Skip to main content

Posts

Belasungkawa

S aya mendapat khabar sedih pagi ini. Tok Uda dijemput Ilahi di usia 80an. Allahyarhamah Jaharah bt Montok adalah adik kepada Atok Dolah. Sebagai atok saudara, Tok Uda memang amat rapat dengan kami. Malah kami amat senang dengannya.Beliau mudah diajak berbual, mudah mesra dan kami sebagai cucu cukup selesa dengannya. Kini segalanya tinggal kenangan dan bakal terpahat dalam sejarah keluarga kami. Saya secara peribadinya sudah mula rapat dengan Tok Uda sejak kecil lagi. Kata emak, saya sentiasa merengek minta di dokong oleh Tok Uda. Setiap kali berpeluang bersama Tok Uda, selalunya Tok Uda tidak berhenti mengungkit kisah silam saya yang begitu rapat dengannya. Saya cuma mampu tertawa mendengar Tok Uda bercerita. Kata Tok Uda, ketika banjir besar 1971 dulu, Tok Udalah yang mendokong saya merandai air menuju ke pusat pemindahan. Air dikatakan naik mendadak malam itu. Kisah yang satu inilah tidak pernah lekang dari mulut Tok Uda dijadikan bahan cerita setiap kali kami bersama. Saya jumpa T...

Tangkas

B ila Haziq bercerita tentang keghairahannya berada di posisi penjaga gol seusainya bermain bola, emak tiba-tiba menyampuk. "Haziq ni ikut aruah atok dia, kalau main bola mesti nak jaga gol". Cakap emak memang ada betulnya. Saya masih ingat menyaksikan ayah beraksi penuh bergaya menjaga pintu gol dari dibolosi oleh bola tendangan pihak lawan. Pemain lawan acapkali didengar mengeluh kerana sukarnya menyumbatkan gol justeru ketangkasan ayah dalam menangkis setiap serangan bola yang datang. Itulah kehebatan ayah seorang penjaga gol yang pernah digeruni satu ketika dulu. Saya tidak dipilih untuk mewarisi bakat yang ayah miliki. Saya tidak juga sangat cenderung dalam permainan ini walaupun pernah cuba-cuba bermain ketika di sekolah dahulu. Kini Haziq dilihat memiliki kecenderungan yang bukan sedikit terhadap bola. Saya dan isteri cukup bimbang kerana tumpuannya sekarang sepatutnya bukan pada bola tetapi pada PMR yang bakal dihadapinya. Pena Tumpul - Sedang memikirkan kaedah terba...

Turi

K ata orang sedap tidaknya masakan bergantung kepada siapa yang memasaknya. Tengahari ini ketika bersembang dengan isteri, emak dan Kak Long di dapor sempat saya berbicara tentang masakan siapa yang paling sedap. Antara masakan emak, Kak Long dan isteri. Tentunya tidak adil untuk membandingkan masakan isteri dengan Kak Long apatah lagi dengan emak sendiri. Namun masing-masing punyai kehebatan sendiri. Masakan emak tanpa ragu amat sedap pada saya. Sentuhan tangan emak tidak pernah mengecewakan. Emak juga cukup mengerti masakan kegemaran anaknya. Emak tahu saya penggemar masakan berkari. Gulai kari daging lembu emak sampai kini tiada tolok bandingnya. Kuih bakar emak juga paling sedap. Begitu juga mee kari yang sesekali emak buat bila diminta. Cukup menyelerakan. Kak Long tiada tandingan pada mee hailamnya. Pagi tadi habis satu loyang kami kerjakan kuih kosui yang dia buat. Saya, isteri, emak, Haziq dan Luqman menghabiskan kuih ini bagaikan orang kemaruk. Tiba-tiba Haziq mencelah, "...

Babi

T ok Pah mengadu rumahnya di masuki babi hutan. Ia tidak menghairankan kerana rumah Tok Pah memang di kelilingi belukar. Khabarnya, Tok Pah seorang nenek tunggal sedang bersantai di anjung rumahnya bila seekor anak babi ini menceroboh masuk ke dapurnya. Tok Pah lupa menutup kemas pintu dapurnya. Kata Tok Pah sebelum ini pun dia kerap juga terlupa menutup pintu dapurnya namun tidak pula sampai mengundang seekor babi liar untuk "berpesta" di dapurnya. Saya tidak menyalahkan babi hutan itu dan tidak juga Tok Pah. Babi hutan "memberontak" kerana jajahannya diceroboh. Habitatnya diganggu. Saya melihat sedikit demi sedikit kawasan hutan diterangkan bagi memberi laluan kepada pembangunan. Babi ini bagaikan tiada tempat untuk berlindung lagi. Justeru lapar, babi ini tidak punya pilihan lalu mengganas. Khabarnya anak-anak getah yang baru hendak membesar, ubi kayu tanaman orang-orang kampung menjadi makanan babi-babi ini. Dua hari yang lepas seorang budak sekolah cedera teru...

Kebebasan

B ila saya menjengah emak di rumah Mantoba semalam, Hafiz dilihat sedang bermain-main dengan sebuah vas bunga yang agak mahal juga. Saya agak hairan kenapa ayahnya membenarkannya bermain dengan vas itu. Pastinya Mantoba tidak berupaya membantah kemahuan Hafiz, saya fikir. Saya nampak dia memasukkan sesuatu dalam vas itu. Kereta mainan "diecast "nya barangkali. Hafiz memasukkan tangannya ke dalam vas bunga. Dia ingin mengeluarkan semula mainan tersebut. Tetapi dia tidak dapat menariknya keluar. Hafiz menangis dan menarik perhatian kami semua. Ayahnya mencuba membantu sekuat tenaga menarik tangan anaknya dari vas bunga, namun gagal. Setelah beberapa kali mencuba dan gagal, akhirnya kami berfikir untuk memecahkan saja vas bunga yang mahal itu. Namun terpaksa memikirkannya semula. Vas itu agak mahal untuk dipecahkan sia-sia begitu. Tapi tiba-tiba, si ayah mendapat idea, "Hafiz, kita cuba sekali lagi. Lepaskan tangan Hafiz yang ada di dalam vas itu. Lepaskan mainan tu.Luruska...

Persamaan

K ata Dr Fazillah Kamsah pasangan suami isteri berada dalam kedudukan yang cukup baik dan serasi kalau memiliki sekurang-kurangnya 12 persamaan. Saya melihat diri sekiranya ada persamaan saya dan isteri setelah 19 tahun hidup bersama. Pastinya ada, kalau tidak masakan boleh bertahan sampai sekarang. Hobi yang hampir sama walau tidak sepenuhnya sama. Kesukaan terhadap benda yang sama. Menggemari makanan yang hampir hendak sama juga. Kalau ada benda yang tidak disukai dilakukan pun, ia juga menjurus pada benda yang sama. Mempunyai cita-cita untuk sebuah masa depan yang juga sama. Ringkasnya sebarang perbezaan kalau ada pun amat minimal. Perbezaan pandangan dan pendapat terhadap sesuatu perkara pastinya tidak dapat dielakkan. Namun akhirnya menuju kepada satu titik persamaan juga. Tentulah amat luar biasa kalau suami dan isteri dilihat serba sama. Kata orang perbezaan juga perlu dalam menerbitkan "keriuhan" dalam sebuah rumahtangga. Lalu, selalunya yang terjadi pasangan ditemuk...

Telur

A da ketikanya kita sering menjadi "buta" dengan yang begitu sangat hampir dengan diri kita. Orang yang paling hampir selalu sahaja dipinggirkan, namun bila orang itu sudah tiada, baru pula terasa kehilangannya. Kita sebenarnya sering terlepas pandang benda yang paling dekat dengan kita. Cerita di bawah ini yang saya cedok dari majalah Solusi isu 16 amat menarik untuk direnungi. Seorang penjual telur sedang sibuk di kedainya. Seorang pelanggannya yang sedang memilih telur ingin menguji kebijaksanaan si penjual telur. Dalam diam dia mengambil sebiji telur dan digenggamnya di dalam tangannnya. " Jika awak bijak, cuba teka apa yang ada di dalam tangan saya ini?" kata pelanggan itu menunjukkan genggamannya. "Cuba berikan aku bayangan" , pinta penjual telur. " Benda ini bentuknya seperti telur" , ujar pelanggan itu lagi. " Lagi? " " Warnanya seperti telur". "Lagi? " rayu penjual telur itu lagi. Pelanggan tersebut mengg...

Tanah

S ikap pemilik tanah yang besar kepala menghadang jalan sering sangat kita dengar dan lihat. Semalam perjalanan saya sedikit tersangkut dek perbuatan tidak bertamadun ini. Pemilik tanah ini secara sedar dan sengaja menyusahkan orang lain yang menggunakan jalan di depan rumahnya. Jalan yang baru diturap dan muat untuk sebuah kereta sengaja di belah menjadi parit sehingga betul-betul menyusahkan orang lain. Saya melaluinya dan berasa begitu payah. Sebelum ini saya melihat pelbagai struktur binaan di buat sehingga pengguna rasa disusahkan dan tidak selesa untuk melalui jalan itu. Lecak dan sengaja dilecakkan. Khabarnya orang kampung meminta ia diturap untuk sebuah keselesaan. Dan permintaan mereka ditunaikan. Kata kawan yang saya kunjungi itu dan penduduk tetap kampung ini, pemilik tanah ini tidak puas hati kerana tanah miliknya dijadikan laluan awam, sedangkan tiada pampasan untuknya. Itu sebab paling biasa. Katanya lagi kekecohan ini telah menarik perhatian orang-orang surau. Nasihat m...

Five

W hile at the park one day, a woman sat down next to a man on a bench near a playground. “That’s my son over there,” she said, pointing to a little boy in a red sweater who was gliding down the slide.“ He’s a fine looking boy ” the man said. “ That’s my daughter on the bike in the white dress.” Then, looking at his watch, he called to his daughter. “What do you say we go, Melissa? ”"Melissa pleaded, “Just five more minutes, Dad. Please? Just five more minutes.” The man nodded and Melissa continued to ride her bike to her heart’s content. Minutes passed and the father stood and called again to his daughter. “Time to go now?” Again Melissa pleaded, “Five more minutes, Dad. Just five more minutes .”The man smiled and said, “OK.” “My, you certainly are a patient father,” the woman responded.The man smiled and then said, “ Her older brother Tommy was killed by a drunk driver last year while he was riding his bike near here. I never spent much time with Tommy and now I’d give anything...

Impian

S eorang pensyarah meluahkan impiannya kepada Dato' Naib Canselor. Beliau hendak melihat kolam renang, bowling alley dan hotel di UiTM Johor. Impian beliau pastinya berasas. Sebagai sebuah pusat pengajian tinggi, UiTM perlu menyediakan atmosfera yang paling kondusif untuk warga akademik dan pelajarnya. UiTM perlu jadi tempat yang cukup selesa untuk penjanaan dan percambahan intelektual. Namun kekangan kewangan tidak memungkinkan segala impian yang dilakar menjadi realiti sekurang-kurangnya untuk satu tempoh yang tertentu. Impian ini bakal jadi kenyataan juga. Buat masa ini biarlah ia tersangkut di peringkat angan-angan dulu. Kata Dato' tidak salah berangan seperti Mat Jenin. Kalau ditanya kepada pelajar pula, impian mereka lebih berwarna-warni. Mereka mahukan restoran makanan segera, pusat karaoke, kompleks sukan serba lengkap malah sebuah pusat beli belah juga. Impian mereka cukup melampau. Pun begitu, saya melihat prasarana yang serba lengkap boleh mengekang budaya balik kam...

Anonymous

L edakan teknologi maklumat membuka ruang yang seluas-luasnya kepada setiap individu untuk melontarkan pelbagai pandangan. Ketika langit menjadi begitu amat terbuka dan dunia bagaikan sebuah perkampungan global yang tidak punya sempadan, asakan maklumat yang datang dari pelbagai sudut bukanlah mudah untuk ditangkis dan ditepis. Sebaran dan capaian maklumat memacu pantas sepantas jari-jari bermain di papan kekunci komputer dan telefon bimbit. Amat mudah dan semudah-mudahnya. Blog antara medium paling popular kini. Blog berbeza fungsinya di tangan mereka yang mengemudinya. Secara umum media bentuk baru ini menjadi pentas untuk menyebar maklumat dan sekaligus mengongsinya dengan khalayak pembaca. Blog menjadi medan paling terbuka kepada "blogger" untuk menyatakan pandangannya, berkongsi cerita suka dan duka, menterjemahkan rasa hatinya di persada maya. Kandungannya juga berbeza. Blog diolah mengikut cenderung dan tujuan. Lantas lahirlah blog yang pelbagai - ada yang berbicara ...

Melintas

S eorang pejalan kaki mengambil tindakan yang amat betul apabila dia teragak-agak untuk melintas di persimpangan lampu isyarat pagi ini. Dia boleh sahaja untuk terus melintas tanpa ragu kerana lampu hijau memang memberinya laluan untuk berbuat begitu. Namun saya lihat dia tidak pantas melintas. Tindakannya betul dan menyelamatkannya kerana saya melihat sebuah kereta meluncur laju dari arah bertentangan melepasi lampu merah tanpa menyedari bahawa seorang pejalan kaki ini sedang berkira-kira untuk melintas. Saya tidak dapat membayangkan kecelakaan yang bakal menimpa pejalan kaki ini sekiranya dia mengambil keputusan untuk melintas tadi. Saya sendiri selalu tidak yakin bila berada di persimpangan lampu isyarat begini kerana saya sedar ada segelintir pemandu yang tidak boleh kita harapkan sangat untuk mematuhi peraturan lampu isyarat ini. Mereka boleh sahaja bertindak sesuatu yang tanpa kita jangka dan sekaligus membahayakan pengguna jalanraya lain yang cukup berhati-hati. Sudah memang be...

Childlike

I n my class of creative thinking today, I advise my students to be childlike in order to be creative. Be like a child but not be childish. I used to tell them stories to ignite their interests or they might turn bored listen to me babbling. Today I share with them this interesting piece of story. It was about a heavy truck which became lodged under an overpass. For several hours, the police had been endeavouring to get it unstuck. The crowd gathered offered all sorts of suggestions. "Saw of the top of the truck," one old man bellowed, half-joking. "Dismantle the bridge", said another. These suggestions did not contain a feasible solution. Finally, a little boy stepped forward with this idea, " Why dont you let some air out of the tyres?" Do not get stuck at the top end of the truck but let free our mind to look at the opposite end, where in fact the solution lay waiting. Pena Tumpul - Reminded me of the cunning boy Hang Nadim of Singapura dilanggar todak

Amanat

U niversiti Teknologi Mara (UiTM) akan memperkenalkan 200 program baru di peringkat diploma dan ijazah sarjana muda termasuklah kursus-kursus yang tidak pernah ditawarkan oleh mana-mana universiti awam tempatan. Ini adalah intipati amanat Naib Canselor yang baru, Datuk Profesor Ir. Dr Sahol Hamid Abu Bakar. Amanatnya didengar warga UiTM seluruh negara yang dipancarkan menerusi laman sesawang petang ini Ia satu langkah yang amat wajar kerana UiTM perlu bergerak selari dengan kepantasan yang berlaku dalam industri. Saya tertarik apabila beliau berkata langkah ini bukan drastik tetapi deras sikit. Ucapan sulung beliau yang memakan masa hampir dua jam itu turut menyentuh peranan UiTM dalam melahirkan teknokrat Melayu dan bumiputera dalam membangunkan negara. Kepada pensyarah beliau tegaskan bahawa kegiatan penyelidikan dan penerbitan tetap akan diberikan penekanan tetapi tidaklah sampai menjadi lebih penting daripada tugas mengajar dan membimbing pelajar itu sendiri. Beliau juga menyebut k...

Mangkat

Sultan Johor yang berjiwa rakyat mangkat pada 7.15 hari ini. Saya, isteri, mak mentua, Haziq dan Denko sedang makan di warong mee bandong Tangkak bila dikejutkan dengan berita Tengku Mahkota Johor (TMJ) dilantik Pemangku Raja lewat TV3. Saya singgah di warong ini dalam perjalanan balik dari Melaka. Saya sudah merasakan ada sesuatu yang berlaku. Saya melihat kesedihan di wajah TMJ. Menteri Besar Johor akhirnya menjawab segala persoalan bila mengumumkan kemangkatan baginda lewat TV1 jam 11.20 malam. Seluruh rakyat Johor berkabung dan bersedih dengan kemangkatan Sultan yang amat dikasihi ini. Saya turut merasakan kehilangannya. Yang pasti, hari esoknya (Sabtu) adalah cuti umum. Seluruh Johor diselubungi kemurungan. Namun rakyat Johor dikurniakan pula seorang Sultan yang amat hampir dengan rakyat. Semoga Allah mencucuri rahmatNya keatas roh baginda. Pena Tumpul - Haziq belajar beberapa istilah istana: gering, bersiram, beradu, santap

Impak3

D r Fadzilah meneruskan bicara pendeknya namun mengesankan di ruang udara awal pagi ini. Dan saya masih menjadi pendengar setianya. Masih lagi berkisar tentang kecilnya yang kita lakukan kepada seseorang namun impaknya cukup besar. Kecil pada pandangan kita tetapi besar pada penerimaan orang. Kecil nilainya pada kita yang sudah biasa dengannya namun tidak ternilai besarnya pada yang tidak pernah memilikinya. Segelas air kosong tentunya tidak sama nilainya pada seorang yang sedang dahaga berbanding pada seorang yang tidak. Pagi ini dia mengajak pendengar seperti saya melakukan sesuatu yang juga kecil. "Apa kata kalau pergi pasar, sesekali tanya mak cik kat sebelah rumah, kalau-kalau dia nak kirim beli apa-apa. Dia mungkin tinggal seorang diri dan tidak punya kemampuan untuk ke pasar" . Satu saranan yang cukup baik dan bukan susah pun untuk dilakukan. Kata pakar motivasi ini, mak cik ini pasti gembira bukan kepalang. Sekurang-kurangnya ada juga orang yang masih lagi mengambil b...

Impak2

P agi ini Dr Fadzilah didengar lagi berbicara tentang yang kecil namun besar impaknya. Dia menyarankan apa salahnya sesekali melepasi tol membuat sesuatu yang kecil. Memang kecil dan tidak pernah terlintas pun untuk melakukannya pun. Saya sendiri tidak tahu sama ada saya boleh melakukannya walaupun ia kecil dan tidaklah susah sangat pun. " Apa salahnya kalau sesekali kita beli chewing gum atau cookies (biskut) yang tidak sampai pun sepuluh ringgit harganya dan kita berikan pada pengutip tol " kata Dr Fadzillah. Bunyinya macam pelik. Namun pemberian yang kecil itu mungkin besar maknanya kepada mereka. Sekurang-kurangnya mereka rasa dihargai dan paling tidak pun dapat juga mengonyel dalam kepenatan memungut tol dari kereta yang silih berganti. Pastinya ada yang mencemuh idea ini begini, " Dahlah duit kita dia ambil, nak bagi sesuatu pulak ". Kalau kita selalu fikirkan begitu lebih baiklah tidak payah buat langsung. Yang kecil itu besar. Ibarat seekor semut yang keci...

Impak

D alam Sarapan Minda lewat Sinar FM pagi ini, pakar motivasi ini bercakap tentang sesuatu yang nampak kecil namun berimpak besar. Kata Dr Fadzilah Kamsah,kita buat perkara yang kecil sahaja namun kesannya mungkin dirasakan oleh ramai orang. Sambil berjalan-jalan dan terpandang sampah apalah salahnya kita kutip dan masukkannya dalam tong sampah.Lagi pun menjaga kebersihan itu satu daripada cabang iman. Rasanya tidak perlulah kita mengharap sepenuhnya kepada tukang sapu untuk melakukannya. Suatu perlakuan yang nampak kecil tetapi tidak ramai yang sedia membuatnya. Yang banyak orang buat ialah membuang sampah sesuka hati kendatipun tong sampah sudah tersedia di depan mata. Lebih memilukan bila kita sebagai ibu bapa adakalanya tidak mempamerkan contoh perlakuan yang baik pada anak-anak. Kalaulah kita mengutip sampah di depan mereka pastinya perlakuan baik ini akan menjadi ikutan mereka. Jika tong sampah tiada kelihatan, tidaklah salah kalau sampah itu dimasukkan sahaja dalam kocek seluar...

Getah

" K adang-kadang kalau hari tak hujan boleh dapat sehingga RM100 sehari. Kalau rajin sikit, boleh santak sampai RM200 ". Itu kata Pak Timan yang balik dari kebun getahnya. Badannya berbau. Bau lantun yang menusuk hidung. "Busuk tak kesah, yang penting duit masuk". Saya berseloroh. Pak Timan tidak pernah sekolah tinggi pun. Seingat saya dia cuma berhenti setakat darjah enam sahaja. Kesempitan hidup keluarga membenamkan hasratnya untuk terus belajar. Dia terus duduk di kampung dan mewarisi kerja ayahnya. Katakan apa sahaja kerja kampung yang tidak pernah dibuatnya. Menoreh getah, menjala ikan, menuba, memburu pelandok dan kijang, menugal jagung, memanjat pokok petai dan jering, bukanlah asing padanya. Pak Timan tidak pernah kekok dengan kerja-kerja kampung. Bila saya ke rumahnya di Padang Kiambang semalam, Pak Timan tiada seperti yang dijangka. Jangan harap dia lekat di rumah. Dia bukan melepak. Tidak juga dia merambu dan membuang masa tidak tentu hala. Pak Timan dib...

Panjat

S aya sudah lama tidak memanjat. Bila disuruh isteri memanjat semalam saya agak enggan. Namun keinginan tinggi untuk merasai dokong yang sudah mula ranum menewaskan keengganan itu. Saya memang peminat nombor satu buah ini. Dan buah ini kena dipetik kemas bergugus. Kalau dikait dokong akan jatuh dan bertaburan di tanah. Kata Mak Mentua dokong akan tahan lebih lama kalau dipetik begitu. Mesej ini cukup jelas. Saya diperlukan untuk memanjat. "Kalau nak dokong, kena panjat", kata isteri. Memanjat bukanlah susah sangat. Memanjat lebih mudah jika pokok agak renek dan berdahan seperti dokong. Memanjat menjadi susah sekiranya ada kerengga yang berselirat di pokok. Saya teringat hampir jatuh bila diserang serangga yang mengetip hampir seluruh tubuh. Saya beralih dari satu pokok ke satu pokok. Terasa seronok pula sambil memakan terus dokong dari atas pokok. Memandang Mak Mentua dan isteri yang tekun mengutip dokong yang jatuh, saya ketawa sendiri. Ada cerita yang masih terpahat kemas ...