Skip to main content

Cari

"Ketahuilah, bahawa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah di antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya menggagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering, dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur; Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras (berat), dan keampunan dari Allah serta keredhaanNya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu."
                                                                                                (Surah al-Hadid: 20)

Pagi-pagi seperti selalunya sejak beberapa tahun lalu kita akan bangun dan bersiap-siap untuk pergi ke tempat kerja. Kalau di kota-kota besar seperti Kuala Lumpur, ada yang bangkit seawal empat pagi dan kemudiannya bergegas ke perhentian bas untuk meloloskan diri dari perangkap kesibukan kota sekiranya bangun lewat dari waktu itu. Kalau di desa pula, sebelum ayam berkokok lagi, yang menoreh akan bergegas ke kebun getah, nelayan akan bergesa ke sungai atau ke laut dan petani pula akan ke kebun atau ke sawah bendang. Begitulah yang berlaku setiap hari.

Apa yang kita cari sebenarnya? Kalau yang bekerja, jelas tentunya wang yang dicari. Kata orang, ada wang semua boleh jadi. Dengan wang juga kita boleh melunaskan impian kita. Justeru, selalu dipasakkan pada telinga anak-anak yang masih bersekolah, supaya belajar rajin-rajin dan kemudian dapat kerja yang baik-baik dan memberikan pulangan wanag yang banyak. Pendidikan sering dijadikan mobiliti untuk merubah hidup yang susah kepada senang. Maka, wang akan diburu kerana ia adalah simbol kesenangan.  

Tidak salah mencari wang dan mengumpul kekayaan sebanyak mana pun. Namun berulang-ulang kali Allah mengingatkan kita bahawa wang dan kedudukan boleh menjerumuskan kita ke lembah bahaya kalau kita tidak berhati-hati dengannya. Harta dan pangkat memang kesenangan dunia, begitu juga dengan wanita, anak-anak. Adakalanya, tanpa kita sedari, kita telah menjadikan kesenangan itu sebagai berhala. Kita menyembah wang, jawatan, pujian, kehormatan dan banyak lagi seumpamanya.

Benar, kita memang sudah terlepas dari terjebak dengan berhala-hala besar. Kita tidak menyembah patung dan tidak juga pergi ke bomoh. Namun, kita masih sangat mudah untuk terjebak dalam syirik-syirik kecil sebenarnya!

Pena Tumpul - Cari untuk cukup makan sahaja                                                                                         
      

Comments

Popular posts from this blog

Pahat

O rang tua-tua selalu mengingatkan kita, kalau hendak berjaya jangan sama sekali bersikap seperti pahat dengan penukul. Sikap pahat yang hanya akan berkerja apabila diketuk sebenarnya banyak berlaku dalam kehidupan seharian kita. Kebijaksanaan silam itu mahu memberitahu kita bahawa dalam apa kerja sekalipun, desakan atau keterpaksaan tidak akan menjanjikan kejayaan. Apabila membuat kerja apabila dipaksa, maka selamanya kita memerlukan ``ketukan'' supaya sekian banyak ``pahat'' membuat kerja masing-masing. Adakalanya Haziq juga bagai pahat. Saya pula penukul. Mahu diketuk selalu. Perlu juga sering diingatkan disuruh. untuk buat itu dan ini, walaupun apa yang perlu dibuat itu sebenarnya tidak perlu sampai disuruh pun. Kebanyakannya adalah rutin yang sudah sering sangat dilakukan. Mengulangkaji pelajaran misalnya tidaklah sampai perlu diulang-ulang diberitahu untuk melakukannya. Ia adalah kewajipan seorang pelajar kalau ingin berjaya. Sekali disuruh, sekali d

Seluar

S eorang Ustaz berkongsi ilmu yang tidak pernah saya tahu sebelum ini. Pada mulanya agak sukar untuk menerima kebenarannya. Macam tidak nampak logiknya. Pun begitu, mengambil kira kapasitinya sebagai seorang Usataz yang berkredibel, saya memilih untuk mempercayainya malah berhasrat untuk meninggalkan yang tidak sepatutnya dibuat. Saya percaya selama ini ramai antara kita yang sudah sangat biasa memakai seluar sambil berdiri. Tidak wajar dilakukan sebenarnya. Kata Ustaz, kita sepatutnya pakai seluar sambil duduk. Macam ganjil bunyinya. Namun, amalan memakai seluar sambil berdiri ini adalah salah satu faktor yang menyumbang kepada kemiskinan dalam hidup seseorang. Selain itu, kata Uztaz ada beberapa lagi amalan yang sudah biasa kita lakukan tanpa kita ketahui dan sedari juga penyebab mengapa rezeki kita tidak murah. Antaranya ialah makan dalam keadaan berjunub, pakai serban ketika duduk, dan menjahit pakaian pada badan. Ada lagi kata Ustaz. Kita jangan cepat meninggalkan tempat se

Cengkerik

P etang ini hasrat untuk memancing hampir terbantut gara-gara gagal mendapatkan cengkerik. Seluruh Segamat kehabisan cengkerik. Serangga ini mendadak naik permintaannya selepas banjir. Ia menjadi buruan kaki pancing. Cengkerik biasanya dijual dengan harga seringgit untuk 25 ekor. Agak mahal. Makanannya cuma kertas sahaja. Rasanya kalau ternak cengkerik sekarang, pulangannya pasti tidak mengecewakan. Dalam keadaan permintaan melebihi penawaran, rasanya penjual cengkerik boleh buat duit dengan menaikkan harganya. Seingat saya berpuluh tahun dahulu cengkerik bukanlah umpan untuk memancing. Tidak pernah digunakan pun. Ketika itu umpannya tidak lain kecuali cacing. Ia mudah didapati dan tidak perlu dibeli pun. Pergi bawah rumah atau tanah yang agak lembab, cangkul dan gali. Pastinya berpuluh-puluh ekor cacing boleh dikumpulkan. Pada mulanya agak geli juga untuk memegangnya. Namun lama kelamaan, alah bisa tegal biasa. Joran yang digunakan pun tidaklah secanggih sekarang. Cuma buluh. Keluar w