Skip to main content

Dendam

Adakah bayi ini berdendam?
Di corong radio pagi ini, saya dengar seorang Ustaz berkisah tentang dendam. Menariknya Ustaz ini, pasti ada cerita menarik yang dikongsi bersama pendengar sebagai suntikan semangat. Memang sebagai insan, semangat kita bagai air sungai ada pasang dan surut.Perlu di jana selalu.

Dendam ini pelbagai dimensinya. Selalunya dendam itu konotasinya negatif. Dari dendam biasa-biasa menjalar kepada dendam kesumat yang membara. Selagi dendam tidak berbalas selagi itulah rasa dendam akan terus bersarang di dada. Perasaan akan kembali tenang dan sakit hati akan terubat andai dendam sudah dilangsai. Begitulah dendam dalam perspektif yang lazimnya berlaku. 

Pun begitu. dendam itu ada dimensi positifnya juga. Dendam begini tidak menjana dendam membara sehingga merosak diri dan rasa tetapi sebaliknya menjulang diri ke tahap tinggi. Ustaz bercerita satu kisah benar.   Bagaimana bila seseorang itu rasa amat terhina, lalu dia berazam mengubah kehidupannya dengan melanjutkan pelajaran, ke peringkat yang tertinggi, kemudian bekerja dan mengutip sebanyak pengalaman yang boleh, menyumbang kemahiran dalam semua skop tugasan, mendaki tangga kerjaya tahap demi tahap, mengumpul kekayaan sehingga dia sendiri akhirnya membeli syarikat yang pernah melakar pengalaman pahit dalam hidupnya. 
 
Segalanya bermula dengan kisah anak muda yang cuma pekerja biasa dinafikan keinginannya untuk segelas air di pejabatnya hanya kerana jawatan cabuknya itu. Di situlah dia mula berdendam bahawa dia perlu mengubah kedudukannya.  Dan akhirnya dia memegang jawatan tertinggi, sedang individu yang pernah memperlekehkannya masih di tahap lama, di jawatan yang sama. Dendamnya terlerai.

Sememangnya .pandangan dan hormat orang pada kita banyak bergantung pada pangkat, jawatan dan taraf keluarga kita  Melihat orang yang pernah diperlekehkannya sekarang muncul di depan mata sebagai individu yang sama tapi pangkat dan kedudukan yang berbeza, tahap hormat turut berbeza. Beginilah resam dunia.


Dendam sepatutnya buat kita bangkit dan bukan makin sakit!

Pena Tumpul - Rindu dendam apa ubatnya

















Comments

Popular posts from this blog

Pahat

O rang tua-tua selalu mengingatkan kita, kalau hendak berjaya jangan sama sekali bersikap seperti pahat dengan penukul. Sikap pahat yang hanya akan berkerja apabila diketuk sebenarnya banyak berlaku dalam kehidupan seharian kita. Kebijaksanaan silam itu mahu memberitahu kita bahawa dalam apa kerja sekalipun, desakan atau keterpaksaan tidak akan menjanjikan kejayaan. Apabila membuat kerja apabila dipaksa, maka selamanya kita memerlukan ``ketukan'' supaya sekian banyak ``pahat'' membuat kerja masing-masing. Adakalanya Haziq juga bagai pahat. Saya pula penukul. Mahu diketuk selalu. Perlu juga sering diingatkan disuruh. untuk buat itu dan ini, walaupun apa yang perlu dibuat itu sebenarnya tidak perlu sampai disuruh pun. Kebanyakannya adalah rutin yang sudah sering sangat dilakukan. Mengulangkaji pelajaran misalnya tidaklah sampai perlu diulang-ulang diberitahu untuk melakukannya. Ia adalah kewajipan seorang pelajar kalau ingin berjaya. Sekali disuruh, sekali d

Seluar

S eorang Ustaz berkongsi ilmu yang tidak pernah saya tahu sebelum ini. Pada mulanya agak sukar untuk menerima kebenarannya. Macam tidak nampak logiknya. Pun begitu, mengambil kira kapasitinya sebagai seorang Usataz yang berkredibel, saya memilih untuk mempercayainya malah berhasrat untuk meninggalkan yang tidak sepatutnya dibuat. Saya percaya selama ini ramai antara kita yang sudah sangat biasa memakai seluar sambil berdiri. Tidak wajar dilakukan sebenarnya. Kata Ustaz, kita sepatutnya pakai seluar sambil duduk. Macam ganjil bunyinya. Namun, amalan memakai seluar sambil berdiri ini adalah salah satu faktor yang menyumbang kepada kemiskinan dalam hidup seseorang. Selain itu, kata Uztaz ada beberapa lagi amalan yang sudah biasa kita lakukan tanpa kita ketahui dan sedari juga penyebab mengapa rezeki kita tidak murah. Antaranya ialah makan dalam keadaan berjunub, pakai serban ketika duduk, dan menjahit pakaian pada badan. Ada lagi kata Ustaz. Kita jangan cepat meninggalkan tempat se

Cengkerik

P etang ini hasrat untuk memancing hampir terbantut gara-gara gagal mendapatkan cengkerik. Seluruh Segamat kehabisan cengkerik. Serangga ini mendadak naik permintaannya selepas banjir. Ia menjadi buruan kaki pancing. Cengkerik biasanya dijual dengan harga seringgit untuk 25 ekor. Agak mahal. Makanannya cuma kertas sahaja. Rasanya kalau ternak cengkerik sekarang, pulangannya pasti tidak mengecewakan. Dalam keadaan permintaan melebihi penawaran, rasanya penjual cengkerik boleh buat duit dengan menaikkan harganya. Seingat saya berpuluh tahun dahulu cengkerik bukanlah umpan untuk memancing. Tidak pernah digunakan pun. Ketika itu umpannya tidak lain kecuali cacing. Ia mudah didapati dan tidak perlu dibeli pun. Pergi bawah rumah atau tanah yang agak lembab, cangkul dan gali. Pastinya berpuluh-puluh ekor cacing boleh dikumpulkan. Pada mulanya agak geli juga untuk memegangnya. Namun lama kelamaan, alah bisa tegal biasa. Joran yang digunakan pun tidaklah secanggih sekarang. Cuma buluh. Keluar w