Skip to main content

Ayam

Saat-saat menunggu Mak Utih menyajikan gulai ayam kampung
Sudah lama benar rasanya tidak makan ayam kampung. Nama sahaja duduk di kampung namun ayam di pasar juga yang menjadi pilihan. Lagi pun bukan mudah untuk mendapatkan ayam kampung sekarang. Macam sudah pupus. Tidak ramai yang membela ayam kampung sekarang. Ayam kampung perlu lepas bebas untuk mencari makannya sendiri. Ia tidak boleh dikurung seperti ayam bandar (?) Ada ke ayam bandar? Namun bila dibiarkan bebas pula, ayam-ayam ini akan menceroboh ke laman-laman rumah jiran dan ini bukanlah disukai. Ini adalah salah satu sebab mengapa ayam kampung tidak banyak dibela macam dulu.

Bila bercakap fasal ayam kampung, ingatan pastinya mengimbau sewaktu kecil-kecil dulu di zaman sekolah rendah. Kalau balik ke kampung atuk, gulai ayam kampung cili api masak lemak kuninglah menu paling istemewa dari arwah atok Senah. Gulai makin tambah sedap bila atok masak guna dapor kayu. Dimakan pula dengan pucuk ubi di celur air panas dan di cicah dengan sambal belacan. Memang sedap menikmatinya! Tetapi sebelum dapat makan gulai masakan atok, saya dan sepupu yang lain akan di "denda" dengan mengarak seluas laman rumah atok ayam kampung atok yang meliar. Sesekali bila ayam itu menyelinap di bawah rumah, saya tidak dapat menahan sakit bila kepala terhantuk gelegar. Sakitnya! Namun berbaloi kerana setelah dibasahi peluh, ayam itu dapat ditangkap juga!

Bila bertandang ke rumah Mak Utih di Lui Selatan hari ini, saya memang langkah kanan. Mak Utih menyajikan gulai masak ayam kampung cili api lemak kuning. Sangat sedap! 


Pena Tumpul- Ingin bela ayam kampung



Comments

Popular posts from this blog

Kuasa

B ila memandu di lebuhraya, keinginan untuk memandu laju melampaui had yang ditetapkan cukup membuak-buak. Sesekali ada peluang kereta dipecut semahunya. 110km sejam yang ditetapkan bagai tidak diendah lagi. Tidak terfikir lagi tentang perangkap laju yang mungkin tersorok di mana-mana menunggu mangsa. Kuatnya pengaruh kuasa. Saya memotong kereta satu demi satu tanpa gusar dan ragu.Namun momentum terus bertukar perlahan sebaik sahaja memotong sebuah kereta Waja. Kereta ini benar-benar mempengaruhi saya supaya tidak terus memandu laju. Sebabnya mudah sahaja. Kereta yang saya potong itu ada logo Polis di belakangnya. Walaupun saya tahu bukanlah satu kesalahan pun untuk memotong mana-mana kereta berlogo begitu namun pengaruh logo itu memang cukup kuat. Begitu juga kesan daripada warna baju hijau memantul cahaya yang selalu dipakai polis. Terpandang sahaja kelibat baju hijau ini dari jauh, tali pinggang yang sengaja tidak dipakai akan bergolot dipakai. Akhirnya tertipu sendiri bila ...

Roda

" H idup ini ibarat putaran roda yang menyaksikan kita tidak selalunya berada di atas. Ada ketikanya kita akan berada di bawah, kemudian naik semula dan turun lagi silih berganti." Saya menemui kisah yang sangat menarik ini. Ada ibrah. Peringatan juga ketika kita adakalanya lalai dan alpa. Alkisah, ketika sepasang suami isteri sedang menikmati sajian makan tengahari, muncul seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. ''Tolonglah Encik ,saya lapar ,sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.'' Dengan muka bengis,si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu . Dalam hatinya berkata ''Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain,tapi untuk diri dan keluargaku.' ' Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah. Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus ...

Cengkerik

P etang ini hasrat untuk memancing hampir terbantut gara-gara gagal mendapatkan cengkerik. Seluruh Segamat kehabisan cengkerik. Serangga ini mendadak naik permintaannya selepas banjir. Ia menjadi buruan kaki pancing. Cengkerik biasanya dijual dengan harga seringgit untuk 25 ekor. Agak mahal. Makanannya cuma kertas sahaja. Rasanya kalau ternak cengkerik sekarang, pulangannya pasti tidak mengecewakan. Dalam keadaan permintaan melebihi penawaran, rasanya penjual cengkerik boleh buat duit dengan menaikkan harganya. Seingat saya berpuluh tahun dahulu cengkerik bukanlah umpan untuk memancing. Tidak pernah digunakan pun. Ketika itu umpannya tidak lain kecuali cacing. Ia mudah didapati dan tidak perlu dibeli pun. Pergi bawah rumah atau tanah yang agak lembab, cangkul dan gali. Pastinya berpuluh-puluh ekor cacing boleh dikumpulkan. Pada mulanya agak geli juga untuk memegangnya. Namun lama kelamaan, alah bisa tegal biasa. Joran yang digunakan pun tidaklah secanggih sekarang. Cuma buluh. Keluar w...