Skip to main content

Solat

"Tak solat pun hidup senang dan belajar pun pandai"

Haziq tinggal solat Subuhnya pagi ini dan saya sangat-sangat marah. Saya beritahu dia walau apa pun keadaan, solat jangan sampai ditinggalkan. Ia ibadat wajib kita padaNya tanda kita taat kepada perintahNya. Allah tidak akan menolong orang yang tidak taat dalam solat. Seusai saya berkata, jawapan diatas terpacul dari mulutnya. Saya perlu menjelaskan kepadanya sebelum dia keliru dengan apa yang diperhati dan dilihatnya.

Sekiranya kita berborak dengan orang yang tidak pernah solat dan tanya dia kenapa tidak solat, pasti dia akan kata "malaslah"," tak sempatlah", namun dalam masa yang sama dalam diri dia saya yakin  tetap ada rasa bersalah,rasa  berdosa tanda iman masih ada dalam dirinya.

Namun demikian, jika yang dijawabnya, "tak solat pun boleh hidup senang lenang, tak ada masalah pun". dan" tengok orang yang solat tak pernah tinggal tetapi hidup susah memanjang". Apa guna solat katanya. Itu tandanya imamnya makin goyang. Tidak mustahil dia boleh tergelincir akidah. Apatahlagi jika dia anggap solat itu tidak wajib.

Ramai  orang yang tidak solat sebab inilah. Sebab pertama dia ukur diri dia. Kedua dia ukur orang lain.Bila dia ukur diri dia - dia tidak solat tetapi hidup tetap gembira. Duit senang lenang. Bisnes maju. Tidak pernah rasa sakit. Tidak pernah rasa bimbang. Makan berselera macam biasa. Jadi dia rasa tidak ada bezanya dia solat atau  tidak. Buat apa susah-susah solat kalau semua yang dia inginkan ada depan mata.

Ukuran kedua bila dia lihat orang lain. Orang lain yang hari-hari ke masjid, solat wajib tidak pernah tinggal, solat sunat hari-hari buat tetapi dia tengok orang itu tidak sesenang dia pun. Naik motor buruk macam itu juga. Rumah dinding papan buruk berbumbungkan zink bertampal-tampal macam itu juga. Patutnya dia rajin solat, Allah patut bagi rezeki melimpah ruah untuknya. Tetapi ia tidak begitu pun.

Akhir sekali ukuran jahilnya mendorongnya berkata "kalau macam tu baik tak payah solat kalau gitu."Ramai golongan macam ini dalam masyarakat kita. Solat dianggap tidak bernilai. Bahkan lebih teruk bila anggap solat boleh menyekat rezeki. Semuanya hanya kerana cetek ilmu agama.

Ada satu kisah menarik ingin saya kongsikan. Ada dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, seorang lagi muslim yang taat kepada Allah. Ketika menebar jala, nelayan yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala nelayan muslim itu membaca Bismillah. Bila tiba masa jala diangkat, nelayan penyembah berhala mendapat banyak ikan, sedangkan nelayan muslim tadi, tidak memperolehi seekor pun.

Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada Allah " Ya Allah, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, Kau berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambamu yang menyebut namaMu, Kau tidak memberikan dia apa-apa."

Allah menjawab, "Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti Neraka. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadanya? Tetapi hambaKu yang beriman itu, Aku hendak memberi ganjaran syurga, maka Aku suka mengujinya untuk melihat kebenaran imannya”.

Saya pasti ramai yang pernah dengar cerita ini termasuk orang yang tidak solat tersebut. Peringatan dari Allah amat jelas.Jangan bersangka baik dalam keadaan kita gembira kerana tidak solat. Tidak solat bermakna lain-lain ibadat kita - puasa, zakat, sedekah tidak bernilai di sisi Allah sebenarnya. Azab akhirat pasti tersedia jika kita dijemput dalam keadaan kita tidak pernah mengenal sejadah.

Haziq tidak bersuara sedikit pun. Dia rasa sangat terpukul!

Pena Tumpul - Hayati surah Al 'Asr

Comments

Popular posts from this blog

"Tidak"

H afiz sedang menangis yang sukar dipujuk sesampainya saya ke rumah Mantoba malam tadi. Kalau tidak dia pasti meluru mendapatkan saya menawar diri untuk di dukung. Kami berusaha memujuknya tetapi gagal malah raungannya bagai memecah gegendang telinga. Sebabnya sudah dijangka. Mantoba yang balik seminggu sekali pulang tanpa sebarang mainan untuk Hafiz seperti minggu-minggu sebelumnya. Dia gagal memenuhi permintaan Hafiz kali ini. Walaupun permainan yang ada sudah cukup banyak, kanak-kanak tetap kanak-kanak. Naluri mahukan sesuatu yang baru memang tidak boleh ditahan-tahan. Namun sebagai ibubapa, kita tidak selalunya perlu menurut segala kemahuan anak. Ada ketikanya kita perlu memilih untuk berkata "tidak" kepadanya walaupun ia mungkin bagaikan dos yang menyakitkan dan memilukan hatinya. Anak-anak perlu belajar mendepani keadaan dimana tidak semua kemahuannya bisa ditunaikan. Juga bersedia menjadi dewasa dan belajar untuk memahami hakikat hidup bahawa orang di sekeliling tidak ...

Batu

H ari ini anak saudara perempuan ini menyerahkan senarai yang cukup panjang nikmat Allah yang pernah dan sedang dikecapinya. Saya kagum kerana dia tidak ambil mudah tugasan yang diberikan itu. Segala nikmat anggota yang terlekat di tubuh tidak langsung tertinggal dalam senarainya.Nikmat melihat dan mendengar apatah lagi nikmat untuk terus hidup di bumi Tuhan yang luas ini. Saya kata padanya dalam banyak keadaan manusia mudah lupa bila Allah melimpahkan nikmatnya. Justeru itu Allah menyedarkan manusia di saat kealpaan itu agar tidak terus hanyut dibuai nikmat kesenangan dunia. Bila dalam keadaan tersepit barulah kita bergegas mencariNya. Saya ceritakan padanya kesah seorang pekerja di tapak projek bangunan yang memanjat di atas tembok yang sangat tinggi. Denko harus menyampaikan pesan penting kepada teman kerjanya yang ada di bawahnya. Denko berteriak-teriak, tetapi temannya tidak berupaya mendengarnya justeru gangguan bising dari mesin-mesin dan suasana yang hiruk pikuk di sekelilingn...

Roda

" H idup ini ibarat putaran roda yang menyaksikan kita tidak selalunya berada di atas. Ada ketikanya kita akan berada di bawah, kemudian naik semula dan turun lagi silih berganti." Saya menemui kisah yang sangat menarik ini. Ada ibrah. Peringatan juga ketika kita adakalanya lalai dan alpa. Alkisah, ketika sepasang suami isteri sedang menikmati sajian makan tengahari, muncul seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. ''Tolonglah Encik ,saya lapar ,sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.'' Dengan muka bengis,si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu . Dalam hatinya berkata ''Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain,tapi untuk diri dan keluargaku.' ' Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah. Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus ...