Skip to main content

Malang

Saya selalu mengimpikan bahawa tiada satu nyawa pun yang diragut sia-sia di musim perayaan. Saya sedar ia cuma impian kosong yang tidak akan menjadi  realiti pun. Khabarnya kadar kemalangan jalan raya tahun ini meningkat berbanding tahun lalu. Ia petanda bahawa sikap dan cara pemanduan rakyat Malaysia masih tidak berubah.

Sudah acapkali kita mendengar pandangan orang luar tentang sikap pemandu kita. Pemandu kita dikatakan tidak sangat ambil kisah tentang pengguna jalan raya yang lain malah tidak memikirkan akibatnya. Paling kerap ialah memotong sesuka hati bila saja ada peluang tidak kira dari sebelah kiri atau kanan, memotong barisan, memecut ketika hampir di lampu isyarat dan banyak lagi.

Ada pihak yang mempersoalkan bagaimana pemandu tidak bersopan begini boleh dikurniakan lesen dan seterusnya dibiarkan memandu di jalan raya. Ia tidaklah menghairankan pun kerana memperolehi lesen bukan pengiktirafan mutlak bahawa pemandu itu akan mempamerkan pemanduan berhemah di jalan raya. Jangan harap sangat kerana di atas jalan raya watak yang berbeza dari watak sebenar akan terserlah. Yang penyabar akan bertukar menjadi pemarah dan  yang berhati-hati berubah menjadi celaru tidak menentu.

Saya melihat petaka jalanraya yang dikatakan kemalangan jalan raya itu bukanlah kemalangan sebenarnya. Persepsi ini perlu diubah. Kemalangan tercetus tanpa kita jangka dan duga. Namun dalam banyak keadaan, kecelakaan di jalanraya kita berlaku kerana sikap pemandu yang sengaja cuai dan tahu bahawa tragedi boleh dielakkan jika langkah pemanduan berhemah diberikan keutamaan. Pemanduan yang dipamerkan semasa bertungkus lumus untuk dapat lesen memandu itulah yang sepatutnya dipamerkan secara konsisten setelah lesen dikurniakan. Namun ini tidak berlaku.

Jalanraya terus jadi pusara di hari raya!


Pena Tumpul - Sesekali lupa diri atas jalan raya

Comments

Popular posts from this blog

Pahat

O rang tua-tua selalu mengingatkan kita, kalau hendak berjaya jangan sama sekali bersikap seperti pahat dengan penukul. Sikap pahat yang hanya akan berkerja apabila diketuk sebenarnya banyak berlaku dalam kehidupan seharian kita. Kebijaksanaan silam itu mahu memberitahu kita bahawa dalam apa kerja sekalipun, desakan atau keterpaksaan tidak akan menjanjikan kejayaan. Apabila membuat kerja apabila dipaksa, maka selamanya kita memerlukan ``ketukan'' supaya sekian banyak ``pahat'' membuat kerja masing-masing. Adakalanya Haziq juga bagai pahat. Saya pula penukul. Mahu diketuk selalu. Perlu juga sering diingatkan disuruh. untuk buat itu dan ini, walaupun apa yang perlu dibuat itu sebenarnya tidak perlu sampai disuruh pun. Kebanyakannya adalah rutin yang sudah sering sangat dilakukan. Mengulangkaji pelajaran misalnya tidaklah sampai perlu diulang-ulang diberitahu untuk melakukannya. Ia adalah kewajipan seorang pelajar kalau ingin berjaya. Sekali disuruh, sekali d

Seluar

S eorang Ustaz berkongsi ilmu yang tidak pernah saya tahu sebelum ini. Pada mulanya agak sukar untuk menerima kebenarannya. Macam tidak nampak logiknya. Pun begitu, mengambil kira kapasitinya sebagai seorang Usataz yang berkredibel, saya memilih untuk mempercayainya malah berhasrat untuk meninggalkan yang tidak sepatutnya dibuat. Saya percaya selama ini ramai antara kita yang sudah sangat biasa memakai seluar sambil berdiri. Tidak wajar dilakukan sebenarnya. Kata Ustaz, kita sepatutnya pakai seluar sambil duduk. Macam ganjil bunyinya. Namun, amalan memakai seluar sambil berdiri ini adalah salah satu faktor yang menyumbang kepada kemiskinan dalam hidup seseorang. Selain itu, kata Uztaz ada beberapa lagi amalan yang sudah biasa kita lakukan tanpa kita ketahui dan sedari juga penyebab mengapa rezeki kita tidak murah. Antaranya ialah makan dalam keadaan berjunub, pakai serban ketika duduk, dan menjahit pakaian pada badan. Ada lagi kata Ustaz. Kita jangan cepat meninggalkan tempat se

Cengkerik

P etang ini hasrat untuk memancing hampir terbantut gara-gara gagal mendapatkan cengkerik. Seluruh Segamat kehabisan cengkerik. Serangga ini mendadak naik permintaannya selepas banjir. Ia menjadi buruan kaki pancing. Cengkerik biasanya dijual dengan harga seringgit untuk 25 ekor. Agak mahal. Makanannya cuma kertas sahaja. Rasanya kalau ternak cengkerik sekarang, pulangannya pasti tidak mengecewakan. Dalam keadaan permintaan melebihi penawaran, rasanya penjual cengkerik boleh buat duit dengan menaikkan harganya. Seingat saya berpuluh tahun dahulu cengkerik bukanlah umpan untuk memancing. Tidak pernah digunakan pun. Ketika itu umpannya tidak lain kecuali cacing. Ia mudah didapati dan tidak perlu dibeli pun. Pergi bawah rumah atau tanah yang agak lembab, cangkul dan gali. Pastinya berpuluh-puluh ekor cacing boleh dikumpulkan. Pada mulanya agak geli juga untuk memegangnya. Namun lama kelamaan, alah bisa tegal biasa. Joran yang digunakan pun tidaklah secanggih sekarang. Cuma buluh. Keluar w