Sunday, June 29, 2008

Santai

Saya pernah memancing pandangan pelajar tentang rasional membenarkan KFC atau Mcdonald dan Pizza Hut beroperasi dalam kampus. Itu pun ekoran dari cadangan yang dilontarkan oleh mantan Pengarah Dr Hashim tidak berapa lama dulu. Beliau melihat pelajar memerlukan tempat seperti ini supaya dapat mengurangkan kecenderungan untuk ke bandar dan balik kampung saban minggu. Rata-rata pelajar bersetuju kerana kegilaan mereka terhadap makanan segera selain boleh bersantai bersama rakan selepas bertungkus lumus dengan buku pelajaran.Ada yang tidak senang justeru ia bakal membiakkan lagi amalan melepak di kalangan pelajar.Namun cadangan akhirnya tinggal cadangan. Impian untuk menjadikannya kenyataan seakan berkubur sehinggalah baru-baru ini idea itu dicetuskan lagi oleh Datuk Idris Haron, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi. Beliau menggambarkan kemungkinan membenarkan Starbuck beroperasi di IPTA. Namun persoalannya, adakah semua pelajar mampu menikmati kemudahan ini - atau cuma segelintir anak orang mewah kerana harga untuk secawan kopi di Starbuck bukan kepalang tingginya!Bukankah baik sekiranya syarikat francais berjenama tempatan diberikan peluang untuk melebarkan sayapnya ke IPTA? Langkah ini bukan sahaja dapat membantu usahawan tempatan tetapi juga menawarkan harga yang berpatutan untuk pelajar. Apa kata pelajar?

Saturday, June 28, 2008

Penalti

Catatan ini dinukil oleh Haziq dari majalah Wisel yang berkeinginan tinggi memiliki blognya sendiri.

Otak kiri lebih mengenai pemikiran,itu sebabnya kita harus membuat dialog dalaman dan bercakap dengan diri anda sendiri.Abaikan ia -anda mahu memberikan konsentrasi melakukan perkara yang telah menjadi kelaziman kepada anda .Otak kanan anda lebih kreatif dan ia memacu bahagian kiri badan anda .Itu sebabnya pemain kidal boleh menjadi sedikit lebih kreatif kerana mereka lebih menggunakan ''otak kanan''.Apabila orang tertekan,anda mencetuskan sistem gementar.Ia menghidupkan adrenalin anda dan ketika itulah jantung berdegup kencang,otot menegang dan pandangan sempit muncul.Ia mengimbas kembali ke satu masa di mana kita lebih tertekan dan dihantui-ia adalah imbasan dari kenangan terdahulu.Kita tidak perlu melarikan diri darinya tapi kita masih memilikinya dan ia diterjemahkan ke bidang lain seperti sukan.

Cinta atau Cita?

Tidak dinafikan alam persekolahan disulami dengan kenangan paling manis kerana pelbagai peristiwa suka duka dilalui terutama membabitkan perasaan seperti terjebak dalam cinta remaja atau sinonim dikenali cinta monyet.


Walaupun tidak salah, pelajar seharusnya tidak dikuasai perasaan itu kerana keutamaan adalah belajar bersungguh-sungguh demi mencapai kejayaan.

Cinta monyet hanya mengganggu proses pembelajaran sekali gus menyebabkan seseorang gagal dan hanyut dilanda perasaan.

Emosi memang bersifat subjektif tetapi dalam usia muda, sewajarnya dihabiskan untuk menimba ilmu, diamuk perasaan cinta pada golongan berlainan jenis bukan masanya.

Lebih teruk lagi jika jatuh hati pada guru sendiri hingga ada kalanya boleh memberi kesan psikologi hebat kepada pelajar jika tidak mendapat perhatian guru diminati.

Mereka harus ingat, pada waktu ini kesempatan terbaik untuk merencanakan masa depan, mencipta kejayaan dalam hidup, bukan berangan-angan kosong.

Bukan tidak ada pelajar berjaya walaupun bercinta tetapi jumlah kecundang lebih ramai malah ada terjebak dalam gejala sosial.

Sebagai pelajar, mereka perlu bijak berfikir dan membuat penilaian. Bukankah jika terjebak dengan masalah perasaan ini merugikan?

Contohnya wang. Bayangkan, duit saku pemberian ibu bapa seharusnya digunakan untuk perbelanjaan pembelajaran seperti membeli buku dan makanan tetapi dihabiskan bagi membeli kad tambah nilai telefon bimbit. Duit yang diberi...dihabiskan untuk dibelikan hadiah.. sms 24 jam.. bergayut di telefon.Masa terluang untuk mengulang kaji pula digunakan untuk bertemu atau melayan perasaan. Bukankah itu satu kerugian kerana masa tidak akan berulang.

Justeru, tindakan memarahi atau tidak bersetuju pelajar jatuh cinta pada usia muda oleh sebilangan masyarakat terutama ibu bapa ada kewajarannya.

Mereka bukanlah mengongkong tapi mahu anak belajar dulu, memenuhi impian menjejakkan kaki di menara gading dan memperoleh pekerjaan baik.

Selepas segalanya tercapai, waktu itu adalah masa terbaik untuk jatuh hati kerana perasaan itu sudah ada matlamatnya.

Malangnya, bukan semua pelajar mahu memahami pengharapan ibu bapa malah melemparkan tanggapan mereka dikongkong, dan tidak memahami gelodak jiwa remaja.

Saya sedih bila ada anggapan itu kerana niat baik sering kali disalah erti sebagai negatif. Cuba fikir, adakah ibu bapa mahu melihat anak sengsara?

Fikirlah... sampai bila perasaan itu mampu bertahan sedangkan komitmen untuk bercinta memerlukan sokongan pelbagai aspek iaitu kewangan, masa depan dan sosial.

Lupakanlah dulu mengenai soal hati dan perasaan sebaliknya tumpukan perhatian pada pelajaran.

Percayalah, jika semuanya tercapai, ibu bapa tiada halangan untuk menerima pilihan anak.

Friday, June 27, 2008

Filem

Petang ini saya berkesempatan menonton filem Melayu lama lewat Kirana sejurus makan tengahari. Sebuah filem yang cukup menarik- Puteri Gunung Ledang terbitan 1961 sentuhan pengarah S.Romai Nor. Mahmud Jun menguatkan lagi filem ini dengan watak jahatnya selain dibarisi pelakon-pelakon hebat. Saya begitu tertarik dengan lakonan Fatimah Ahmad seorang pelakon wanita yang agak kurang menonjol jika hendak dibandingkan dengan pelakon wanita yang seangkatan dengannya.Nama beliau tidak meniti dibibir penggemar filem Melayu seperti Sarimah, Latifah Omar dan Saadiah. Namun pelakon yang berwajah manis dan Melayu ini mempamerkan lakonan yang begitu mengesankan. Aktres yang turut memberi kekuatan kepada filem Dang Anum ini rupanya telah meninggal dunia sekitar May 2004. Beliau cuma sempat berlakon dalam beberapa buah filem Cathay Keris.Kalau tak silap,Fatimah Ahmad adalah isteri kedua kepada pengarah filem Cathay Keris, arwah Hussain Haniff. Selepas Hussain meninggal, beliau menikah dengan jejaka Amerika lalu berhijrah ke sana dan meninggal di negara itu.Lakonannya sebagai seorang isteri dan ibu dalam filem Dosa Wanita yang dipinggirkan justeru darjat yang berbeza begitu memilukan.

Thursday, June 26, 2008

Penyelia

Saya menelefon Penyelia saya Dr Noor Azmi Mohamad pagi ini untuk mendapat pandangan beliau tentang tajuk tesis PhD saya. Tiada masalah dan menyarankan saya supaya mula merujuk kepada buku dan jurnal yang berkaitan dengan tajuk "Emotional Intelligence..."Senang diajak berbincang, itu komen awal saya. Menggalakkan. Menariknya beliau pernah mengajar di UiTM Segamat sebelum berhijrah ke UTM pada 1992. Dia menyebut beberapa nama antaranya Us Saud, En Abdullah, En Aziz Saidin.

RM 1 juta

Komentar ini disiarkan dalam Utusan Malaysia hari ini.


Insentif satu juta ringgit yang ditawarkan oleh kerajaan bagi menjayakan misi negara beraksi cemerlang dalam sukan Olimpik Beijing dilihat sebagai pembakar semangat atlet negara untuk melaksanakan impian meragut pingat emas pertama di temasya suka empat tahun sekali ini. sekian lama. Cukup terbakarkah semangat atlet kita?

Persoalan ini sengaja dibangkitkan justeru sebelum ini ganjaran setinggi RM160,00 pun tidak berupaya mengisi sebutir emas pun dalam kantung pingat kontinjen Olimpik negara empat tahun yang lalu.

Memang tidak dinafikan, manusia perlu didorong dan disuntik dengan motivasi untuk menjana semangat agar dapat bertindak lebih hebat dan cemerlang. Atlet yang berjuang untuk negara juga tidak terlepas dari keperluan ini. Insentif dalam bentuk wang ringgit walaupun dilihat sebagai pendorong semangat namun selalunya motivasi yang bersifat ekstrinsik begini tidak kekal lama kerana ia akan lenyap sekiranya ganjaran tidak diberikan secara konsisten.

Pakar psikologi berpendapat bahawa motivasi intrinsiklah yang sebenarnya diperlukan oleh seorang atlet dalam setiap penampilannya. Justeru motivasi intrinsik yang terbit dari dalam diri individu lebih bersifat tahan lama justeru ia bebas dari dipengaruhi oleh faktor dorongan dari luar yang dipenuhi pujian dan kebendaan. Saya melihat aspek yang menitikberatkan pembinaan motivasi dalaman inilah yang sewajarnya diberikan oleh perhatian sebagai acuan dalam melahirkan atlet negara yang kita harapkan menjulang nama negara.

Dalam hubungan ini, psikologi sukan perlu diperhebatkan dalam kerangka pembinaan atlet negara bermotivasi dalaman yang tinggi. Psikologi sukan, sebagai salah satu cabang dan bidang kajian baru dalam psikologi, sebenarnya amat diperlukan kerana ia mampu memberi impak positif dalam pembangunan fizikal dan juga mental para atlet.

Sekolah-sekolah sukan yang ada tentunya permulaan yang baik untuk melahirkan atlet yang kita idamkan. Difahamkan peningkatan mendadak negara China dalam sukan ada kaitannya dengan penekanan dalam aspek psikologi sukan ini. Dengan memahami secara jelas karakter dan sifat masyarakat China, proses melatih dan membina semangat juang di kalangan atletnya dikatakan menjadi lebih mudah. Tidak hairanlah juga China yang selama ini terpisah sekian lama dengan luar berjaya meraih keyakinan antarabangsa untuk menjadi tuan rumah olimpik tahun ini.

Selain daripada itu, secara logiknya harapan negara untuk merangkul pingat emas dalam Olimpik kali ini bukanlah sukar untuk direalisasikan. Apa yang perlu dilakukan oleh kontinjen Olimpik negara ialah memberi tumpuan kepada acara sukan yang sebenarnya kita mempunyai lebih peluang dan berpotensi besar untuk menang. Kita sebenarnya tahu di mana kekuatan dan kelemahan kita. Begitu juga saiz fizikal dan kemampuan orang kita. Sukan angkat berat tentunya bukan milik kita sekiranya saiz yang dijadikan ukuran. Begitu juga sukan bola keranjang yang mementingkan aspek ketinggian pemainnya.

Umum mengetahui bahawa prestasi pemain badminton negara di arena antarabangsa memang boleh dibanggakan. Walaupun berlaku turun naik namun secara keseluruhannya persembahan pemain kita dalam sukan ini sentiasa ada ruang untuk diperbaiki dan seterusnya dilonjakkan kemercu kecemerlangan. Bahawa pasukan badminton negara sebelum ini pernah menggondol pingat perak dan gangsa dalam sukan Olimpik, menjadi rangsangan cukup kuat untuk merangkul emas pula dalam sukan Olimpik kali ini. Segala kelemahan yang menjadi punca kepada kegagalan perlu ditelanjangkan dan tidak seharusnya menjadi duri dalam daging yang menjadi penghalang untuk mara meraih kemenangan.

Ibarat sebuah kilang yang mengeluarkan produk, dalam menghadapi persaingan yang semakin kompetitif, untuk terus unggul dan gah di pasaran, elemen “core competency” perlu diberikan perhatian. Contoh yang paling mudah – sekiranya Tiger Woods tiba-tiba berhasrat meninggalkan sukan golfnya dan beralih arah ke sukan tenis, adakah dia berkemungkinan mengungguli Grand Slams? Begitu juga misi mustahil Beckham untuk menjuarai sebarang
pertandingan dalam PGA Tour sekiranya dia berhijrah ke sukan golf!

Jadi, dalam usaha mencapai kemenangan bergaya dan berprestij dalam pertarungan kita di sukan Olimpik kali ini, kita sewajarnya perlu fokus dan iltizam kepada sukan badminton yang sebenarnya berpihak dan memberi kelebihan kepada negara. Sekiranya kita masih sibuk-sibuk dengan jenis sukan yang pelbagai rencamnya, hasilnya kita bagaikan “Jack of all trades but master of none”. Sukan badminton perlu sinonim dengan negara kita. Lupakan sukan yang menuntut kepada manipulasi fizikal sebaliknya tumpukan kepada sukan yang menuntut kepada percaturan minda dan mental yang strategis.

Wednesday, June 25, 2008

Orang dalam

Ketika berurusan di kaunter Bank Simpanan Nasional(BSN) Jementah hasrat saya untuk menukar kad ATM yang telah rosak hampir tidak kesampaian. Oleh kerana terlupa mengemukakan buku akaun saya disarankan oleh petugas untuk datang dilain waktu. Sebelum sempat saya beredar meninggalkan kaunter, saya disapa oleh seorang lagi petugas wanita yang memang saya kenal dan agak rapat dengannya lebih-lebih lagi dengan kakaknya. Cuma, pada awalnya tadi, saya tidak pernah menyangka yang Sharifah Shidah bertugas di pekan kecil ini kerana sebelum ini beliau lama di cawangan Segamat. Dengan bantuannya segalanya menjadi mudah dan saya mendapat kad gantian dalam masa tidak sampai pun sepuluh minit. Fenomena kenal orang dalam bukanlah asing di kalangan masyarakat kita khususnya orang Melayu. Bila kenal orang dalam, dikatakan memudahkan pelbagai urusan termasuk peluang dipilih mengisi jawatan kosong.Tidak hairanlah kerana orang dalam ini, sesebuah organisasi dilihat semacam dimonopoli oleh puak-puak tertentu, kaum kerabat, saudara mara dan handai taulan atau ringkasnya pembiakan kroni secara berleluasa. Urusan pertukaran tempat bekerja pun menjadi mudah dengan bantuan orang dalam ini.Kalau berurusan di kaunter pula, tidak perlulah beratur panjang menunggu giliran.Jadi kalau dah ada orang dalam, eksploitasilah sebaiknya.Tidak orang tidak kita!

Tuesday, June 24, 2008

Belajar

Saya kembali lagi ke UTM hari ini. Saya pernah ke sini lapan tahun yang lalu atas kapasiti seorang pelajar sarjana. Hari ini bermulalah pertarungan saya sebagai seorang pelajar. Pertarungan kali ini tentunya lebih sengit dan mendambakan komitmen yang tinggi selain hati yang cekal dan kental.

Belajar di peringkat falsafah tidaklah semudah yang disangka. Menuntut pengorbanan masa dan tenaga. Mampukah untuk saya melalui semuanya itu hingga ke penghujung terowong masih terlalu awal untuk diberikan jawapannya. Hanya masa yang menentukan selain daripada ketentuanNya.

Setibanya di Dewan Sultan Iskandar UTM sekitar 9.00 pagi, kelihatan ribuan pelajar sudah berkumpul bersiap sedia untuk pendaftaran. Manifestasi kegilaan untuk belajar tidak pernah luntur pada mereka yang sentiasa dahagakan ilmu. Rata-rata kelihatan pelajar perempuan yang saya kira masih terlalu muda, barangkali baru sejurus melengkapkan pengajian di peringkat ijazah pertama. Saya rasa begitu tua di celah-celah mereka. Pelajar-pelajar dari luar negara malah dari Afrika juga kelihatan. Saya sempat mendekati salah seorang dari mereka dan bertanya mengapa UTM menjadi pilihan mereka. Jawapannya: UTM universiti hebat dalam bidang kejuruteraan dan teknologi. Prasarana yang lengkap. Mereka tidak silap memilih UTM.

Bila saya singgah sebentar di perpustakaan untuk menulis di blog ini, saya terkejut dengan kemudahan komputer dan internet yang memenuhi seluruh ruang paras lobinya. Saya dapat menjangkakan kalau begini keadaannya, tidak mungkin akan ada pelajar yang tersisih daripada ledakan maklumat kini. Hebat. Saya tercari-cari rak untuk meletakkan beg di luar sehingga diberitahu oleh petugas bahawa masuklah sebebasnya. Lalu, apa lagi yang kita dambakan?

Pena Tumpul - Mampukah sehingga ke penghujungnya?

Monday, June 23, 2008

Resume

Berita yang dipaparkan dalam Harian Metro hari ini begitu menarik perhatian saya. Menurut Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Noraini Ahmad ada segelintir siswazah yang tidak pernah tahu apa itu resume. Amat mengejutkan. Tidak hairanlah mengapa siswazah gagal "menjual" diri mereka di pasaran pekerjaan. Tidak tahulah di mana silapnya. Tentunya tidak masuk akal sekiranya selama empat tahun belajar di universiti, pelajar tidak pernah didedahkan dengan penyediaan resume, lebih-lebih lagi menjelang tamat pengajian. Saya kira pihak universiti juga menerusi Unit Kerjaya dan Kaunselingnya pasti ada menganjurkan Karnival Kerjaya untuk mendekatkan mereka dengan bakal majikan. Inilah yang berlaku sekiranya para pelajar tidak peka tetapi sebaliknya pekak kepada limpahan maklumat di sekeliling mereka. Atau barangkali pelajar lebih tahu tentang Curriculum Vitae(CV) atau biodata agaknya!

Apa itu Resume?
Resume yang juga dikenali sebagai curriculum vitae (biodata) ialah surat pengenalan diri seseorang di mana pemohon menunjukkan bahawa beliau layak diberi jawatan yang ditawarkan. Banyak yang boleh diketahui tentang seseorang dengan hanya membaca “Resume” beliau. Sama seperti seseorang pada mulanya hanya dapat menilai hati budi kita dari apa yang kita tonjolkan, iaitu pakaian dan budi bahasa. Jadi, rupa bentuk dan bahasa pada resume menjadi cara penilaian pertama bakal majikan menilai diri anda.
Suatu resume yang dikarang baik akan mengambil perhatian majikan anda. Ia perlu menangkap perhatian bakal majikan anda. Pujian kosong tidak akan membantu anda. Yang dapat membantu anda adalah dengan menyatakan apa minat anda pada firma yang anda pohon, dan bagaimana minat anda dapat membantu firma tersebut.


Sunday, June 22, 2008

Besan

Saya menunaikan hajat emak yang bukan kepalang tingginya untuk menziarahi besannya yang kini terlantar sakit di rumah anaknya. Perjalanan kami dari Segamat ke Kampung Parit Jayus mengambil masa lebih kurang dua jam. Jalan yang berliku selain daripada beberapa kali tersesat sebelum sampai ke destinasi melengahkan perjalanan kami. Besan emak berusia lebih kurang 70 tahun dan sering tidak sihat sejak kebelakangan ini. Sempat juga emak mengusap badan besannya. Seperti lazimnya emak tidak dapat menahan air matanya daripada bergenang melihat keadaan besannya begitu. Kami hanya mampu berdoa kepada Ilahi semoga Mak Edah akan cepat sembuh dan kembali ceria seperti dulu.
Hafiz yang ikut sama, tidak dapat ditahan langsung dari bermain-main dalam parit di depan rumah yang begitu teruja dengan anak-anak ikan di dalamnya. Dia tidak jijik langsung berendam dalam parit. Seronok betul dia. Budak-budak begitulah. Nalurinya sentiasa bergejolak untuk bermain .

Penduduk Parit Jayus memang beruntung. Di sekeliling rumah dipenuhi dengan pokok kelapa sawit yang pastinya memberi pulangan yang menguntungkan. Difahamkan, penduduknya menikmati air paip dari gunung yang dibekalkan oleh Kementerian Kesihatan sejak 20 tahun yang lalu dan cuma dikehendaki membayar RM5 sahaja sebulan. Memang sejuk dan menyegarkan. Sempat juga saya menikmati rebus ubi dicicah bersama dengan ikan kering yang disalai sendiri oleh anak perempuan Mak Edah. Sedap. Ketenangan hidup di kampung yang masih lagi diperisai noda dan cemar rona kota benar-benar mengasyikkan.

Dalam perjalanan pulang saya sesat lagi untuk mencari jalan keluar. Hampir setengah jam berlegar-legar bagaikan tenggelam punca.Mujurlah saya teringatkan Sekolah Agama Air Putih yang menjadi "landmark" untuk memudahkan saya mencari jalan keluar.

Saturday, June 21, 2008

Memancing


Pada sebelah petang emak yang memang suka sangat memancing mempelawa saya dan isteri turut bersamanya.Kali ini memancing di Kuala Paya. Saya yang memang telah lama tidak berkesempatan, tanpa lengah menerima ajakan emak. Joran yang pernah saya beli lama dulu hilang entah ke mana. Mujurlah emak punyai lebihan joran untuk saya dan isteri. Mak Ngah dan sepupu saya Amir juga tidak ketinggalan. Kami menghabiskan masa hampir tiga jam memancing di celah-celah pokok getah yang ditenggelami air akibat hujan lebat sejak beberapa hari lalu. Amir menjadi juara memancing dengan jumlah ikan yang paling banyak. Amat menyedihkan saya cuma mampu "memperdayakan" seekor ikan lais kecil sepanjang petang itu. Lebih malang, isteri saya cuma mampu senyum pahit kerana pancingnya tidak menarik seekor ikan pun. Emak pula tidak sehebat selalu, sudah merudum prestasinya.Memancing ternyata amat menyeronokkan. Tidak disedari masa begitu pantas beredar. Menjelang tujuh petang kami bingkas beredar menuju ke rumah Mak Ngah berhampiran dan menjamu selera "Cik Mek Molek" buatan Mak Ngah. Mak Ngah yang memang amat berpengalaman dalam memancing, menyarankan supaya kami datang lagi bila air mulai kering dan agak kehitaman, banyak seluang katanya. Teruja juga saya.Haziq pun ingin ikut sama.

Beruntung

Kenaikan harga barang yang begitu terasa ekoran peningkatan harga petrol tidak mengubah cara hidup sebenarnya. Ketika menghadiri majlis perkahwinan kawan saya di kampung Gudang Garam hari ini, pelbagai jenis lauk pauk tetap disajikan. Seperti biasa kelihatan pinggan-pinggan yang masih menampung sisa-sisa makanan yang tidak mampu dihabiskan. Pembaziran masih berlaku walaupun kita digalakkan untuk berjimat-cermat dalam keadaan sekarang.Mungkin masih kenyang selepas menghadiri jemputan yang lain, saya menelah. Kita masih beruntung sebenarnya. Kita masih diberikan peluang untuk menikmati rezeki yang melimpah ruah berbanding dengan rakan-rakan kita di negara lain yang terpaksa merusuh untuk mendapatkan makanan khususnya beras. Sebelum pulang, menjadi satu kecenderungan pula sekarang ini pengunjung dibekalkan dengan sebuah beg yang berisi makanan, bunga telur, gula-gula dan juga lauk-lauk. Kadang-kadang makanan yang dibekalkan itu tidak dimakan pun!Esok ada dua lagi undangan yang perlu dihadiri.Saya memilih untuk membuat pilihan.

Friday, June 20, 2008

Managing stress


Feeling like there are too many pressures and demands on you? Losing sleep worrying about tests and schoolwork? Eating on the run because your schedule is just too busy? You’re not alone. Everyone experiences stress at times - adults, teens, and even kids. But there are things you can do to minimize stress and manage the stress that’s unavoidable.

What Is Stress?
Stress is a feeling that’s created when we react to particular events. It’s the body’s way of rising to a challenge and preparing to meet a tough situation with focus, strength, stamina, and heightened alertness. Stress is the body’s reaction to a change that requires a physical, mental or emotional adjustment or response.

Distress is a negative stress response. It occurs when stress continues without relief. Distress disturbs the body’s internal balance causing physical and emotional symptoms: headache, elevated blood pressure, chest pain, insomnia, depression, panic attack and anxiety.

Stress is a part of life. Knowing ways to manage stress can be beneficial.

1. Make Time to Relax.

Find ways of relaxing. Learn how to meditate or use relaxation exercises. Listen to soothing music. Take a bath. Do whatever helps you relax. If needed learn stress management or biofeedback techniques from healthcare professionals, as healthy ways to manage stress.

2. Maintain a Normal Routine.

As much as possible, try to stick to a normal daily routine. Limit additional responsibilities. Learn to say “No.”

3. Eat a healthy Diet.

Focus on whole grains, fruits and vegetables. Avoid excessive sugar, fatty foods and caffeine. Use alcohol in moderation and don’t try and self-medicate which can make the distress worse.

4. Include Exercise as Part of Your Day.

Participating in some kind of moderate exercise activity for at least 30 minutes on most days helps relieve stress, boost energy levels, aid sleep and improve mood. Exercise is also good for the heart, lungs and mind. Activities include walking, jogging, cycling, swimming, aerobics, hiking

5. Keep a Positive Attitude.

Holding positive thoughts, rather than succumbing to a negative one can help in maintaining a positive attitude. Think positively about yourself. Surrounding yourself with positive and inspiring people can help elevate your mood.

6. Participate in Activities You Enjoy.

Make time for hobbies and other interests. Read a good book. Garden. Knit. Be part of a sports team. Keep a journal. Work on Crafts. Volunteer your services. Assist someone in need.

7. Get Enough Sleep.

Getting 7 to 8 hours of sleep a night will make it easier to cope with stress and distress. A well-rested person is more alert and quick thinking and less irritable, grouchy and tense.

8. Talk with a Trusted Person.

Talking with someone about intense feelings when distressed can be helpful. Share feelings with a trusted friend, family member, healthcare professional or clergy. Sharing the distress helps to lessen the feelings of distress. Some find that participating in a support group with others who have experienced similar situations or events can also be helpful in easing distress.

9. Learn to Adapt Instead of Control.
Accept that there will be situations, events and people throughout life that you are unable to control. Learning to be flexible, to roll with the punches and ride the waves can help in reducing stress.
10. Remember to Laugh

Laughter is one of the best medicines; it releases chemicals into the brain that promote relaxation. People who are able to find humor in life and are happier tend to be more productive live longer and have less physical problems. Maybe a good laugh a day will help keep the stressors away

Monday, June 16, 2008

Budi dan cita

Saban petang mendengar alunan lagu ini diputarkan lewat Klasik Nasional, menyemai rasa cinta saya terhadap lagu Budi dan Cita ciptaan Zainal S.Abas yang didendangkan penyanyi suara lunak R.Ismail. Kalau kita menonton filem-filem lakonan almarhum Noordin Ahmad yang sering digandingkan dengan Latifah Omar keluaran Cathay Keris, suara beliau sering dipinjamkan kepada pelakon itu, kerana suara mereka berdua seakan-akan sama.

Saya begitu meminati lagu-lagu dendangan beliau dari filem Laila Majnun (lagu: Menanti & Tak Mungkin, duet dengan Rosiah Chik), Jula Juli Bintang Tujuh (lagu: Nasib Malang), Tajul Ashikin, Gurindam Jiwa (lagu: Gurindam Jiwa, duet dengan Rafeah Buang), Cucu Datuk Merah dan Airmata Duyung. Sebuah lagu beliau dari filem Anak Buloh Betong keluaran MFP Studio yang saya suka ialah Dari Hati Ke Hati yang dinyanyikan bersama Rafeah Buang.


****************************

Sehari hujan dibendang,
semusim padi menjadi

sekali lagu berdendang,
tenang hati semadi


sekacip pinang dimakan,
sesusun sirih taburkan

seulas tebu diperah,
budi jadi sejarah


jiwa nan hendak berjasa,
untuk negara dan bangsa

bukti tidak nyata,
gelisah menahan derita


sekali budi dinanti,
tindasan silih berganti

sekali surut mengiring,
cita tandus dan kering

Cacing

Bagi sesetengah orang, cacing adalah haiwan yang menggelikan kerana bentuknya yang panjang dan habitatnya di dalam tanah tanpa menyedari ia sebenarnya mampu membawa pulangan lumayan jika kena pada caranya.

Bagaimanapun, sikap fobia kebanyakan orang terhadap haiwan itu tidak mendatangkan masalah kepada Norkadi Idris,(Pak Uteh) 46 yang baru memulakan projek dan yakin ia boleh dijadikan sebagai sumber pendapatan menguntungkan. Walaupun cacing menyebabkan ramai berasa geli, penternaknya pula boleh meraih pendapatan bulanan mencecah lima angka ekoran permintaan semakin tinggi bagi menjadikannya baja organik, pemusnah sampah organik, bahan campuran dalam makanan ternakan dan pembuatan kosmetik.

Dengan dibantu oleh isterinya, Sabariah Abdullah, 57 atau saya panggil Mak Utih, beliau kini mengusahakan ladang ternakan cacing secara kecil-kecilan tetapi masih berupaya memperoleh keuntungan lumayan menerusi penghasilan tahi cacing yang digunakan sebagai baja komposit bagi tanaman sayur, buah-buahan dan bunga-bungaan.

Norkadi berkata, idea untuk mengusahakan ternakan cacing bagi menghasilkan baja komposit tercetus ketika diberitahu tentang prospek ternakan tersebut oleh Along dari Kuala Lumpur yang bertindak sebagai agen penjual untuk pasaran di sana.

Perusahaan ini masih tidak begitu diketahui ramai orang, malah masyarakat sendiri tidak begitu yakin dengan pendapatan yang boleh dihasilkan melalui ternakan cacing.

“Bagaimanapun, saya yakin tidak lama lagi ramai yang akan menceburi bidang ini kerana kaedahnya agak mudah walaupun terpaksa mengeluarkan modal yang agak besar pada peringkat permulaan,” katanya.

Demam campak

Haziq mengadu gatal-gatal di badannya sejak dua hari yang lalu. Memikirkan mungkin itu sekadar gatal biasa akibat berpeluh saya biarkan sahaja. Namun semalam, ruam-ruam di muka lebih-lebih lagi di badan mula nyata dengan sedikit demam. Dia kelihatanya amat tidak selesa. Sejak lahir, Haziq memang tidak pernah dihinggapi demam campak ini. Dia di bawa ke klinik dan doktor menyarankan supaya dia tidak bersekolah selama seminggu mulai hari ini.

Demam campak merupakan penyakit yang menular pada masa kanak-kanak tetapi juga menyerang orang dewasa. Penyakit ini mudah berjangkit di antara satu sama lain.
Antara tanda-tanda demam campak ialah demam, badan akan ditumbuh dengan ruam-ruam merah adakalanya gatal dan hilang selera makan. Rawatan yang boleh diberikan ialah pesakit perlu rehatkan diri dan mendapatkan rawatan yang sesuai di mana doktor akan memberikan suntikan vaksin bagi mengurangkan demam campak yang berlarutan.

Demam campak berpunca daripada virus campak. Ia sangat mudah dijangkiti oleh orang lain, selalunya disertai dengan demam, selesema, batuk yang agak teruk serta mata kemerah-merahan. Ini akan disusuli ruam merah yang bermula di bahagian muka dan leher, merebak ke badan, kaki dan tangan. Apabila ruam keluar, suhu badan selalu tinggi dan boleh mencecah 400C (1040F).


Kata orang tua-tua elok sekali kalau air kelapa muda dibuat minum dan mandi. Caranya dengan mencampurkan sedikit beras yang belum dibasuh (lebih kurang 1/4 cawan ) ke dalam air kelapa muda dan terus saja diminum dan dibuat mandi. Tidak perlu dikacau. Air kelapa muda yang bersifat alkali berfungsi untuk meneutralkan asid yang menjadi punca demam campak. Nampaknya saya akan mengait kelapa muda hari ini.

Friday, June 13, 2008

Jimat minyak lagi...

Dalam keadaan harga minyak yang begitu menggigit sekarang, sesuatu yang tidak pernah terfikir untuk dilakukan dahulu, sudah boleh dilakukan sekarang. Kata orang hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Cubalah kalau boleh...

Doktor

Masalah kekurangan doktor di hospital kerajaan terus menjadi isu yang seolah-olah tiada penyelesaiannya walaupun pelbagai langkah telah diambil. Paling terbaharu,pelawaan Kementerian Kesihatan kepada doktor swasta untuk berkhidmat secara sambilan di hospital kerajaan selepas waktu pejabat pun cuma berupaya menarik minat seorang doktor sahaja sejak ia diuar-uarkan sebulan lalu. Mungkin kadar bayaran RM80 sejam tidak cukup tinggi agaknya. Atau barangkali lanskap persekitaran kerja yang tidak menarik dan kondusif selain daripada beban kerja yang berat.

Agak memeranjatkan juga nisbah 1:600 doktor berbanding pesakit di negara ini yang ingin dicapai menjelang 2020 masih jauh untuk dijangkau. Keadaan ini tidak sukar untuk difahami justeru pertambahan jumlah doktor tidak selari dengan peningkatan bilangan pesakit setiap hari. Ini diburukkan lagi dengan penghijrahan doktor-doktor kerajaan untuk menikmati insentif yang lebih menarik di pusat perubatan swasta yang dilihat semakin berkembang pesat sekarang.

Malah kesediaan mereka untuk berkhidmat dihospital kerajaan tidak lebih hanya kerana terikat dengan perjanjian biasiswa sedangkan mereka sebenarnya cuma menunggu masa untuk keluar dan membuka klinik sendiri. Saya dapati segelintir doktor-doktor kerajaan khususnya yang masih muda berkhidmat secara sambilan atau “locum” di klinik-klinik persendirian. Walau apa pun alasan dan tujuan mereka, nampaknya keadaan sebaliknya yang berlaku- doktor kerajaan yang lebih terpanggil untuk berkhidmat di pusat perubatan swasta dan terus membiarkan hospital kerajaan dihimpit masalah kekurangan doktor yang berlarutan.

Saya melihat negara kita tidak mengalami masalah kekurangan doktor sebenarnya. Kekurangan doktor berlaku di hospital kerajaan yang disumbangkan oleh penghijrahan doktor ke sektor swasta sebaik sahaja tamat tempoh wajib perkhidmatan mereka dengan kerajaan. Seperti yang dilaporkan oleh Menteri Kesihatan baru-baru ini, sekitar 300 orang doktor meninggalkan hospital kerajaan setahun. Ekorannya menyebabkan negara mengalami lebih kurang 40 peratus kekurangan doktor.


Keadaan semakin parah dengan keengganan mereka yang telah tamat pengajian mereka di luar negara untuk kembali berkhidmat di tanah air justeru ganjaran yang lebih memukau di sana. Walapun kerajaan pernah menawarkan ganjaran yang cukup tinggi sehingga menjangkau RM10 ribu namun tidak ramai yang berminat untuk pulang dan berkhidmat di negara sendiri.

Dalam membendung kekurangan ini, amalan mengambil doktor asing seperti yang dilakukan selama ini bukanlah satu langkah yang baik. Masalah komunikasi antara budaya yang berlaku antara doktor-doktor dari Myanmar, India, Pakistan dan seumpamanya dengan para pesakit sudah sering ditimbulkan.Selain daripada itu perbelanjaan yang cukup tinggi untuk menampung gaji mereka berbanding dengan doktor tempatan.

Sampai bila kita perlu bergantung harap kepada khidmat tenaga perubatan asing walaupun kita sebenarnya mampu melahirkan lebih ramai doktor di kalangan anak tempatan. Berbanding dulu, dengan bertambahnya bilangan universiti di negara ini yang menawarkan kursus perubatan dan separa perubatan, masalah kekurangan doktor tidak sepatutnya menjadi masalah lagi. Malah kecenderungan yang semakin bertambah di kalangan pelajar untuk memilih bidang perubatan juga petanda bahawa bilangan doktor di negara ini secara logiknya terus meningkat.

Dalam memenuhi tuntutan kepada keperluan doktor yang semakin mendesak kini berikutan pertambahan penduduk yang memerlukan rawatan khususnya di hospital-hospital milik kerajaan, langkah yang lebih proaktif perlu dilaksanakan segera.

Tumpuan perlu diberikan untuk meningkatkan bilangan pelajar dalam jurusan perubatan di peringkat universiti.Walaupun diakui perbelanjaan untuk menubuhkan dan menguruskan Fakulti Perubatan membabitkan jumlah wang yang jauh lebih besar daripada fakulti yang lain, kita sebenarnya tidak ada pilihan. Difahamkan, kerajaan perlu membelanjakan sekurang-kurangnya RM40 ribu setahun untuk melatih seorang pelajar perubatan. Membenarkan sektor swasta untuk menubuhkan sekolah perubatan mungkin alternatif yang ada namun sejauh mana ia dapat memberi peluang kepada mereka yang betul-betul berminat justeru kos pengajiannya yang sudah pastinya mahal.

Suka tidak suka sdal ganjaran dan insentif para doktor sewajarnya diberikan perhatian istemewa berbanding dengan profesion yang lain. Bahawa jangkamasa pengajian mereka yang lebih lama selain daripada kesukaran dan kegetiran yang mereka lalui sepanjang pengajian untuk melayakkan mereka menjadi seorang doktor adalah sebab utama untuk ganjaran yang lebih menarik.

Pihak kerajaan tidak perlulah berkira-kira sangat dalam menawarkan ganjaran yang lebih menarik untuk mereka seperti yang mereka perolehi sekarang. Justeru perkara yang sepatutnya menjadi keutamaan sekarang ialah memberi rawatan yang terbaik yang amat diperlukan oleh orang ramai sekarang.

Dengan nisbah satu orang doktor kepada 1,145 orang di hospital kerajaan sekarang sudah cukup untuk mencerminkan bahawa kekurangan doktor sebenarnya gawat. Sesekali mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar di poliklinik kerajaan, terdengar keluhan dan rintihan orang ramai yang terpaksa menunggu berjam-jam untuk mendapatkan rawatan doktor. Saya percaya fenomena ini turut berlaku di kebanyakan hospital dan klinik kerajaan di seluruh negara.

Kerajaan tidak perlu bertangguh-tangguh lagi dalam menangani krisis ini kerana dikhuatiri lebih ramai lagi doktor kerajaan yang akan berhijrah ke pusat perubatan swasta. Aspek kesihatan rakyat seperti juga pendidikan tidak sepatutnya dikorbankan ekoran dari masalah peningkatan kos pengurusan yang dicetuskan oleh kenaikan bahanapi sekarang.

Kerajaan perlu mengalihkan subsidi minyak yang dijimatkan kepada sektor perubatan swasta supaya lebih ramai rakyat yang tidak berkemampuan berpeluang menikmati rawatan yang lebih sempurna khususnya yang melibatkan keperluan tenaga perubatan pakar.

Selain daripada itu cadangan yang membolehkan pesakit yang perlu mendapatkan rawatan ulangan di klinik kerajaan agar dirujuk sahaja ke klinik swasta hendaklah diperhebatkan dan diperluaskan. Kerajaan boleh menanggung sepenuhnya kos perundingan dan perubatan untuk pesakit yang mendapatkan rawatan di klinik swasta.

Mengubah Sempadan Iman: Apresiasi Buku



Pada 3hb Januari lalu saya ke pejabat Pos UiTM dengan satu tujuan iaitu ingin mendapatkan buku bertajuk Travelog Haji:Mengubah Sempadan Iman. Dorongan untuk memiliki buku karya Prof Dr Kamil ini terbit setelah membaca kupasan demi kupasan yang cukup menarik dari mereka yang telah mula membacanya.Ternyata setelah menelusuri helaian demi helaian, pandangan mereka yang telah memabacanya tentang "keistemewaan"nya tidak mampu saya sangkal. Saya sendiri terpukau untuk terus membaca dan sekali gus mengutip pelbagai ilmu dan iktibar. Pengalamannya menunaikan Haji disampaikan dengan menarik sekali. Penuh jujur dan ikhlas, tanpa selindung. Saya berani mengatakan buku ini padat dan sarat dengan panduan yang tidak rugi untuk dimiliki bagi mereka yang sudah mendapat "surat jemputan" dariNya untuk menjadi tetamuNya.

Saya kagum dengan kejujuran dan keikhlasan Prof. Dr Kamil Jujur sejujurnya. Malah begitu berani mendedahkan segala kelemahan yang ada dalam diri. Cepat saya menangkap bahawa Prof memang berniat murni dengan tulisan dan coretan pengalamannya, lantas tidak segan silu menelanjangkan segala kekurangan yang dimiliki. Sesuatu yang jarang dilakukan oleh mana-mana penulis pun saya kira. Bagi saya tajuk "Mengubah sempadan Iman" dimanifestasikan secara langsung oleh Prof, lewat perubahan dalam diri sebelum dan selepas menunaikan rukun Islam kelima ini.

Bagi saya Prof. cuba memberi dimensi dan perspektif baru dalam menunaikan Haji namun masih dalam lingkungan tuntutan dan keredaan Ilahi. Mengerjakan ibadat ini tidak lagi harus dilihat dalam kepompong ritual tetapi menuntut lebih dari itu - pengabdian sepenuhnya kepadaNya dan hasilnya keredaanNya yang tidak ternilaikan yang dapat diterjemahkan dalam peningkatan Iman, kecintaan kepadaNya dan semakin rindu untuk mengabdikan diri padaNya. Maaf kalau saya gagal menjangkau apa yang bermain di fikiran Prof. sehingga tercetusnya sebuah buku yang saya tahu begitu laris di pasaran kini.

Pada saya, tidak ada mana-mana bab pun yang perlu dilangkau secara sengaja justeru nilai informasi dan ilmunya. Semuanya menarik dan penuh cerita dan pengajaran. Prof. pada saya berjaya untuk lari dari kebiasaan sebahagian besar penunai Haji yang lain, seperti yang digambarkan oleh Prof. untuk mengekang diri dari kegilaan "shopping", memilih untuk solat diMasjidil haram daripada sekadar solat di hotel,malah lebih selesa untuk tidak dihantar oleh rombongan sehingga ke Kelana Jaya sebagaimana lazimnya.

Sebenarnya terlalu banyak untuk dihamparkan akan keistemewaan buku Prof ini.
Namun ada dua perkara yang amat menarik hati saya, bila Prof kata semua orang boleh jadi malaikat dan wali Allah di bumi Mekah. Dakwaan Prof yang pada mulanya dimomokkan oleh jemaah haji yang lain sebenarnya tidaklah benar. Prof yang sentiasa positif dalam keinginannya membuktikannya sesiapa pun boleh jadi wali Allah sekiranya dia mahu. Pengalamannya membantu seorang lelaki tua dari Turki dalam kesesakan mencari jalan keluar begitu menyentuh perasaan. Amat menarik. Bacalah sendiri. Lepas ini nanti kita tidaklah lagi berasa hairan mendengar cerita jemaaah Haji yang pulang membawa cerita berjumpa seorang yang tiba-tiba membantunya dan terus pergi. Itulah kelebihan Prof melihat episod ini dari sudut yang lebih bermakna dan sekali gus menuntut sepenuh keyakinan kepadaNya.

Haji perlukan persediaan yang bukan sedikit. Hati, fizikal, emosi, rohani perlu dicanai, dicuci dan dibilas sebersih-bersihnya. Penyerahan hati dan jiwa yang kudus kepadanya dan komunikasi secara langsung kepadanya. Prof ternyata amat terus terang dan praktikal dalam doanya kepada yang Esa. Tidak percaya bacalah betapa Prof tidak lokek untuk berkongsi dengan pembaca tentang doa-doa yang dibacanya memohon bantuan Ilahi dalam memudahkan perjalanan Hajinya. Allah yang maha mengetahui itu tidak menuntut kita untuk berbahasa Arab ( sebagaimana lazimnya) kalau kita ikhlas mengadu kepadaNya. Ia bukan omong kosong. Bacalah buku ini dan lihatlah kebesaran Allah dan kekerdilan makhluknya.

Akhirul kalam, tidak rugi memiliki buku ini. Tahniah Prof kerana berjaya melahirkan buku yang sarat dengan pengajaran dan panduan serta paparan kebesaran Tuhan. Paling penting buku ini amat mesra pembaca. Baca dulu baru tahu. Saya baru selesai setelah sebulan membacanya, tetapi akan terus membacanya lagi.

Thursday, June 12, 2008

Solat Dhuha

Waktu mengerjakan solat Dhuha adalah satu jam setelah matahari terbit.Waktu afdalnya pula iaitu ketika sinar matahari kian panas berdasarkan sepotong hadis Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam. Rasulullah s.a.w. menjelaskan: “Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.” Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).

Justeru, waktu sedemikian eloklah dilaksanakan solat tersebut, apatah lagi pada saat itu badan memerlukan ‘rehat sebentar’ setelah penat bekerja. Maka disarankan juga sekiranya masa tersebut diisi sekadar empat hingga lima minit dengan sujud menyembah Ilahi sama ada di rumah atau di tempat kerja dengan syarat tidak mengetepikan perkara-perkara atau urusan yang wajib dan utama daripada yang sunat.

Diriwayatkan dari Abu Zar, bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda: "Dua rakaat solat dhuha mencukupi sedekah untuk seluruh badan manusia"

Niat Solat Dhuha



Sahaja aku mengerjakan sembahyang sunat dhuha dua rakaat kerana Allah Ta'ala

Bacaan yang dianjurkan Baginda s.a.w. selepas al-Fatihah, menurut hadis yang disampaikan oleh Uqbah bin Amir, ialah surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. (Riwayat al-Hakim)

Namun begitu, perkara (bacaan dalam solat) ini adalah sesuatu yang subjektif dan tidak statik. Maka tidak perlulah hanya terikat dengan kaifiat tertentu dan bacaan tertentu. Apa yang penting, solat tersebut diniatkan dengan betul, syarat-syaratnya dipenuhi dan rukun-rukunnya disempurnakan sebaik-baiknya.

Di antara doa yang baik dibaca selepas solat Dhuha ialah :



Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

Wednesday, June 11, 2008

Sanggupkah kita

Mandi air telaga
Bercahayakan pelita minyak tanah
Makan beras hancur
Lauk ikan kering
Sayur pucuk paku
Tanpa sarapan pagi
Kopi buatan sendiri
Macam cerita PRamlee
Tidor lantai kayu
Tanpa tilam empok
Tonggang basikal
Tukar baju setahun sekali
Rasa perit
Tanggung sengsara
Kongsi derita
Mereka yang terpinggir
Kais pagi Kais petang
Tidak ketentuan
Bahu yang memikul
Tak terubat dek pandangan mata

Lompat

Satu hari, seorang pilot telah di tugaskan untuk membawa 30 pesakit jiwa berpindah ke satu kawasan yang baru dengan menaiki kapal terbang yang akan di pandunya.

Pada keesokan hari, seperti yang dijanjikan juruterbang itu pun membawa 30 pesakit jiwa tersebut. 29 pesakit tersebut terlalu gembira dapat menaiki kapal terbang itu. Mereka semua melompat-lompat di dalam kapal terbang itu. Bagaimanapun cuma seorang pesakit sahaja yang hanya mendiamkan diri.

Tiba2 kapal terbang yang mereka semua naiki itu bergegar akibat 29 pesakit yang melompat-lompat itu. Pilot menjadi geram akibat perbuatan 29 pesakit itu. Dia tidak dapat mengawal kapal terbang yang bergegar itu. Pilot tersebut memanggil pesakit jiwa yg pendiam itu dan menyuruh supaya dia memberitahu kawan-kawannya supaya berhenti bermain.

5 minit kemudian, pilot itu mendapati kapal terbang kembali stabil. Pilot memangggil sekali lagi pesakit jiwa yang pendiam itu dan bertanya, "Kenapa semuanya boleh menjadi senyap dalam sekelip mata..? Apa yang kau bagi tau sama kawan-kawan kau itu?". Pesakit itu pun menjawab " Saya bagi tau kawan-kawan saya, kalau nak melompat pergi main kat luar!

Kongsi kegetiran harga minyak

CAKAP-cakap tentang harga minyak naik masih lagi kedengaran di sana sini. Merungut, mengomel, mengeluh, memberontak apatah lagi menyuarakan rasa geram dan berang dengan berdemonstrasi tidak akan menyelesaikan masalah. Cuma apa yang diharapkan tidak akan berlaku kesan rantaian ekoran kenaikan harga minyak.

Dalam kemelut ini pengguna akan terus menjadi mangsa yang tertekan dan terbelenggu sementara peniaga-peniaga akan terus mengaut keuntungan yang berlipat-lipat ganda. Jangan biarkan ini berlaku. Kerajaan yang diberi amanah oleh rakyat untuk mengurus negara perlu melakukan sesuatu yang paling terbaik dan berkesan untuk membanteras kegelojohan pihak yang mengambil kesempatan ini.

Kerajaan perlu tegas. Jangan bertindak bagai melepas batuk di tangga dan hangat-hangat tahi ayam sahaja. Pendapatan yang dibawa pulang setiap bulan tidak akan membawa makna apa-apa kalau kuasa beli pengguna semakin menyusut akibat diratah oleh peniaga yang tidak bertanggungjawab.

Rakyat mungkin boleh menerima kenaikan harga minyak tetapi tidak dengan kenaikan harga barang dan perkhidmatan yang lain. Dalam menangani krisis kenaikan harga minyak ini semua pihak perlu lebih bertanggungjawab dan tidak terlalu memikirkan keuntungan semata-mata.

Kegetiran dan kesengsaraan perlu dikongsi bersama. Rakyat terbanyak lebih-lebih lagi kalangan yang berpendapatan rendah tidak sewajarnya dibiarkan menggalas beban sendirian. Ringan sama dijinjing dan berat hendaklah sama dipikul.

Sekiranya kita pernah senang bersama-sama dahulu, kini bila kepayahan menimpa, sudah se- patutnya semua pihak tidak kira yang kaya mahupun yang miskin sama-sama merasai bahang panas dan tempias hujannya.

Semua pihak perlu malah amat dituntut untuk mengamalkan sikap tanggungjawab sosial lebih- lebih lagi dalam mengharungi keperitan harga minyak yang tinggi sekarang. Peniaga janganlah cuba menahan jerat di pergentingan dengan menaikkan harga barang keperluan harian sesuka hati.

Buanglah sikap untuk mengaut keuntungan besar ketika pengguna sebenarnya tidak punya banyak pilihan selain daripada terus membeli barang walaupun mahal harganya.

Rasional dan praktikalnya semua pihak perlu berkongsi menghadapi kegetiran ini bersama tanpa ada sesiapa pun yang terkecuali. Sama-samalah berganding bahu ibarat aur dengan tebing dan kikis sikap bak enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing!

Tuesday, June 10, 2008

I'm in charge!

All the organs of the body were having a meeting, trying to decide who was in charge. "I should be in charge", said the brain

, "because I run all the body's systems, so without me nothing would happen".

"I should be in charge", said the blood, "because I circulate oxygen all over, so without me you'd all waste away".

"I should be in charge", said the stomach, "because I process food and give all of you energy".

"I should be in charge", said the rectum, "because I'm responsible for waste removal".

All the other body parts laughed at the rectum and insulted him, so in a huff, he shut down tight.

Within a few days, the brain had a terrible headache, the stomach was bloated, and the blood was toxic.

Eventually the other organs gave in. They all agreed that the rectum should be the boss.

The moral of the story?

You don't have to be smart or important to be in charge ...

Saturday, June 07, 2008

Pertunangan

Petang ini menghadiri majlis pertunangan sepupu saya NurFasha di rumah datoknya. Tiba di rumahnya setelah semuanya selesai justeru hujan yang agak lebat menggendalakan perjalanan. Namun sempat juga menikmati juadah yang enak dan lazat lebih-lebih lagi gulai rebung masak lemak. Sha,24 kini bertugas diUTM sebagai pembantu penyelidik dan dalam rangka melanjutkan pengajian di peringkat sarjana. Ibunya yang juga ibu saudara saya telah tiga tahun meninggalkan sembilan orang anak yang masih membutuhkan kasih sayang, lebih-lebih lagi adik Sha yang bongsu yang berusia 4 tahun. Bapanya Musa, 50, seorang bekas askar begitu kental dan tabah membesarkan anak-anak yang rata-ratanya sedang belajar. Dengar khabar Sha akan meninggalkan alam gadisnya pada bulan Jun tahun depan. Sempat juga saya bersembang dengan Encik Yusof (datok Sha) yang pernah menjadi kawan paling rapat arwah bapa saya dahulu.Sebelum pulang sempat juga saya singgah menjenguk atok dan secara kebetulan ada tok usu yang datang untuk bersembang dengan atok. Tok Usu amat berminat berbicara tentang politik dan dalam banyak hal beliau tidak pernah sebulu dengan kerajaan. Beliau dianggap jaguh politik kedai kopi di kampung.


Jimat MInyak

Dalam menangani kemelut kenaikan harga minyak sekarang, beberapa langkah penjimatan dirasakan amat perlu. Selain daripada mengurangkan perjalanan, beralih ke kenderaan yang berkuasa kuda lebih rendah, berkongsi kereta, menggunakan pengangkutan awam, langkah-langkah yang tidak pernah pun kita terfikirkan selama ini mungkin juga boleh dilakukan. Kesannya penggunaan tenaga bahan bakar akan jimat sepenuhnya malah membantu kepada kebersihan alam sekitar.

Friday, June 06, 2008

Minyak lagi

Masih lagi berbicara tentang minyak justeru sana sini orang ramai masih memperkatakannya. Saya membaca Utusan Malaysia hari ini dan amat bersetuju dengan pandangan yang diluahkan oleh seorang pembaca Mohamad Radzwill Abdullah dari Kuala Lumpur.Antara lain beliau menyentuh tentang kerakusan para peniaga yang sentiasa ingin mengaut untung besar di atas kesengsaraan rakyat. Tiada langsung tanggujawab sosial. Asyik nak fikir untung besar sahaja.

KENAIKAN harga petrol sebanyak 78 sen seliter dan harga diesel sebanyak RM1 seliter amat tidak dijangkakan.

Di muka hadapan Utusan Malaysia bertarikh 4 Jun 2008 terpampang bahawa minyak hanya akan dinaikkan pada bulan Ogos 2008, maka berita pengumuman kenaikan harga minyak pada lewat petang hari yang sama sungguh di luar jangkaan.

Umumnya tidak boleh dinafikan harga pasaran minyak dunia naik mendadak. Nasihat Perdana Menteri agar rakyat mengubah cara hidup itu baik dan benar. Kita harus mengasimilasikan kehidupan agar terbiasa dengan ketiadaan elektrik dan gas.

Penduduk yang tidak langsung merasai kesan adalah penduduk kampung di pedalaman. Mereka ini hanya menggunakan air perigi dan air sungai, hidup berbekalkan api pelita, bergerak menggunakan basikal dan berkomunikasi hanya dengan jiran-jiran terdekat.

Kini penduduk bandar perlu berbelanja hanya perlu. Selain dengan kenaikan harga minyak pada hari ini, kerajaan akan menaikkan tarif elektrik pula pada 1 Julai.

Pada beberapa bulan yang lepas, harga makanan ruji rakyat Malaysia iaitu beras telah dinaikkan. Semuanya telah meningkat dan peningkatan harga-harga barang komoditi lain dijangka turut meningkat.

Beruntung di Malaysia, kerajaan tidak berhadapan dengan kerenah rakyat yang memeningkan. Di serata dunia, di Amerika Syarikat, Amerika Selatan, Britain, Eropah, Indonesia dan lain-lain, rakyatnya melakukan mogok dan perhimpunan membantah kenaikan harga minyak.

Walaupun kita mengetahui tiada hasil akan perilaku sebegitu, namun ia akan memberi satu tekanan kepada kerajaan agar sentiasa memikirkan nasib rakyat kebanyakan.

Tetapi di Malaysia, rakyat menyambut kenaikan harga minyak dengan beratur panjang di stesen-stesen minyak untuk memenuhi tangki-tangki kenderaan mereka. Kayalah pengusaha stesen minyak kelmarin. Dan hari ini semakin kayalah mereka.

Dahulu, kerajaan sering kali membandingkan harga minyak tempatan dengan negara-negara jiran. Bahawa harga minyak tempatan jauh lebih murah dari harga minyak di negara-negara lain.

Walaupun harga barang-barang mentah mereka lebih mahal namun harga barang siap (finished good) mereka jauh lebih murah dari Malaysia.

Contohnya di Indonesia, memang benar harga petrol, gas dan tepung mereka lebih mahal dari Malaysia namun kebijaksanaan kerajaan mereka menyebabkan harga barang-barang diproses atau barang-barang siap mereka jauh lebih murah dari Malaysia seperti kereta, ubat gigi, makanan dalam tin, berus gigi, sabun mandi, meja, kerusi dan komputer.

Ini menunjukkan walaupun harga petrol mereka mahal, tetapi ia diimbal balik dengan murahnya harga-harga barangan gunaan pengguna.

Walhal di Malaysia, barangan siap sungguh mahal sekali, dicampur dengan kenaikan harga petrol kali ini dan kenaikan tarif elektrik pada Julai nanti, kehidupan di negara ini adalah mungkin di luar kemampuan rakyat jelata.

Kerajaan diharap dapat prihatin dengan situasi yang menimpa rakyat kebanyakan. Majoriti rakyat Malaysia adalah bukan terdiri daripada jutawan, Datuk, Tan Sri, ahli-ahli korporat, putera-putera raja yang mungkin alah biasa tegal biasa dengan kenaikan 78 sen harga minyak.

Majoriti rakyat Malaysia terdiri daripada mereka yang terpaksa mempunyai dua atau tiga kerja untuk menampung sara hidup keluarga mereka.

Dengan kenaikan harga barang-barang mentah, diharap kerajaan berusaha menurunkan harga barang-barang siap agar dapat meringankan beban rakyat jelata.
Terfikir juga saya dengan harga minyak yang begitu tinggi sekarang, saya berbelah bagi sama ada untuk terus belajar lagi kerana berulang alik dari Segamat ke JB tentunya semakin mahal sekarang!

Thursday, June 05, 2008

Definitions


Cigarette : A pinch of tobacco rolled in paper with fire at one end and a fool on the other.

Lecture : An art of transferring information from the notes of the Lecturer to the notes of the students without passing through the minds of either.


Conference : The confusion of one man multiplied by the number present.

Compromise : The art of dividing a cake in such a way that everybody believes he got the biggest piece.
Tears : The hydraulic force by which masculine will-power is defeated by feminine water power.

Divorce : Future tense of marriage .
Conference Room : A place where everybody talks, nobody listens and everybody disagrees later on.
Classic : A book which people praise, but do not read.
Smile : A curve that can set a lot of things straight.
Office : A place where you can relax after your strenuous home life.

Yawn : The only time some married men ever get to open their mouth..

Etc. : A sign to make others believe that you know more than you actually do.

Committee : Individuals who can do nothing individually and sit to decide that nothing can be done together.
Experience : The name men give to their mistakes.
Atom Bomb : An invention to end all inventions.
Philosopher : A fool who torments himself during life, to be spoken of when dead.
Diplomat: A person who tells you to go to hell in such a way that you actually look forward to the trip.
Opportunist : A person who starts taking a bath if he accidentally falls into a river.
Optimist : A person who while falling from the Eiffel tower says midway "See I am not injured yet."
Miser : A person who lives poor so that he can die rich.
Father : A banker provided by nature.

Criminal : A guy no different from the rest .except that he got caught.

Boss : Someone who is early when you are late and late when you are early.
Politician : One who shakes your hand before elections and your confidence after
Doctor : A person who kills your ills by pills, and kills you with his bills.

Tuesday, June 03, 2008

Telinga

Johan dilahirkan tanpa kedua telinganya, tetapi walaupun cacat dia berjawatan tinggi di sebuah bank.Dia sangat marah kalu ada orang yang mempersoalkan tentang telinga.
Satu hari dia mahu mengambil kerani baru dan tiga orang disenaraipendek untuk sesi temuduga.Calon pertama seorang lelaki yang mempunyai penampilan yang baik.
Diakhir temuduga, Johan bertanya satu soalan kepada lelaki itu.

"Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?"
"Ya, tapi minta maaf kalau saya kata tuan tak ada telinga, macam ayam" jawab lelaki itu dengan jujur.Merasa terhina dengan jawapan itu, Johan mengusirnya keluar dari pejabat.

Calon kedua ialah seorang perempuan yang berpengalaman bekerja di bank hampir 5 tahun.Dia lebih baik dari calon pertama tadi. Di akhir sesi temuduga, Johan bertanya soalan yang sama ditanya pada calon pertama."Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?"
"Ya ...saya heran bagaimana tuan boleh mendengar saya dengan baik, sedangkan tuan duduk jauh dari saya." puji perempuan itu.

Sebaik mendengar jawapan dari perempuan itu, Johan berang dan menghalaunya keluar. Calon terakhir adalah yang terbaik, walaupun masih muda dia telah bekerja lebih 8 tahun di bank. Selain bijak dia juga tampan dan bergaya.Seperti calon terdahulu Johan bertanya soalan serupa."Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?"
"Ya. Awak pakai contact lens," jawab pemuda itu menahan perasannya dari tergelak.

Walaupun terkejut, Johan gembira dengan jawapan pemuda itu. Dia hairan kerana pemuda itu sangat teliti dan dapat melihatnya memakai contact lens walaupun mereka duduk agak jauh.
"Bagaimana awak tau" tanya Johan lagi.

Pemuda itu tidak dapat lagi menahan gelihatinya lalu ketawa besar hingga jatuh terguling-guling sambil berkata,"Dah tentu tuan tak boleh pakai cermin mata sebab tuan tak ada telinga, nak sangkut kat mana". Katanya dengan deraian ketawa.

Monday, June 02, 2008

Perkenalan

Saya dijemput oleh Pak Jalil (Lim Kit Siak) ke rumahnya di Buluh Kasap untuk majlis merisik anak gadis sulungnya. Atikah yang masih belajar di Tingkatan Enam Rendah khabarnya mengenali jejaka dari Palong ini secara tidak sengaja. Yusri dikatakan tersalah menghantar SMS kepada nombor telefon bimbit yang dimiliki oleh Tikah. Lalu disitulah bermulanya perkenalan yang membawa kepada risikan dari pihak lelaki. Di zaman teknologi yang serba canggih sekarang, perkenalan antara pasangan nampaknya sudah jauh berubah daripada dulu. Kalau dulu perkenalan antara adam dan hawa diaturkan oleh ibu bapa, kini masing-masing sudah pandai bertindak mencari pasangan sendiri. Kemudahan teknologi komunikasi memungkinkan segala-galanya. Telefon bimbit menjadi penjalin paling efektif dan pantas. Laman-laman sembang di ruang siber juga menambah kepada peluang yang ada. Namun, kita perlu waspada dan lebih hati-hati kerana perkenalan dan hubungan maya adakalanya penuh penipuan. Baguslah, Tikah dan Yusri mengambil tindakan yang betul. Berjumpa secara "live" dan berestukan orang tua. Hasil perundingan, majlis pertunangan bakal menyusul awal tahun depan. Tidak lama selepas itu Lim Kit Siak bakal menimang cucu pula dan pastinya berkongsi kegirangan dengan Puan Ramlah isterinya.

Sunday, June 01, 2008

Pertemuan

Musim cuti sekolah amat sinonim dengan majlis perkahwinan mahu pun pertunangan. Belum pun hilang penat menghantar rombongan pengantin lelaki ke Kota Tinggi hujung minggu lepas, hujung minggu ini saya sanak saudara berkampung pula di Temerloh di rumah pihak lelaki. Dua hari dua malam di Temerloh walaupun agak meletihkan tetapi menyeronokkan. Sesampainya di rumah Pak Andak kira-kira jam 9 malam, Mak Andak terus mempelawa kami makan. Mak Andak memang tahu kesukaan kami. Gulai ikan patin masak tempoyak membuka selera kami semua yang sedang lapar. Bandar Temerloh memang terkenal dengan ikan patinnya. Keesokannya kami semua bekerja keras menyediakan apa yang patut. Pengalaman menyaksikan sendiri seekor kerbau di sembelih amat menarik dan tidak mungkin dapat dllupakan. Kemahiran mereka yang ditugaskan untuk melapah juga turut menarik perhatian. Selepas Isyak kami semua sama-sama mencincang daging-daging untuk dimasak buat jamuan.
Saya perlu mengakui bahawa kari daging kerbau tidak seenak daging lembu. Namun masakan umbut lemak putih amat menyelerakan ditambah pula dengan goreng ikan masin talang. Saat untuk berpisah setelah bermesra dan bergurau senda dengan sanak saudara tentunya memilukan. Saya lihat ada yang tidak mampu menahan genangan air mata, lebih-lebih lagi emak, atok dan Mak Andak. Mereka ada cerita sedih barangkali. Tidak dapat saya menjangkakan bilakah kami sanak saudara akan berkumpul begini lagi. Adakah atok Dolah, 88 tahun masih punya kesempatan untuk bersama meraikan cucu cicitnya yang lain. Atok Dolah, Atok Uda sudah semakin uzur.Sempat juga kami bergambar sebagai tanda kenangan abadi yang tidak akan dilupakan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails