Saya dijemput oleh Pak Jalil (Lim Kit Siak) ke rumahnya di Buluh Kasap untuk majlis merisik anak gadis sulungnya. Atikah yang masih belajar di Tingkatan Enam Rendah khabarnya mengenali jejaka dari Palong ini secara tidak sengaja. Yusri dikatakan tersalah menghantar SMS kepada nombor telefon bimbit yang dimiliki oleh Tikah. Lalu disitulah bermulanya perkenalan yang membawa kepada risikan
dari pihak lelaki. Di zaman teknologi yang serba canggih sekarang, perkenalan antara pasangan nampaknya sudah jauh berubah daripada dulu. Kalau dulu perkenalan antara adam dan hawa diaturkan oleh ibu bapa, kini masing-masing sudah pandai bertindak mencari pasangan sendiri. Kemudahan teknologi komunikasi memungkinkan segala-galanya. Telefon bimbit menjadi penjalin paling efektif dan pantas. Laman-laman sembang di ruang siber juga menambah kepada peluang yang ada. Namun, kita perlu waspada dan lebih hati-hati kerana perkenalan dan hubungan maya adakalanya penuh penipuan. Baguslah, Tikah dan Yusri
mengambil tindakan yang betul. Berjumpa secara "live" dan berestukan orang tua. Hasil perundingan, majlis pertunangan bakal menyusul awal tahun depan. Tidak lama selepas itu Lim Kit Siak bakal menimang cucu pula dan pastinya berkongsi kegirangan dengan Puan Ramlah isterinya.
H ari ini anak saudara perempuan ini menyerahkan senarai yang cukup panjang nikmat Allah yang pernah dan sedang dikecapinya. Saya kagum kerana dia tidak ambil mudah tugasan yang diberikan itu. Segala nikmat anggota yang terlekat di tubuh tidak langsung tertinggal dalam senarainya.Nikmat melihat dan mendengar apatah lagi nikmat untuk terus hidup di bumi Tuhan yang luas ini. Saya kata padanya dalam banyak keadaan manusia mudah lupa bila Allah melimpahkan nikmatnya. Justeru itu Allah menyedarkan manusia di saat kealpaan itu agar tidak terus hanyut dibuai nikmat kesenangan dunia. Bila dalam keadaan tersepit barulah kita bergegas mencariNya. Saya ceritakan padanya kesah seorang pekerja di tapak projek bangunan yang memanjat di atas tembok yang sangat tinggi. Denko harus menyampaikan pesan penting kepada teman kerjanya yang ada di bawahnya. Denko berteriak-teriak, tetapi temannya tidak berupaya mendengarnya justeru gangguan bising dari mesin-mesin dan suasana yang hiruk pikuk di sekelilingn...
Comments