Skip to main content

Demam campak

Haziq mengadu gatal-gatal di badannya sejak dua hari yang lalu. Memikirkan mungkin itu sekadar gatal biasa akibat berpeluh saya biarkan sahaja. Namun semalam, ruam-ruam di muka lebih-lebih lagi di badan mula nyata dengan sedikit demam. Dia kelihatanya amat tidak selesa. Sejak lahir, Haziq memang tidak pernah dihinggapi demam campak ini. Dia di bawa ke klinik dan doktor menyarankan supaya dia tidak bersekolah selama seminggu mulai hari ini.

Demam campak merupakan penyakit yang menular pada masa kanak-kanak tetapi juga menyerang orang dewasa. Penyakit ini mudah berjangkit di antara satu sama lain.
Antara tanda-tanda demam campak ialah demam, badan akan ditumbuh dengan ruam-ruam merah adakalanya gatal dan hilang selera makan. Rawatan yang boleh diberikan ialah pesakit perlu rehatkan diri dan mendapatkan rawatan yang sesuai di mana doktor akan memberikan suntikan vaksin bagi mengurangkan demam campak yang berlarutan.

Demam campak berpunca daripada virus campak. Ia sangat mudah dijangkiti oleh orang lain, selalunya disertai dengan demam, selesema, batuk yang agak teruk serta mata kemerah-merahan. Ini akan disusuli ruam merah yang bermula di bahagian muka dan leher, merebak ke badan, kaki dan tangan. Apabila ruam keluar, suhu badan selalu tinggi dan boleh mencecah 400C (1040F).


Kata orang tua-tua elok sekali kalau air kelapa muda dibuat minum dan mandi. Caranya dengan mencampurkan sedikit beras yang belum dibasuh (lebih kurang 1/4 cawan ) ke dalam air kelapa muda dan terus saja diminum dan dibuat mandi. Tidak perlu dikacau. Air kelapa muda yang bersifat alkali berfungsi untuk meneutralkan asid yang menjadi punca demam campak. Nampaknya saya akan mengait kelapa muda hari ini.

Comments

Popular posts from this blog

"Tidak"

H afiz sedang menangis yang sukar dipujuk sesampainya saya ke rumah Mantoba malam tadi. Kalau tidak dia pasti meluru mendapatkan saya menawar diri untuk di dukung. Kami berusaha memujuknya tetapi gagal malah raungannya bagai memecah gegendang telinga. Sebabnya sudah dijangka. Mantoba yang balik seminggu sekali pulang tanpa sebarang mainan untuk Hafiz seperti minggu-minggu sebelumnya. Dia gagal memenuhi permintaan Hafiz kali ini. Walaupun permainan yang ada sudah cukup banyak, kanak-kanak tetap kanak-kanak. Naluri mahukan sesuatu yang baru memang tidak boleh ditahan-tahan. Namun sebagai ibubapa, kita tidak selalunya perlu menurut segala kemahuan anak. Ada ketikanya kita perlu memilih untuk berkata "tidak" kepadanya walaupun ia mungkin bagaikan dos yang menyakitkan dan memilukan hatinya. Anak-anak perlu belajar mendepani keadaan dimana tidak semua kemahuannya bisa ditunaikan. Juga bersedia menjadi dewasa dan belajar untuk memahami hakikat hidup bahawa orang di sekeliling tidak ...

Batu

H ari ini anak saudara perempuan ini menyerahkan senarai yang cukup panjang nikmat Allah yang pernah dan sedang dikecapinya. Saya kagum kerana dia tidak ambil mudah tugasan yang diberikan itu. Segala nikmat anggota yang terlekat di tubuh tidak langsung tertinggal dalam senarainya.Nikmat melihat dan mendengar apatah lagi nikmat untuk terus hidup di bumi Tuhan yang luas ini. Saya kata padanya dalam banyak keadaan manusia mudah lupa bila Allah melimpahkan nikmatnya. Justeru itu Allah menyedarkan manusia di saat kealpaan itu agar tidak terus hanyut dibuai nikmat kesenangan dunia. Bila dalam keadaan tersepit barulah kita bergegas mencariNya. Saya ceritakan padanya kesah seorang pekerja di tapak projek bangunan yang memanjat di atas tembok yang sangat tinggi. Denko harus menyampaikan pesan penting kepada teman kerjanya yang ada di bawahnya. Denko berteriak-teriak, tetapi temannya tidak berupaya mendengarnya justeru gangguan bising dari mesin-mesin dan suasana yang hiruk pikuk di sekelilingn...

Roda

" H idup ini ibarat putaran roda yang menyaksikan kita tidak selalunya berada di atas. Ada ketikanya kita akan berada di bawah, kemudian naik semula dan turun lagi silih berganti." Saya menemui kisah yang sangat menarik ini. Ada ibrah. Peringatan juga ketika kita adakalanya lalai dan alpa. Alkisah, ketika sepasang suami isteri sedang menikmati sajian makan tengahari, muncul seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. ''Tolonglah Encik ,saya lapar ,sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.'' Dengan muka bengis,si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu . Dalam hatinya berkata ''Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain,tapi untuk diri dan keluargaku.' ' Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah. Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus ...