Skip to main content

Cinta atau Cita?

Tidak dinafikan alam persekolahan disulami dengan kenangan paling manis kerana pelbagai peristiwa suka duka dilalui terutama membabitkan perasaan seperti terjebak dalam cinta remaja atau sinonim dikenali cinta monyet.


Walaupun tidak salah, pelajar seharusnya tidak dikuasai perasaan itu kerana keutamaan adalah belajar bersungguh-sungguh demi mencapai kejayaan.

Cinta monyet hanya mengganggu proses pembelajaran sekali gus menyebabkan seseorang gagal dan hanyut dilanda perasaan.

Emosi memang bersifat subjektif tetapi dalam usia muda, sewajarnya dihabiskan untuk menimba ilmu, diamuk perasaan cinta pada golongan berlainan jenis bukan masanya.

Lebih teruk lagi jika jatuh hati pada guru sendiri hingga ada kalanya boleh memberi kesan psikologi hebat kepada pelajar jika tidak mendapat perhatian guru diminati.

Mereka harus ingat, pada waktu ini kesempatan terbaik untuk merencanakan masa depan, mencipta kejayaan dalam hidup, bukan berangan-angan kosong.

Bukan tidak ada pelajar berjaya walaupun bercinta tetapi jumlah kecundang lebih ramai malah ada terjebak dalam gejala sosial.

Sebagai pelajar, mereka perlu bijak berfikir dan membuat penilaian. Bukankah jika terjebak dengan masalah perasaan ini merugikan?

Contohnya wang. Bayangkan, duit saku pemberian ibu bapa seharusnya digunakan untuk perbelanjaan pembelajaran seperti membeli buku dan makanan tetapi dihabiskan bagi membeli kad tambah nilai telefon bimbit. Duit yang diberi...dihabiskan untuk dibelikan hadiah.. sms 24 jam.. bergayut di telefon.Masa terluang untuk mengulang kaji pula digunakan untuk bertemu atau melayan perasaan. Bukankah itu satu kerugian kerana masa tidak akan berulang.

Justeru, tindakan memarahi atau tidak bersetuju pelajar jatuh cinta pada usia muda oleh sebilangan masyarakat terutama ibu bapa ada kewajarannya.

Mereka bukanlah mengongkong tapi mahu anak belajar dulu, memenuhi impian menjejakkan kaki di menara gading dan memperoleh pekerjaan baik.

Selepas segalanya tercapai, waktu itu adalah masa terbaik untuk jatuh hati kerana perasaan itu sudah ada matlamatnya.

Malangnya, bukan semua pelajar mahu memahami pengharapan ibu bapa malah melemparkan tanggapan mereka dikongkong, dan tidak memahami gelodak jiwa remaja.

Saya sedih bila ada anggapan itu kerana niat baik sering kali disalah erti sebagai negatif. Cuba fikir, adakah ibu bapa mahu melihat anak sengsara?

Fikirlah... sampai bila perasaan itu mampu bertahan sedangkan komitmen untuk bercinta memerlukan sokongan pelbagai aspek iaitu kewangan, masa depan dan sosial.

Lupakanlah dulu mengenai soal hati dan perasaan sebaliknya tumpukan perhatian pada pelajaran.

Percayalah, jika semuanya tercapai, ibu bapa tiada halangan untuk menerima pilihan anak.

Comments

Popular posts from this blog

Batu

H ari ini anak saudara perempuan ini menyerahkan senarai yang cukup panjang nikmat Allah yang pernah dan sedang dikecapinya. Saya kagum kerana dia tidak ambil mudah tugasan yang diberikan itu. Segala nikmat anggota yang terlekat di tubuh tidak langsung tertinggal dalam senarainya.Nikmat melihat dan mendengar apatah lagi nikmat untuk terus hidup di bumi Tuhan yang luas ini. Saya kata padanya dalam banyak keadaan manusia mudah lupa bila Allah melimpahkan nikmatnya. Justeru itu Allah menyedarkan manusia di saat kealpaan itu agar tidak terus hanyut dibuai nikmat kesenangan dunia. Bila dalam keadaan tersepit barulah kita bergegas mencariNya. Saya ceritakan padanya kesah seorang pekerja di tapak projek bangunan yang memanjat di atas tembok yang sangat tinggi. Denko harus menyampaikan pesan penting kepada teman kerjanya yang ada di bawahnya. Denko berteriak-teriak, tetapi temannya tidak berupaya mendengarnya justeru gangguan bising dari mesin-mesin dan suasana yang hiruk pikuk di sekelilingn...

"Tidak"

H afiz sedang menangis yang sukar dipujuk sesampainya saya ke rumah Mantoba malam tadi. Kalau tidak dia pasti meluru mendapatkan saya menawar diri untuk di dukung. Kami berusaha memujuknya tetapi gagal malah raungannya bagai memecah gegendang telinga. Sebabnya sudah dijangka. Mantoba yang balik seminggu sekali pulang tanpa sebarang mainan untuk Hafiz seperti minggu-minggu sebelumnya. Dia gagal memenuhi permintaan Hafiz kali ini. Walaupun permainan yang ada sudah cukup banyak, kanak-kanak tetap kanak-kanak. Naluri mahukan sesuatu yang baru memang tidak boleh ditahan-tahan. Namun sebagai ibubapa, kita tidak selalunya perlu menurut segala kemahuan anak. Ada ketikanya kita perlu memilih untuk berkata "tidak" kepadanya walaupun ia mungkin bagaikan dos yang menyakitkan dan memilukan hatinya. Anak-anak perlu belajar mendepani keadaan dimana tidak semua kemahuannya bisa ditunaikan. Juga bersedia menjadi dewasa dan belajar untuk memahami hakikat hidup bahawa orang di sekeliling tidak ...

Rencah

P erjalanan berkereta dari Segamat ke Serting pagi ini pastinya membosankan kalau tidak disulami dengan bual bicara dan gurau ketawa. Tok Ya yang turut serta bersama isterinya selain isteri dan Haziq memecah kesunyian apabila setelah lima minit berlalu saya masih lagi senyap justeru tidak ada apa yang hendak dibualkan. Tok Ya menyuarakan rasa kesal dan terkilan di atas pemergian Pak Itam sebulan yang lalu. " Dia mungkin boleh diselamatkan kalau mendapatkan rawatan di pusat perubatan swasta ". Walau pun kematian Pak Itam sudah ditentukan Ilahi namun layanan dan rawatan yang diberikan oleh hospital kerajaan amat dikesalkan. Pak Itam dibiarkan berminggu-minggu terlantar di katil sebelum pembedahan dilakukan. Yang lebih mengecewakan lagi apabila kecuaian yang dilakukan semasa pembedahan sehingga berlakunya infeksi pada paru-paru. Ini fenomena biasa di hospital kerajaan. Tok Ya sempat menceritakan pengalamannya dirawat di dua hospital yang berbeza ini. Walaupun ribuan ringgit terp...