Tuesday, March 03, 2015

Keputusan

Saya tahu Haziq tidak gembira sangat dengan keputusan STPM yang diperolehinya. Bukannya tidak baik keputusan cuma keinginannya untuk mencapai yang lebih baik lagi tidak tertunai.

Keputusan yang diperolehinya sebenarnya cukup layak untuk membolehkannya untuk terus belajar di peringkat seterusnya. Persaingan sengit mungkin berlaku untuk berebut tempat namun hakikat perlu diterima bahawa yang terbaik akan sentiasa mendapat peluang yang terbaik juga. Saya katakan padanya andai pun tidak mendapat tempat di mana-mana universiti ia bukanlah titik penamat. Masih ada ruang untuk memperbaiki keputusan dan ambillah berapa kali pun peperiksaan yang sama.Kegagalan yang pertama bukan bererti kegagalan untuk kali yang berikutnya. Tidak semua orang melalui laluan yang mudah untuk berjaya dan memacu ke depan. Ada orang yang gagal berkali-kali sebelum berada di puncak kejayaan.

Keputusan cemerlang di atas kertas bukanlah segala-galanya. Ada mereka yang berjaya dalam hidup tanpa SPM yang cemerlang pun,malah sudah gagal di peringkat PMR lagi. Saya mahu dia keluar dari kepompong pemikiran lapuk bahawa untuk berjaya perlu cemerlang dalam SPM dan STPM. Walaupun ia benar namun ia tidak selalunya benar juga. Itulah yang perlu dia tahu!

Pena Tumpul - Bela ayam pun boleh berjaya

No comments:

Menjerit

" Dan mereka menjerit-jerit di dalam Neraka itu (sambil merayu): Wahai Tuhan kami, keluarkanlah kami (dari azab ini); kami akan meng...