Skip to main content

Transformasi

Bila pelajar sekolah mahu pun di universiti tidak kritikal dan kreatif, pasti ada yang tidak kena dengan sistem pendidikan kita. Walaupun kita boleh berbangga dengan pencapaian pelajar kita dalam peperiksaan awam ia bukan indikator yang jitu bahawa mereka cemerlang dan hebat. Ada perkara lain lagi yang perlu diberikan perhatian juga.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Penilaian Rancangan Pelajar Antarabangsa 2009, bilangan siswazah yang menganggur terus meningkat saban tahun.Saya melihat sistem pendidikan menyumbang kepada keadaan ini. Di sekolah misalnya mempamerkan corak pembelajaran yang menekankan pembelajaran permukaan dan pasif. Pelajar tidak diasuh untuk terlibat dalam pembelajaran yang mendalam dan aktif. Hasilnya kita 'berjaya' menghasilkan pelajar yang sebenarnya tidak cukup bersedia untuk meneruskan perjuangan di universiti, apatah lagi untuk kerjaya dan membina kehidupan.

Pelajar kita kurang mahir untuk berfikir secara kritikal dan kreatif kerana sistem pendidikan kita menganjurkan konformiti dan uniformiti. Dalam lain perkataan, pelajar tidak diberi kebebasan untuk melencong daripada apa yang telah dipersetujui dan ditetapkan dalam silibus. Kalau 1 campur 1 itu 2 jawapannya, maka pelajar tidak boleh mempersoalkan mengapa itu jawapannya. Pelajar diajar tentang 'apa' dan bukan 'kenapa'. Lebih malang, kalau pelajar disuap dan terus disuap, lantas pelajar pasiflah yang dihasilkan.

Khabarnya, siswazah kita kurang kemahiran insaniahnya ataupun "soft skills" yang diperlukan oleh majikan. Antaranya kemahiran berkomunikasi, etika kerja, proaktif, merancang dan mengurus, menyelesai masalah dan membuat keputusan, juga kemahiran hubungan sesama manusia.

Kita mengorbankan siswazah yang berkualiti untuk memberi laluan kepada kuantiti siswazah. Kita perlu menerima hakikat bahawa sistem pendidikan kita perlu transformasi atas dasar transformasi dan bukan atas sebab-sebab lain yang tidak penting seperti kepentingan politik. Kita perlu menyiapkan pelajar kita untuk mendepani cabaran abad 21 yang makin hebat kini. Pelajar kita bukan sahaja perlu sangat berilmu tetapi perlu juga tinggi tahap keyakinannya, berorientasi pencapaian, juga sangat mahir dan berkesan komunikasinya. Juga berintegriti, etika kerja yang hebat, memiliki kesukaan belajar sepanjang hayat, berdikari, mempamerkan kemahiran interpersonal dan kerja berpasukan yang baik. Pelajar kita juga mesti seorang penyelesai masalah yang baik, berfikiran analitikal dan kreatif, celik komputer, produktif dan warganegera yang bertanggungjawab dan menghormati budaya orang lain.

Untuk melahirkan pelajar yang dinyatakan tadi, sekolah dan universiti tidak hanya sekadar tempat untuk menyampaikan ilmu tetapi lebih dari itu.Ruang perlu dibuka seluas-luasnya untuk para pelajar mengembangkan bakat mereka, medan untuk berfikir dan menjana minda mereka.

Pena Tumpul - Peperiksaan membunuh kreativiti pelajar


Comments

Popular posts from this blog

"Tidak"

H afiz sedang menangis yang sukar dipujuk sesampainya saya ke rumah Mantoba malam tadi. Kalau tidak dia pasti meluru mendapatkan saya menawar diri untuk di dukung. Kami berusaha memujuknya tetapi gagal malah raungannya bagai memecah gegendang telinga. Sebabnya sudah dijangka. Mantoba yang balik seminggu sekali pulang tanpa sebarang mainan untuk Hafiz seperti minggu-minggu sebelumnya. Dia gagal memenuhi permintaan Hafiz kali ini. Walaupun permainan yang ada sudah cukup banyak, kanak-kanak tetap kanak-kanak. Naluri mahukan sesuatu yang baru memang tidak boleh ditahan-tahan. Namun sebagai ibubapa, kita tidak selalunya perlu menurut segala kemahuan anak. Ada ketikanya kita perlu memilih untuk berkata "tidak" kepadanya walaupun ia mungkin bagaikan dos yang menyakitkan dan memilukan hatinya. Anak-anak perlu belajar mendepani keadaan dimana tidak semua kemahuannya bisa ditunaikan. Juga bersedia menjadi dewasa dan belajar untuk memahami hakikat hidup bahawa orang di sekeliling tidak ...

Batu

H ari ini anak saudara perempuan ini menyerahkan senarai yang cukup panjang nikmat Allah yang pernah dan sedang dikecapinya. Saya kagum kerana dia tidak ambil mudah tugasan yang diberikan itu. Segala nikmat anggota yang terlekat di tubuh tidak langsung tertinggal dalam senarainya.Nikmat melihat dan mendengar apatah lagi nikmat untuk terus hidup di bumi Tuhan yang luas ini. Saya kata padanya dalam banyak keadaan manusia mudah lupa bila Allah melimpahkan nikmatnya. Justeru itu Allah menyedarkan manusia di saat kealpaan itu agar tidak terus hanyut dibuai nikmat kesenangan dunia. Bila dalam keadaan tersepit barulah kita bergegas mencariNya. Saya ceritakan padanya kesah seorang pekerja di tapak projek bangunan yang memanjat di atas tembok yang sangat tinggi. Denko harus menyampaikan pesan penting kepada teman kerjanya yang ada di bawahnya. Denko berteriak-teriak, tetapi temannya tidak berupaya mendengarnya justeru gangguan bising dari mesin-mesin dan suasana yang hiruk pikuk di sekelilingn...

Roda

" H idup ini ibarat putaran roda yang menyaksikan kita tidak selalunya berada di atas. Ada ketikanya kita akan berada di bawah, kemudian naik semula dan turun lagi silih berganti." Saya menemui kisah yang sangat menarik ini. Ada ibrah. Peringatan juga ketika kita adakalanya lalai dan alpa. Alkisah, ketika sepasang suami isteri sedang menikmati sajian makan tengahari, muncul seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka. ''Tolonglah Encik ,saya lapar ,sejak semalam tidak menjamah sesuap nasi.'' Dengan muka bengis,si suami sambil menjeling isteri yang cantik terus menghalau dan menengking si pengemis itu . Dalam hatinya berkata ''Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan untuk orang lain,tapi untuk diri dan keluargaku.' ' Si isteri tidak dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada niat untuk bersedekah. Beberapa tahun kemudian, perniagaan si suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus ...