Saturday, September 17, 2011

Nasi

Khabarnya jurufoto yang menangkap gambar ini membunuh diri 
kerana rasa bersalah tidak dapat membantu gadis malang ini!
Saya menghadiri majlis perkahwinan tengahari ini. Isteri saya senyum lebar. Dia tahu yang dia tidak perlu masak hari ini. Begitulah selalunya. Seperti lazimnya, jamuan perkahwinan begini memang mewah dengan makanan.

Namun ada sesuatu yang tidak suka sangat saya lihat bila makan kenduri kahwin. Pembaziran makanan kerana gagal merancang. Ada segelintir yang meninggalkan sisa-sisa makanan di dalam pinggan. Ia sepatutnya boleh dihabiskan kalau kita tahu kemampuan kita untuk menghabiskannya. Seeloknya kalau kita cuma mampu makan sedikit ambillah sedikit. Tidak perlulah teruja sangat dengan lauk yang tersaji di depan mata kalau perut berkata tidak.

Saya sengaja ke belakang rumah dan menyaksikan longgokan pinggan-pinggan yang masih sarat dengan saki-baki nasi dan lauk yang sebenarnya memang layak untuk di makan pun. Saya teringat kepada gambar yang memaparkan seorang gadis kecil yang hampir mati kelaparan, manakala di belakangnya kelihatan seekor burung pemakan bangkai yang menanti dengan sabar masa untuk memakan gadis kecil tadi. Semoga ini dapat mengubah cara pandangan kita dalam menggunakan nikmat yang dianugerahkan Allah kepada kita..

Hargailah walau sebutir nasi yang terbuang dari pinggan. Kita mungkin amat  memerlukannya nanti kerana kita tidak dapat menjangka secara pasti apa yang bakal berlaku esok!

Pena Tumpul - Ingin lihat kenduri kahwin tanpa ayam dan daging tetapi cuma sekadar sebungkus nasi lemak

No comments:

Sambilan

S etelah dua hari bekerja, Haziq mengadu penat. Dia memang ada sebab untuk penat kerana sepanjang bekerja dia memang tidak ada peluang u...