Skip to main content

Al-Rum












  "Dan apabila manusia ditimpa oleh sesuatu bahaya, mereka segera berdoa kepada Tuhan mereka dengan kembali bertaubat kepadaNya kemudian apabila Allah memberi mereka merasai sesuatu rahmat daripadaNya, tiba-tiba sebahagian dari mereka mempersekutukan sesuatu yang lain dengan Tuhannya"
   
Masalah sentiasa datang bersilih ganti dalam hidup dan tiada seorang pun yang terkecuali melaluinya. Lazimnya, bila selesai saja satu masalah, masalah yang lain akan menyusul. Masalah bagaikan datang dan pergi tidak ada habisnya. Acapkali kita bertanya, bilakah  boleh bebas dari masalah yang membelenggu hidup ini.

Beginilah antara keluhan yang sering kita dengar dari mereka yang sedang diuji oleh Allah. Na’uzubillahi min zalik, janganlah sampai kita melontarkan keluhan seperti ini. Jika kita tidak mahu menerima ujian dari Allah kita tidak perlu hidup sebenarnya. Justeru, hidup ibarat sekolah, maknanya kita pasti tidak akan terlepas dari sebarang ujian.

Saya menemui buku ini di rak buku sebuah kedai buku yang saya masuki. Saya ambil, belek dan baca sepintas lalu isi dalamnya. Walaupun buku ini nipis, tetapi ia cukup menarik perhatian saya. Dari sekian banyak buku-buku yang tebal yang selayaknya mencuri perhatian, saya lebih terkesima untuk membeli buku ini. Saya tidak dikecewakan. Buku ini dikarang dengan penuh bernas, mengupas betapa dahsyatnya sebuah surah di dalam Al-Qur’an iaitu Ar-Ruum. Saya cukup tertarik apabila mengetahui bahawa Surah Ar-Ruum boleh menjadi terapi bagi segala jenis kesusahan yang menghambat hidup. Begituklah hebatnya kebesaran ayat-ayat Allah. Kita tidak akan tahu kalau kita hanya sekadar membacanya. Kita perlu mendalaminya untuk merasai kehebatannya.

Membaca buku ini, kita tidak sekadar diperkenalkan dengan kelebihan-kelebihan surah ini, malah diajak juga untuk menjadi manusia berperibadi sabar, teguh dan penuh semangat dalam menempuh kehidupan ini. Tidak mudah berputus asa dan yakin bahawa cubaan hanya sementara ; bahawa amatlah mudah bagi Allah untuk mencabut semula setiap cubaan yang ditimpakan kepada hambaNya.

Ibarat penawar ajaib, Surah Ar-Ruum bila kita fahami dan praktikkan sebaik-baiknya mampu menjadi terapi yang sangat efektif bagi setiap masalah hidup kita.

Tidak rugi memiliki buku yang padat dengan inspirasi dan motivasi ini!

Pena Tumpul -  Bukan setakat tahu ayat 21 sahaja

Comments

Popular posts from this blog

"Tidak"

H afiz sedang menangis yang sukar dipujuk sesampainya saya ke rumah Mantoba malam tadi. Kalau tidak dia pasti meluru mendapatkan saya menawar diri untuk di dukung. Kami berusaha memujuknya tetapi gagal malah raungannya bagai memecah gegendang telinga. Sebabnya sudah dijangka. Mantoba yang balik seminggu sekali pulang tanpa sebarang mainan untuk Hafiz seperti minggu-minggu sebelumnya. Dia gagal memenuhi permintaan Hafiz kali ini. Walaupun permainan yang ada sudah cukup banyak, kanak-kanak tetap kanak-kanak. Naluri mahukan sesuatu yang baru memang tidak boleh ditahan-tahan. Namun sebagai ibubapa, kita tidak selalunya perlu menurut segala kemahuan anak. Ada ketikanya kita perlu memilih untuk berkata "tidak" kepadanya walaupun ia mungkin bagaikan dos yang menyakitkan dan memilukan hatinya. Anak-anak perlu belajar mendepani keadaan dimana tidak semua kemahuannya bisa ditunaikan. Juga bersedia menjadi dewasa dan belajar untuk memahami hakikat hidup bahawa orang di sekeliling tidak ...

Batu

H ari ini anak saudara perempuan ini menyerahkan senarai yang cukup panjang nikmat Allah yang pernah dan sedang dikecapinya. Saya kagum kerana dia tidak ambil mudah tugasan yang diberikan itu. Segala nikmat anggota yang terlekat di tubuh tidak langsung tertinggal dalam senarainya.Nikmat melihat dan mendengar apatah lagi nikmat untuk terus hidup di bumi Tuhan yang luas ini. Saya kata padanya dalam banyak keadaan manusia mudah lupa bila Allah melimpahkan nikmatnya. Justeru itu Allah menyedarkan manusia di saat kealpaan itu agar tidak terus hanyut dibuai nikmat kesenangan dunia. Bila dalam keadaan tersepit barulah kita bergegas mencariNya. Saya ceritakan padanya kesah seorang pekerja di tapak projek bangunan yang memanjat di atas tembok yang sangat tinggi. Denko harus menyampaikan pesan penting kepada teman kerjanya yang ada di bawahnya. Denko berteriak-teriak, tetapi temannya tidak berupaya mendengarnya justeru gangguan bising dari mesin-mesin dan suasana yang hiruk pikuk di sekelilingn...

Roda

" H idup ini ibarat putaran roda yang menyaksikan kita tidak selalunya berada di atas. Ada ketikanya kita akan berada di bawah, kemudian naik semula dan turun lagi silih berganti." Saya menemui kisah yang sangat menarik ini. Ada ibrah. Peringatan juga ketika kita adakalanya lalai dan alpa. Alkisah, ketika sepasang suami isteri sedang menikmati sajian makan tengahari, muncul seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. ''Tolonglah Encik ,saya lapar ,sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.'' Dengan muka bengis,si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu . Dalam hatinya berkata ''Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain,tapi untuk diri dan keluargaku.' ' Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah. Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus ...