekarang. Sudah banyak bezanya dari dulu dan sudah melalui beberapa siri perubahan.

Kata isteri yang terlibat secara langsung dalam kurikulum, fokus pengajaran dan pembelajaran sekarang ialah melahirkan pelajar yang boleh berfikir secara kritikal dan kreatif. Tiada lagi soalan-soalan mudah yang beraras rendah, tetapi lebih kepada soalan beraras tinggi yang memerlukan daya pemikiran yang juga tinggi. Ada kalangan ibu bapa sebenarnya terkejut dengan perubahan yang berlaku ini bila sesekali berpeluang mengintai buku-buku anak-anak mereka. Malah tidak memahaminya!

Saya berkesempatan membantu Hafiz menyelesaikan latihan Bahasa Inggeris yang diberikan oleh gurunya. Ia tidaklah susah sangat namun mungkin susah pada Hafiz yang sedikit kurang baik penguasaan bahasa asingnya ini. Saya melihat ada kesilapan tatabahasa yang jelas salah dan diperbetulkan segera. Saya berbalah dengan Hafiz bila ia tidak salah kerana guru Bahasa Inggerisnya kata memang ia tidak salah. Ketika saya berkeras mengatakan ia memang salah, Hafiz terus bertegas mengatakan gurunya yang betul. Saya sedih melihat Hafiz dikelirukan oleh gurunya dan saya. Saya betulkah atau gurunya yang betul? Ibarat Hang Tuah yang tertanya-tanya tentang Jebat yang betulkah atau Tuah yang betul.

Hafiz sukar membuat pilihan!

Pena Tumpul - Bila sibuta memimpin sibuta, bayangkanlah akibatnya

Comments

Popular posts from this blog

Pahat

O rang tua-tua selalu mengingatkan kita, kalau hendak berjaya jangan sama sekali bersikap seperti pahat dengan penukul. Sikap pahat yang hanya akan berkerja apabila diketuk sebenarnya banyak berlaku dalam kehidupan seharian kita. Kebijaksanaan silam itu mahu memberitahu kita bahawa dalam apa kerja sekalipun, desakan atau keterpaksaan tidak akan menjanjikan kejayaan. Apabila membuat kerja apabila dipaksa, maka selamanya kita memerlukan ``ketukan'' supaya sekian banyak ``pahat'' membuat kerja masing-masing. Adakalanya Haziq juga bagai pahat. Saya pula penukul. Mahu diketuk selalu. Perlu juga sering diingatkan disuruh. untuk buat itu dan ini, walaupun apa yang perlu dibuat itu sebenarnya tidak perlu sampai disuruh pun. Kebanyakannya adalah rutin yang sudah sering sangat dilakukan. Mengulangkaji pelajaran misalnya tidaklah sampai perlu diulang-ulang diberitahu untuk melakukannya. Ia adalah kewajipan seorang pelajar kalau ingin berjaya. Sekali disuruh, sekali d

Seluar

S eorang Ustaz berkongsi ilmu yang tidak pernah saya tahu sebelum ini. Pada mulanya agak sukar untuk menerima kebenarannya. Macam tidak nampak logiknya. Pun begitu, mengambil kira kapasitinya sebagai seorang Usataz yang berkredibel, saya memilih untuk mempercayainya malah berhasrat untuk meninggalkan yang tidak sepatutnya dibuat. Saya percaya selama ini ramai antara kita yang sudah sangat biasa memakai seluar sambil berdiri. Tidak wajar dilakukan sebenarnya. Kata Ustaz, kita sepatutnya pakai seluar sambil duduk. Macam ganjil bunyinya. Namun, amalan memakai seluar sambil berdiri ini adalah salah satu faktor yang menyumbang kepada kemiskinan dalam hidup seseorang. Selain itu, kata Uztaz ada beberapa lagi amalan yang sudah biasa kita lakukan tanpa kita ketahui dan sedari juga penyebab mengapa rezeki kita tidak murah. Antaranya ialah makan dalam keadaan berjunub, pakai serban ketika duduk, dan menjahit pakaian pada badan. Ada lagi kata Ustaz. Kita jangan cepat meninggalkan tempat se

Cengkerik

P etang ini hasrat untuk memancing hampir terbantut gara-gara gagal mendapatkan cengkerik. Seluruh Segamat kehabisan cengkerik. Serangga ini mendadak naik permintaannya selepas banjir. Ia menjadi buruan kaki pancing. Cengkerik biasanya dijual dengan harga seringgit untuk 25 ekor. Agak mahal. Makanannya cuma kertas sahaja. Rasanya kalau ternak cengkerik sekarang, pulangannya pasti tidak mengecewakan. Dalam keadaan permintaan melebihi penawaran, rasanya penjual cengkerik boleh buat duit dengan menaikkan harganya. Seingat saya berpuluh tahun dahulu cengkerik bukanlah umpan untuk memancing. Tidak pernah digunakan pun. Ketika itu umpannya tidak lain kecuali cacing. Ia mudah didapati dan tidak perlu dibeli pun. Pergi bawah rumah atau tanah yang agak lembab, cangkul dan gali. Pastinya berpuluh-puluh ekor cacing boleh dikumpulkan. Pada mulanya agak geli juga untuk memegangnya. Namun lama kelamaan, alah bisa tegal biasa. Joran yang digunakan pun tidaklah secanggih sekarang. Cuma buluh. Keluar w