Skip to main content

Perhati

Anak kecil ini pastinya puas dengan apa yang dimilikinya.
Adakalanya kita tidak puas dan tidak juga rasa gembira dengan apa yang kita ada. Bila melihat orang lain memiliki sesuatu yang kita tidak ada, kita selalu mengimpikan alangkah baiknya kalau kita juga memiliki seperti apa yang mereka miliki. Kita mula membuat perbandingan. Ini memang biasa berlaku. Tanpa kita ketahui barangkali, mereka pula tidak puas dengan apa yang mereka ada dan juga turut mengimpikan alangkah baiknya kalau mereka memiliki apa yang kita miliki.

Seorang petani di tengah sawah memerhatikan sebuah kereta mewah yang dipandu oleh seorang lelaki yang gayanya seorang hartawan. Dia nampak seorang wanita cantik di sebelah lelaki itu pastinya isteri lelaki itu dan juga seorang budak perempuan di belakangnya. Dia mula membayangkan betapa beruntungnya lelaki itu yang memiliki kehidupan yang mewah begitu. Dia membandingkan dirinya dan diri lelaki itu. Dia melihat kekurangan dalam dirinya. Dia melihat kehidupannya yang serba susah. Membanting tulang empat kerat untuk menyara kehidupan lima orang anaknya. Isterinya pula turut sama bertungkus lumus di sawah di bakar panas matahari dan tidaklah cantik apatah lagi bergaya dengan baju yang mahal-mahal dan tubuh disalut emas permata. Isterinya cuma mampu memiliki bedak sejuk untuk ditempek di wajah, Dia menyoal dirinya kenapalah dia tidak berada di tempat lelaki yang sedang diperhatikannya itu.

Dalam masa yang sama juga lelaki dalam kereta itu turut memerhatikan lelaki di tengah sawah itu. Dia juga membandingkan dirinya dengan petani itu. Ketika petani itu melihat kelebihan yang ada pada dirinya dia sebaliknya melihat kekurangan dalam dirinya. Dia mengimpikan keluarga yang besar seperti petani itu agar tidak berasa sunyi bila kerap ditinggal isteri yang sebok dengan aktiviti berpersatuannya. Dia juga mendambakan untuk hidup dalam suasana kampung yang hijau dan jauh dari hiruk pikuk kota.

Kedua-duanya saling memerhatikan kelebihan dan kekurangan masing-masing. Ia tidak akan ada penyelesaiannya selagi kedua-duanya tidak memerhati sesuatu dengan perspektif yang betul!

Pena Tumpul- Memerhati dalam diri

Comments

Popular posts from this blog

Pahat

O rang tua-tua selalu mengingatkan kita, kalau hendak berjaya jangan sama sekali bersikap seperti pahat dengan penukul. Sikap pahat yang hanya akan berkerja apabila diketuk sebenarnya banyak berlaku dalam kehidupan seharian kita. Kebijaksanaan silam itu mahu memberitahu kita bahawa dalam apa kerja sekalipun, desakan atau keterpaksaan tidak akan menjanjikan kejayaan. Apabila membuat kerja apabila dipaksa, maka selamanya kita memerlukan ``ketukan'' supaya sekian banyak ``pahat'' membuat kerja masing-masing. Adakalanya Haziq juga bagai pahat. Saya pula penukul. Mahu diketuk selalu. Perlu juga sering diingatkan disuruh. untuk buat itu dan ini, walaupun apa yang perlu dibuat itu sebenarnya tidak perlu sampai disuruh pun. Kebanyakannya adalah rutin yang sudah sering sangat dilakukan. Mengulangkaji pelajaran misalnya tidaklah sampai perlu diulang-ulang diberitahu untuk melakukannya. Ia adalah kewajipan seorang pelajar kalau ingin berjaya. Sekali disuruh, sekali d

Seluar

S eorang Ustaz berkongsi ilmu yang tidak pernah saya tahu sebelum ini. Pada mulanya agak sukar untuk menerima kebenarannya. Macam tidak nampak logiknya. Pun begitu, mengambil kira kapasitinya sebagai seorang Usataz yang berkredibel, saya memilih untuk mempercayainya malah berhasrat untuk meninggalkan yang tidak sepatutnya dibuat. Saya percaya selama ini ramai antara kita yang sudah sangat biasa memakai seluar sambil berdiri. Tidak wajar dilakukan sebenarnya. Kata Ustaz, kita sepatutnya pakai seluar sambil duduk. Macam ganjil bunyinya. Namun, amalan memakai seluar sambil berdiri ini adalah salah satu faktor yang menyumbang kepada kemiskinan dalam hidup seseorang. Selain itu, kata Uztaz ada beberapa lagi amalan yang sudah biasa kita lakukan tanpa kita ketahui dan sedari juga penyebab mengapa rezeki kita tidak murah. Antaranya ialah makan dalam keadaan berjunub, pakai serban ketika duduk, dan menjahit pakaian pada badan. Ada lagi kata Ustaz. Kita jangan cepat meninggalkan tempat se

Cengkerik

P etang ini hasrat untuk memancing hampir terbantut gara-gara gagal mendapatkan cengkerik. Seluruh Segamat kehabisan cengkerik. Serangga ini mendadak naik permintaannya selepas banjir. Ia menjadi buruan kaki pancing. Cengkerik biasanya dijual dengan harga seringgit untuk 25 ekor. Agak mahal. Makanannya cuma kertas sahaja. Rasanya kalau ternak cengkerik sekarang, pulangannya pasti tidak mengecewakan. Dalam keadaan permintaan melebihi penawaran, rasanya penjual cengkerik boleh buat duit dengan menaikkan harganya. Seingat saya berpuluh tahun dahulu cengkerik bukanlah umpan untuk memancing. Tidak pernah digunakan pun. Ketika itu umpannya tidak lain kecuali cacing. Ia mudah didapati dan tidak perlu dibeli pun. Pergi bawah rumah atau tanah yang agak lembab, cangkul dan gali. Pastinya berpuluh-puluh ekor cacing boleh dikumpulkan. Pada mulanya agak geli juga untuk memegangnya. Namun lama kelamaan, alah bisa tegal biasa. Joran yang digunakan pun tidaklah secanggih sekarang. Cuma buluh. Keluar w