Skip to main content

Lailatulqadr

Sepuluh akhir Ramadan adalah di antara malam-malam  yang penuh dengan keberkatan dan kelebihan yang ditunggu-tunggu  oleh seluruh umat Islam. Menurut riwayat, biasanya Rasullullah  berusaha dengan bersungguh-sungguh memperbanyakkan amal ibadah pada malam yang. akhir daripada bulan Ramadan berbanding dengan. masa lain.

Apa yang boleh kita amalkan pada sepuluh malam terakhir ini. Elok dimulai amalan pada jam 12.00 tengah malam dengan amalan-amalan berikut:
1. Sembahyang sunat wuduk selepas mengambil Wuduk.
2. Sembahyang sunat hajat dan berdoa kepada Allah supaya dipertemu malam Lailatulqadar.
3. Membaca Al-QURAN.
4. Istighfar selama 30 minit atau 100 kali. "Aku Mohon Ampun kepada Allah yang Tiada Tuhan selain Allah dan aku Bertaubat kepadanya"
5. Zikrullah 1000 kali
6. Allahuakbar 300 kali.
7. Bertasbih. Maha Suci Allah 300 kali.
8. Membaca Penghulu istighfar.
9. Membaca Selawat.
10. Zikrullah atau Membaca Al-Quran sehingga solat Subuh.

"Ya Allah, di hari yang penuh Keberkatan ini kami menadah tangan kepada Mu. Ya Allah , Temui lah Kami denganMalam Lailatulqadar yang amat kami hajati. Limpahkanlah Rahmat dan Keberkatan Mu ke atas umat2 Mu. Ampunilah Dosa dosa Kami Ya Allah.Ya Allah. Selamatkan Kami, Permudahankan Perjalanan hidup kami. Berkati lah segala Usaha dan Doa-Doa Kami Ya Allah. Pada Mu kami Bersujud dan Berserah" 
Pena Tumpul - Mencari dan terus mencari 

Comments

Popular posts from this blog

"Tidak"

H afiz sedang menangis yang sukar dipujuk sesampainya saya ke rumah Mantoba malam tadi. Kalau tidak dia pasti meluru mendapatkan saya menawar diri untuk di dukung. Kami berusaha memujuknya tetapi gagal malah raungannya bagai memecah gegendang telinga. Sebabnya sudah dijangka. Mantoba yang balik seminggu sekali pulang tanpa sebarang mainan untuk Hafiz seperti minggu-minggu sebelumnya. Dia gagal memenuhi permintaan Hafiz kali ini. Walaupun permainan yang ada sudah cukup banyak, kanak-kanak tetap kanak-kanak. Naluri mahukan sesuatu yang baru memang tidak boleh ditahan-tahan. Namun sebagai ibubapa, kita tidak selalunya perlu menurut segala kemahuan anak. Ada ketikanya kita perlu memilih untuk berkata "tidak" kepadanya walaupun ia mungkin bagaikan dos yang menyakitkan dan memilukan hatinya. Anak-anak perlu belajar mendepani keadaan dimana tidak semua kemahuannya bisa ditunaikan. Juga bersedia menjadi dewasa dan belajar untuk memahami hakikat hidup bahawa orang di sekeliling tidak ...

Batu

H ari ini anak saudara perempuan ini menyerahkan senarai yang cukup panjang nikmat Allah yang pernah dan sedang dikecapinya. Saya kagum kerana dia tidak ambil mudah tugasan yang diberikan itu. Segala nikmat anggota yang terlekat di tubuh tidak langsung tertinggal dalam senarainya.Nikmat melihat dan mendengar apatah lagi nikmat untuk terus hidup di bumi Tuhan yang luas ini. Saya kata padanya dalam banyak keadaan manusia mudah lupa bila Allah melimpahkan nikmatnya. Justeru itu Allah menyedarkan manusia di saat kealpaan itu agar tidak terus hanyut dibuai nikmat kesenangan dunia. Bila dalam keadaan tersepit barulah kita bergegas mencariNya. Saya ceritakan padanya kesah seorang pekerja di tapak projek bangunan yang memanjat di atas tembok yang sangat tinggi. Denko harus menyampaikan pesan penting kepada teman kerjanya yang ada di bawahnya. Denko berteriak-teriak, tetapi temannya tidak berupaya mendengarnya justeru gangguan bising dari mesin-mesin dan suasana yang hiruk pikuk di sekelilingn...

Roda

" H idup ini ibarat putaran roda yang menyaksikan kita tidak selalunya berada di atas. Ada ketikanya kita akan berada di bawah, kemudian naik semula dan turun lagi silih berganti." Saya menemui kisah yang sangat menarik ini. Ada ibrah. Peringatan juga ketika kita adakalanya lalai dan alpa. Alkisah, ketika sepasang suami isteri sedang menikmati sajian makan tengahari, muncul seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. ''Tolonglah Encik ,saya lapar ,sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.'' Dengan muka bengis,si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu . Dalam hatinya berkata ''Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain,tapi untuk diri dan keluargaku.' ' Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah. Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus ...