Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2011

Perhati

Adakalanya kita tidak puas dan tidak juga rasa gembira dengan apa yang kita ada. Bila melihat orang lain memiliki sesuatu yang kita tidak ada, kita selalu mengimpikan alangkah baiknya kalau kita juga memiliki seperti apa yang mereka miliki. Kita mula membuat perbandingan. Ini memang biasa berlaku. Tanpa kita ketahui barangkali, mereka pula tidak puas dengan apa yang mereka ada dan juga turut mengimpikan alangkah baiknya kalau mereka memiliki apa yang kita miliki.

Seorang petani di tengah sawah memerhatikan sebuah kereta mewah yang dipandu oleh seorang lelaki yang gayanya seorang hartawan. Dia nampak seorang wanita cantik di sebelah lelaki itu pastinya isteri lelaki itu dan juga seorang budak perempuan di belakangnya. Dia mula membayangkan betapa beruntungnya lelaki itu yang memiliki kehidupan yang mewah begitu. Dia membandingkan dirinya dan diri lelaki itu. Dia melihat kekurangan dalam dirinya. Dia melihat kehidupannya yang serba susah. Membanting tulang empat kerat untuk menyara kehi…

Kalau

Kalau Rasullulah bersama kami. Menarik. Radio Ikim membicarakannya pagi ini. Malah mendengar lagu Lau Kana Bainana juga cukup menghiris perasaan. 

Ada yang mempertikaikan bolehkah kata "kalau" itu digunakan lebih-lebih lagi dalam konteks membayangkan kalaulah Baginda bersama kita.
Ustaz menjelaskan perkataan ‘kalau’ ada kalanya baik (dibolehkan malahan digalakkan), dan adakalanya dilarang syarak. Penggunaan perkataan  "kalau" yang dilarang ialah apabila berlaku sesuatu yang buruk atau nasib malang bagi seseorang, lalu dia pun berkata: “Kalau aku tak buat, takkan jadi macam ni…”, dan seumpamanya. Tanpa sedar memang kita sering mengungkapkan "kalau" dalam setiap kejadian yang berlaku. Penggunaan kalau seperti ini adalah amalan syaitan dan dilarang keras kita menggunakannya. Kita bagai menolak ketentuanNya

Manakala penggunaan ‘kalau’ yang dibolehkan ialah menggunakannya untuk mengajarkan ilmu, atau kebaikan, atau untuk bercita-cita untuk mendapatkan suatu …

Ayam

Sudah lama benar rasanya tidak makan ayam kampung. Nama sahaja duduk di kampung namun ayam di pasar juga yang menjadi pilihan. Lagi pun bukan mudah untuk mendapatkan ayam kampung sekarang. Macam sudah pupus. Tidak ramai yang membela ayam kampung sekarang. Ayam kampung perlu lepas bebas untuk mencari makannya sendiri. Ia tidak boleh dikurung seperti ayam bandar (?) Ada ke ayam bandar? Namun bila dibiarkan bebas pula, ayam-ayam ini akan menceroboh ke laman-laman rumah jiran dan ini bukanlah disukai. Ini adalah salah satu sebab mengapa ayam kampung tidak banyak dibela macam dulu.

Bila bercakap fasal ayam kampung, ingatan pastinya mengimbau sewaktu kecil-kecil dulu di zaman sekolah rendah. Kalau balik ke kampung atuk, gulai ayam kampung cili api masak lemak kuninglah menu paling istemewa dari arwah atok Senah. Gulai makin tambah sedap bila atok masak guna dapor kayu. Dimakan pula dengan pucuk ubi di celur air panas dan di cicah dengan sambal belacan. Memang sedap menikmatinya! Tetapi sebel…

Penting

Hafiz memiliki sebuah buku cerita baru yang dibelikan oleh ayahnya. Gembira betul dia. Pun begitu di usia empat tahun, dia cuma mampu menikmati gambar-gambar yang dipaparkan sahaja. Ayahnya menyuruhnya mendapatkan ibunya untuk membacakan cerita untuknya. Ibunya yang kelihatan agak letih nampak tidak begitu sangat bersedia untuk memenuhi permintaan anaknya itu. 
Saya lihat ibunya hampir mahu merebahkan badannnya di kerusi malas bila Hafiz kata, "Ibu, bacakan cerita"
Dalam nada suara yang tidak bermaya, saya dengar ibunya menjawab, " Piz, ibu penat ni. Lain kali ibu baca ok". Saya tahu Hafiz kecewa kerana ibunya tidak memenuhi permintaannya itu. Dia berlalu pergi dan membawa diri ke biliknya dan tidak keluar-keluar lagi sehinggalah saya balik. Dia merajuk barangkali.  Namun, apakan daya ibunya memang letih dan perlu berihat. Pun begitu, sebagai seorang ibu saya melihat walau penat macam mana sekalipun kehendak anak tidaklah elok untuk dihampakan. Hati anak kecil bagaika…

Benam

Di corong radio pagi ini saya dengar seorang pakar motivasi berbicara tentang perlunya pasangan suami isteri merendahkan ego masing-masing. Malah lebih baik lagi dibenamkan dalam-dalam. Saling tegur menegur dan menerima pandangan secara terbuka. Kalau salah tidak teragak-agak untuk mengakuinya. 

Dia turut berkongsi cerita yang amat menarik untuk dijadikan iktibar. Kisah sepasang suami isteri warga emas yang singgah makan di sebuah restoren di pekan Ketoyong.. Seusai makan, mereka meneruskan perjalanan. Setelah 40 minit perjalanan,si isteri sedar yang dia telah teringgal kacamatanya di warong itu. Si isteri meminta suaminya agar berpatah balik. Permintaannya dipenuhi namun si suami tidak berhenti-henti merungut dengan muka masam mencuka. Mulutnya tidak berhenti mengomel sedang sang isteri hanya memetukan diri tanpa sepatah perkataan pun. Dia sedar kecuaian dan kesalahannya.



Sesampai semula di warong itu, si isteri terus meluru masuk ke restoran itu. Tiba-tiba dia dengar suaminya menjeri…

Nasi

Saya menghadiri majlis perkahwinan tengahari ini. Isteri saya senyum lebar. Dia tahu yang dia tidak perlu masak hari ini. Begitulah selalunya. Seperti lazimnya, jamuan perkahwinan begini memang mewah dengan makanan.

Namun ada sesuatu yang tidak suka sangat saya lihat bila makan kenduri kahwin. Pembaziran makanan kerana gagal merancang. Ada segelintir yang meninggalkan sisa-sisa makanan di dalam pinggan. Ia sepatutnya boleh dihabiskan kalau kita tahu kemampuan kita untuk menghabiskannya. Seeloknya kalau kita cuma mampu makan sedikit ambillah sedikit. Tidak perlulah teruja sangat dengan lauk yang tersaji di depan mata kalau perut berkata tidak.

Saya sengaja ke belakang rumah dan menyaksikan longgokan pinggan-pinggan yang masih sarat dengan saki-baki nasi dan lauk yang sebenarnya memang layak untuk di makan pun. Saya teringat kepada gambar yang memaparkan seorang gadis kecil yang hampir mati kelaparan, manakala di belakangnya kelihatan seekor burung pemakan bangkai yang menanti dengan …

Cicak

Ketika baring-baring bersama Hafiz, saya lihat perhatiannya bertumpu kepada dua ekor cicak di siling. Hafiz memang suka bertanya. Adakalanya soalan yang diajukan tidak dijangka pun. Dan, untuk itu saya perlu cukup ilmu untuk menjawabnya.

Dia tidak bertanya mengapa cicak mampu melekap di siling dan bergerak pantas seolah-olah ada gam yang melekat pada kakinya, walaupun sesekali cicak ini akan jatuh ke lantai juga. Dia cenderung hendak tahu apa yang cicak makan untuk hidup. Saya tidak perlu bersusah untuk menjawabnya kerana sekonyong-konyong dia nampak salah seekor cicak itu menyambar serangga kecil di depan matanya.

Hafiz hairan kenapa serangga itu yang menjadi makanan cicak. Memang aneh pun kalau difikirkan. Cicak menjadikan serangga yang boleh terbang. Lalat, kumbang kecil dan lain-lain yang mempunyai kepak. Kalau difikirkan secara logik, mana mungkin cicak yang hanya ada kaki yang melekap di dinding dan di syiling itu mampu ‘memburu’ mangsanya yang boleh terbang. Tentulah begitu…

Penipuan

Informasi ini singgah di kantung email saya. Ia amat menarik malah cukup berfaedah untuk dikongsi. Persoalan sama ada maklumat ini benar atau sebaliknya tidaklah penting sangat kerana hakikatnya memang itu pun yang berlaku. 

Dalam soal makanan misalnya bijak sungguh Yahudi memperdayakan kita umat Islam. Mereka suruh kita minum susu lembu buatan mereka, tetapi mereka minum susu kambing, mereka minum apa yang diminum oleh Nabi kita Muhammad SAW.Mengapa kita tidak ikut nabi kita, kita ikut orang Yahudi tapi ternyata mereka mengikut apa yg nabi kita makan dan minum.
Selain itu, kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para kafir ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman.  Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sebab hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan, jadi kepekatan …

Dendam

Di corong radio pagi ini, saya dengar seorang Ustaz berkisah tentang dendam. Menariknya Ustaz ini, pasti ada cerita menarik yang dikongsi bersama pendengar sebagai suntikan semangat. Memang sebagai insan, semangat kita bagai air sungai ada pasang dan surut.Perlu di jana selalu.
Dendam ini pelbagai dimensinya. Selalunya dendam itu konotasinya negatif. Dari dendam biasa-biasa menjalar kepada dendam kesumat yang membara. Selagi dendam tidak berbalas selagi itulah rasa dendam akan terus bersarang di dada. Perasaan akan kembali tenang dan sakit hati akan terubat andai dendam sudah dilangsai. Begitulah dendam dalam perspektif yang lazimnya berlaku. 

Pun begitu. dendam itu ada dimensi positifnya juga. Dendam begini tidak menjana dendam membara sehingga merosak diri dan rasa tetapi sebaliknya menjulang diri ke tahap tinggi. Ustaz bercerita satu kisah benar.   Bagaimana bila seseorang itu rasa amat terhina, lalu dia berazam mengubah kehidupannya dengan melanjutkan pelajaran, ke peringkat yang …

Malang

Saya selalu mengimpikan bahawa tiada satu nyawa pun yang diragut sia-sia di musim perayaan. Saya sedar ia cuma impian kosong yang tidak akan menjadi  realiti pun. Khabarnya kadar kemalangan jalan raya tahun ini meningkat berbanding tahun lalu. Ia petanda bahawa sikap dan cara pemanduan rakyat Malaysia masih tidak berubah.

Sudah acapkali kita mendengar pandangan orang luar tentang sikap pemandu kita. Pemandu kita dikatakan tidak sangat ambil kisah tentang pengguna jalan raya yang lain malah tidak memikirkan akibatnya. Paling kerap ialah memotong sesuka hati bila saja ada peluang tidak kira dari sebelah kiri atau kanan, memotong barisan, memecut ketika hampir di lampu isyarat dan banyak lagi.

Ada pihak yang mempersoalkan bagaimana pemandu tidak bersopan begini boleh dikurniakan lesen dan seterusnya dibiarkan memandu di jalan raya. Ia tidaklah menghairankan pun kerana memperolehi lesen bukan pengiktirafan mutlak bahawa pemandu itu akan mempamerkan pemanduan berhemah di jalan raya. Jangan…