Skip to main content

Muka

Majlis perkahwinan memang tidak tentu bulan musim sekarang. Tidak keterlauan dikatakan bahawa sepanjang tahun adalah musim perkahwinan kecuali bulan puasa. Lazimnya musim cuti sekolah menjadi pilihan ibubapa untuk melangsungkan perkahwinan anak mereka. Kini, di hujung minggu pun majlis perkahwinan mula menjadi amalan biasa.

Hari ini saya menghadiri satu majlis perkahwinan di Gemenceh. Seperti juga jemputan lain yang pernah saya datangi sebelum ini, sajian makanan memang mewah. Bukan luar biasa sekarang, untuk melihat enam atau tujuh jenis lauk yang menunggu untuk dijamu oleh para jemputan. Kalau dulu cuma nasi putih sahaja, kini ada nasi jagung, nasi minyak dan pelbagai versi nasi lagi sebagai pilihan. Ini ditambah pula dengan pelbagai jenis pembasuh mulut; buah-buahan dan juga bubur.

Di Gemencheh ini, saya melihat ada pondok khas yang menyediakan aneka jenis minuman. Ada cendol, ada katira, ada air kelapa, air tebu dan pelbagai lagi. Saya memilih cendol.

Timbul persoalan: mewah atau membazir. Kita memang mewah dengan makanan. Namun adakalanya kemewahan akan membawa kepada ketamakan dan akhirnya membazir. Beginilah yang sering berlaku. Teruja dengan pelbagai jenis lauk, semuanya akan dikaut masuk ke dalam pinggan. Nampak ketamakan di situ. Akhirnya baru sedar bahawa semuanya tidak mampu untuk dihabiskan dan berlakulah pembaziran. Saya kira tidak kurang ada antara kita yang didorong rasa ingin menambah lagi namun melupakan hasrat itu, dikhuatiri akan dilihat sebagai tamak dan "buruk makan" dalam majlis orang ramai.

Saya melihat ada sesuatu yang wajar untuk diubah. Ia tentang menjaga "air muka" bukan sahaja di pihak tuan rumah tetapi juga para jemputan. Demi menjaga air muka dan takut  dicap sebagai kedekut kerana menyediakan juadah setakat ala kadar sahaja, tuan rumah sanggup "berhabis" sehingga berbelanja di luar kemampuan. "Kat mana nak letak muka mak nanti, kalau orang kata jemputan kita cuma ada tiga jenis lauk aja". Di pihak jemputan pula, justeru malu dianggap gelojoh, sampai pula segan untuk meminta lagi.

Rasanya tidak salah untuk "tebal muka" dan lupakan sejenak soal ingin jaga "air muka" demi meyelamatkan pembaziran makanan yang tidak sepatutnya berlaku!

Pena Tumpul - Suka kuih seri muka

Comments

Popular posts from this blog

Pahat

O rang tua-tua selalu mengingatkan kita, kalau hendak berjaya jangan sama sekali bersikap seperti pahat dengan penukul. Sikap pahat yang hanya akan berkerja apabila diketuk sebenarnya banyak berlaku dalam kehidupan seharian kita. Kebijaksanaan silam itu mahu memberitahu kita bahawa dalam apa kerja sekalipun, desakan atau keterpaksaan tidak akan menjanjikan kejayaan. Apabila membuat kerja apabila dipaksa, maka selamanya kita memerlukan ``ketukan'' supaya sekian banyak ``pahat'' membuat kerja masing-masing. Adakalanya Haziq juga bagai pahat. Saya pula penukul. Mahu diketuk selalu. Perlu juga sering diingatkan disuruh. untuk buat itu dan ini, walaupun apa yang perlu dibuat itu sebenarnya tidak perlu sampai disuruh pun. Kebanyakannya adalah rutin yang sudah sering sangat dilakukan. Mengulangkaji pelajaran misalnya tidaklah sampai perlu diulang-ulang diberitahu untuk melakukannya. Ia adalah kewajipan seorang pelajar kalau ingin berjaya. Sekali disuruh, sekali d

Seluar

S eorang Ustaz berkongsi ilmu yang tidak pernah saya tahu sebelum ini. Pada mulanya agak sukar untuk menerima kebenarannya. Macam tidak nampak logiknya. Pun begitu, mengambil kira kapasitinya sebagai seorang Usataz yang berkredibel, saya memilih untuk mempercayainya malah berhasrat untuk meninggalkan yang tidak sepatutnya dibuat. Saya percaya selama ini ramai antara kita yang sudah sangat biasa memakai seluar sambil berdiri. Tidak wajar dilakukan sebenarnya. Kata Ustaz, kita sepatutnya pakai seluar sambil duduk. Macam ganjil bunyinya. Namun, amalan memakai seluar sambil berdiri ini adalah salah satu faktor yang menyumbang kepada kemiskinan dalam hidup seseorang. Selain itu, kata Uztaz ada beberapa lagi amalan yang sudah biasa kita lakukan tanpa kita ketahui dan sedari juga penyebab mengapa rezeki kita tidak murah. Antaranya ialah makan dalam keadaan berjunub, pakai serban ketika duduk, dan menjahit pakaian pada badan. Ada lagi kata Ustaz. Kita jangan cepat meninggalkan tempat se

Cengkerik

P etang ini hasrat untuk memancing hampir terbantut gara-gara gagal mendapatkan cengkerik. Seluruh Segamat kehabisan cengkerik. Serangga ini mendadak naik permintaannya selepas banjir. Ia menjadi buruan kaki pancing. Cengkerik biasanya dijual dengan harga seringgit untuk 25 ekor. Agak mahal. Makanannya cuma kertas sahaja. Rasanya kalau ternak cengkerik sekarang, pulangannya pasti tidak mengecewakan. Dalam keadaan permintaan melebihi penawaran, rasanya penjual cengkerik boleh buat duit dengan menaikkan harganya. Seingat saya berpuluh tahun dahulu cengkerik bukanlah umpan untuk memancing. Tidak pernah digunakan pun. Ketika itu umpannya tidak lain kecuali cacing. Ia mudah didapati dan tidak perlu dibeli pun. Pergi bawah rumah atau tanah yang agak lembab, cangkul dan gali. Pastinya berpuluh-puluh ekor cacing boleh dikumpulkan. Pada mulanya agak geli juga untuk memegangnya. Namun lama kelamaan, alah bisa tegal biasa. Joran yang digunakan pun tidaklah secanggih sekarang. Cuma buluh. Keluar w